Solat qada’ adalah hutang yang wajib dibayar :.
.
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.
Sebaik-baiknya
adalah solat masuk waktu kerana kalau kita lalai, syaitan sentiasa akan
melalaikan kita dan nikmat solat awal waktu lebih banyak dari
melambat2kan solat..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Solat qada’ ialah solat yang dikerjakan selepas keluar dari waktunya.
Hukum qada’ solat
Meninggalkan
solat fardhu atau melengah-lengahkannya tanpa apa-apa uzur hingga
terkeluar dari waktunya adalah berdosa besar, yang mana terjadi kepada
umat kita sekarang dan wajib diqada’kan solat itu.
Para
ulama menghukumkan wajib qada’ solat bagi orang yang meninggalkan solat
dengan sengaja berdasarkan kepada orang yang ada uzur syar’ie
diwajibkan qada’ solatnya oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi orang yang tiada
keuzuran syar’ie sudah tentu lebih-lebih lagi wajibnya.
Tetapi dosa itu pula tidak terhapus dengan qada’ semata-mata, mestilah disertakan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Seseorang yang meninggalkan solat fardhu pada waktunya kerana sengaja, maka wajiblah dia qada’ solatnya dengan segera.
Solat
fardhu yang tertinggal kerana uzur seperti tertidur atau terlupa yang
bukan kerana kecuaian maka sunat disegerakan qada’nya.
Maksud
kecuaian di sini ialah seperti tidur dalam waktu dan lupa yang
disebabkan oleh leka dengan perkara-perkara yang tidak dituntut oleh
syarak.
Menurut Ibnu Haja al-Haitami,
Tetapi menurut Habib Abdullah al-Haddad pula,
Kemudian Syed Abdul Rahman Balawi telah bersetuju dengan pendapat Habib Abdullah al-Haddad, dengan berkata,
Beliau berkata demikian kerana pendapat para fuqahak tersebut amat membebankan sekali.
Cara Qada’ Solat
Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.
Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.
Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.
Begitu
juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada
solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu
kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada
solat sunat rawatib.
1
2
3
Kemudian
lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti
diqada’kan Zuhur sebelu Asar, Â dan begitulah seterusnya.
Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.
Walau apa pun, ingatlah – hutang WAJIB dibayar.
Lagipon
di malaysia banyak tempat dan ruang untuk bersolat dan ini bukan alasan
kita untuk melengah2kan waktu hanya kerana kita mengejar masa..
Wallahualam..
http://nan-salleh.blogspot.com/2011/07/solat-qada-adalah-hutang-yang-wajib.html
Comments
Post a Comment