AL-LUBAAB: BAB KELEBIHAN ILMU & ULAMA
1. Telah bersabda Nabi SAW bagi Ibn Mas'ud r.a.: “Hai
Ibnu Mas'ud, bermula duduk pada lingkar orang menuntut ilmu padahal
tiada engkau menjabat qalam (memegang pena) dan tiada engkau menyurat
suatu huruf pun terlebih baik bagi mu daripada memerdekakan 1,000 hamba
dan tilikan mu kepada muka orang yang alim itu lebih baik bagi mu
daripada memberi 1,000 kuda daripada perang sabilillah dan memberi salam
engkau atas orang yang alim itu terlebih baik bagi mu daripada berbuat
ibadat 1,000 tahun”.
2. Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula seorang yang alim itu terlebih keras atas syaitan daripada 1,000 orang yang 'abid (ahli ibadat) dan 1,000 orang warak”.
3. Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula kelebihan orang yang alim atas orang yang 'abid seperti kelebihan aku atas umatku”.
4. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa
berjalan ia kerana hendak menuntut ilmu nescaya diampun oleh Allah
Taala baginya sebelum ia melangkah dengan suatu langkah”.
5. Telah bersabda Nabi SAW: “Permuliakan oleh kamu akan segala ulama, maka bahawasanya mereka itu pada (sisi) Allah Taala amat mulia”.
6. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa
menilik ia kepada muka orang yang alim maka suka ia dengan dia nescaya
dijadikan Allah Taala dengan demikian tilik itu seorang malaikat meminta
ampun baginya datang kepada (sehingga) hari Kiamat”.
7. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa
memuliakan orang yang alim maka bahawasanya seperti ia memulia akan
daku. Maka barang siapa memulia akan daku, maka bahawasanya ia
memuliakan Allah Taala dan barangsiapa memuliakan Allah Taala maka
tempatnya itu syurga. Dan barangsiapa benci ia akan orang yang alim,
maka bahawasanya benci ia akan daku, maka barangsiapa benci akan daku
maka bahawasanya ia benci akan Allah Taala dan barangsiapa benci ia akan
Allah Taala maka tempatnya itu neraka”.
8. Telah bersabda Nabi SAW: “Bermula tidur orang yang alim itu amat lebih pahalanya daripada ibadat orang yang jahil”.
9. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa
belajar ia akan suatu bab daripada ilmu padahal diamalkan akan dia atau
tiada diamalkan akan dia nescaya adalah pahalanya amat lebih daripada
sembahyang sunat 1,000 rakaat”.
10. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa
belajar ia akan satu bab daripada ilmu kerana hendak mengajarkan ia
akan segala manusia nescaya adalah ia atas pahalanya 70 orang yang benar
yakni wali Allah. Dan pada hadis Abi Zar bermula hadir pada majlis ilmu
terlebih pahalanya daripada orang yang sembahyang 1,000 rakaat dan
daripada mengunjung 1,000 orang sakit dan daripada kunjung 1,000 orang
mati syahid pada perang sabilillah. (dan dianiaya orang) dan dikatakan
(terlebih baik) daripada mengajarkan Quran maka berkata ia tiada memberi
manfaat Quran itu melainkan dengan ilmu”.
11. Telah bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa
mengunjung akan orang yang alim maka bahawasanya atasnya (seperti)
mengunjung ia akan daku dan barangsiapa berjabat tangan dengan orang
yang alim maka bahawasanya serasa-rasa ia berjabat tangan akan daku dan
barangsiapa sekedudukan dengan orang alim maka bahawasanya serasa-rasa
ia sekedudukan dengan daku dan barangsiapa sekedudukan dengan daku di
dalam dunia nescaya didudukkannya Allah Taala bersama daku di dalam
syurga”.
http://tigosotigo.blogspot.com/2010/03/al-lubaab-bab-kelebihan-ilmu-ulama.html
Comments
Post a Comment