..Kita begitu Berkira Dengan Allah...:::
Author: Cita Pemuda Syahid Labels:
Assalamualaikum dan apa khabar iman?
Pada
kali ini saya telah tergerak hati untuk berkongsikan sedikit pendapat
untuk kita bermuhasabah diri ini yang semakin hari semakin lupakan
Allah,apa yang ingin saya tonjolkan pada kali ini berdasarkan realiti
kehidupan kita sekarang sebagai manusia yang sedikit terleka dengan
buaian dunia globalisasi ini tidak kira kita ini siapa kita.
Seperti
contohnya kita boleh menonton tv dalam kadar masa yang lama dengan
drama,filem dan sebagainya,lagi kita boleh menghabiskan masa 4,5 jam
ataupun seharian didepan laptop dengan melayari internet seperti
facebook,twitter,blogger,chating,game dan lain-lain lagi dan bagi insan
yang bergelar pelajar yang terlalu sibuk dengan belajar dan
mengulangkaji pelajaran sampaikan sanggup korbankan masa rehat,tidur dan
kesihatan sendiri dan bayak lagi perkara-perkara duniawi yang dilakukan
dalam kehidupan kita tanpa kita sedari dari hari ke hari.Adakah
beberapa contoh yang saya senaraikan itu salah?
Bagi
saya tidak salah untuk lakukan pekara-perkara tersebut perlulah dalam
keseimbagan masa yang sesuai dan cara penggunaanya yang betul kerana
kita ini hamba Allah bukan hamba dunia.Cuba kita lihat beberapa perkara
ini,berapa ramai yang sanggup membahagikan masa untuk solat berjemaah di
masjid?sedangkan pahalanya berlipat kali ganda, berapa ramai yang
sanggup meluangkan masa yang lama untuk mengaji Al-Quran dan
mentadaburnya?sedangkan ialah menjadi teman dan petunjuk kita di akhirat
kelak dan berapa ramai pula yang sanggup korbankan masa tidur dan rehat
kita untuk beribadat kepada Allah seperti Qiamulai?kerana Allah
menyukai orang yang berjaga malam untuk beribadat kepadanya bukan
belajar bermati-matian untuk peperiksaan dunia.Bukankah itu menunjukan
yang kita ini berkira dengan Allah sedangkan kita hambanya dan apa yang
kita ada semua datang daripadnya seperti mana firman Allah;
"
Dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan
sanggup menghitungnya" (Qs Ibrahim [14] 34; an Nahl [16] ayat 18)
tetapi haruslah kita ingat sepertimana firman Allah;
"Perlombaan
(memperbanyak harta benda dan anak-anak) telah melalaikan kamu sampai
kamu masuk kubur. Jangan begitu! Nanti kamu akan mengetahui. Kemudian
jangan sekali-kali kamu begitu! Nanti kamu akan mengetahui. Jika kamu
mengetahui dengan yakin, niscaya kamu akan melihat Jahannam. Kemudian
Sesungguhnya kamu akan melihat dengan ‘ainul yakin. Kemudian kamu pasti
akan ditanyai pada hari itu. tentang nikmat-nikmat (yang telah kamu
terima). (Qs. at Takaatsur [102] ayat 1 - ‘8)
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Muslim
yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang
penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu
mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan
perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala
hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.
Inilah hikmah perbezaan zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam
golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang
sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang
telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah
s.a.w. Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang
hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan
hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat. Tetapi
pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang
terakhir.
Tanda
hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad
S.a.w itu sendiri. Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan
kita ini sudah berada di penghujung. Dunia sudah terlalu tua. Dalam
keadaan yang penuh dengan huru-hara. Ini terbukti dengan macam-macam
kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan
sebagainya. Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing
ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak
pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.
Maka
dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah
kepada Allah. Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa
beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah
didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari
Mekah ke Madinah. Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang
muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar
disisi Allah s.w.t.
Ingatlah
jika kita mengejar dunia semata-mata maka dunialah kita akan perolehi
dan jika kita mengejar akhirat maka dunia akan mengikuti dan insyallah
kita akan memperoleh kedua-duanya.sama-samalah renungkan dan selamat
beramal.
http://syah8.blogspot.com/2010/10/kita-begitu-berkira-dengan-allah.html
Comments
Post a Comment