Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan
Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa
yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka .
Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada
anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka
sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak
Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu:
Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa
mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.(HR al-Bukhari)
Anak-anak hendaklah diberi pendidikan
yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi.
Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh
itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan
sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang
soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari
segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan
minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan
amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir,
melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu
yang diwajibkan.
Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa
pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh
amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal
untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum
yang berpunca dari rezeki yang halal.
Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa
berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja
dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat
dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang
akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika
sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal
dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup
kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi
pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan
mereka akan menjadi anak yang soleh.
Demi mendapatkan anak-anak yang soleh,
Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan
dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa
menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat
seperti berikut:
i- Azan dan iqamat
HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.
(Hadis Riwayat Abu Ya’la)

ii- Membelah mulut (tahnik)
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
iii- Penyusuan
SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama
TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: ” Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

v- Bercukur
MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah
HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”
(Hadis Riwayat At- Tabrani)
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”
(Hadis Riwayat At- Tabrani)
Ketika anak-anak masih kecil berilah
didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan
kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka
akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-
i- Menanamkan asas-asas keimanan
ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh
anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu
sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari
melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat
mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu
memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada
anak-anak mereka.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam
yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar
secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya
mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya
perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam
kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah
terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak
mereka akan terpandu dengan betul.
Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi
didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin
bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur
Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya
dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan
gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka.
http://zanas.wordpress.com/tanggungjawab-ibu-bapa-membentuk-peribadi-akidah-anak-sebaik-dilahirkan/
Comments
Post a Comment