- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, June 12, 2012






3 Golongan Annoying Dalam Facebook




Banyak faedah sebenarnya Facebook ni kalau digunakan dengan betul...Tapi ada 3 benda yang orang kita selalu guna yang membuatkan aku jadi annoyed dengan Facebook.

Ada beberapa golongan yang aku kalau boleh nak aje unfriend.

1. Bercinta macam belangkas tapi tak kahwin lagi

KAU BELUM KAHWIN LAGI!

Tolong jangan letak gambar kau dengan boifren kau berlaga pipi. Tolong jangan nak post bait-bait cinta sebagai hadiah yang sepatutnya ditujukan kepada boifren kau tapi kau biar semua orang baca. Tolong-tolong-tolong-tolong JANGAN post gambar kau berpeluk pinggang dengan boifren kau atau gelfren kau kemudian kau sendiri "like" post kau.

Satu masa nanti mesti kau menyesal letak gambar2 camtu..sebab apa?
Sebab kau kahwin dengan orang lain. Hahahaha!

2. Cerita masalah rumah tangga

Ni selalunya pempuan. Marah dengan suami. Sebab suami malas, suami balik rumah nak rilek, suami gatal, suami nak vagina fresh.

Bila seorang dah post, nanti akan datang la defense force dia, sekumpulan wanita yang bitter dengan suami masing-masing dengan nasihat tipikal "Sabar Jah, bawak bertenang, doakanla Tuhan lembutkan hati suami kau."

Apa kebendanya Tuhan nak tolong kau? Tuhan takde bagi kau cerita masalah rumah tangga kau dekat public sampai aku boleh baca.

3. Berdoa

Dan lastly...berdoa...

Aku tau niat kau baik nak ingatkan orang lain. Jadi kau taipkan la doa kau, "Ya Allah Ya Tuhan ku, bukakanlah pintu hati ibu bapa ku supaya menerima Abang ....... sebagai menantu mereka dan suami ku. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah...Amin Yarabbalalamin.."

Cuba kira balik berapa lama nak menaip tu. Cuba kira balik berapa lama nak tadah tangan dan berdoa secara direct. Sejak bila Facebook jadi pengantara doa kita dengan Tuhan?
 

No comments:

Post a Comment