SIRAH: Penyayangnya Rasulullah SAW

Pada suatu hari, Rasulullah memendekkan bacaan surah dalam solat subuhnya. Baginda hanya membaca al-Mua'wwizatain iaitu surah Al Falaq dan surah an Nas berlainan dengan kebiasaan. Kebiasaannya baginda selalu membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa baginda memendekkan solat, baginda menjawab: "Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya."

Satu hari Rasullullah SAW melalui hampir dengan rumah Fatimah dan baginda terdengar tangisan al-Hussien. Baginda bersabda kepada Fatimah: "Tidakkah kamu tahu bahawa tangisannya menyakitiku."

Rasulullah SAW juga pernah mendukung cucunya Umamah binti al-'Ash bin al-Rabi', anak kepada anak perempuannya, semasa solat. Ketika bangkit baginda mendukungnya dan bila sujud baginda meletakkannya.

Al-Hassan dan al-Hussien pernah menunggang belakang nabi SAW ketika baginda solat(sujud) menyebabkan baginda memanjangkan solat baginda (supaya keduanya tidak jatuh).
[sumber: Ustaz Zahazan Mohamed-Anakku Hebat Anakku 
 Soleh]

Comments

Popular posts from this blog