INGATLAH : MATI ITU TERLALU SAKIT

1
2
34
Abu Darda’ pernah berkata :

“ Ada 3 perkara yang mengkagumkan hingga orang tertawa, dan ada 3 perkara yang menyedihkan hingga orang menangis. Orang tertawa kerana

1. Orang yang panjang angan-angan akan kehidupannya, padahal dia dikejar oleh kematian.
2. Orang yang lupa akan maut padahal maut tidak pernah lupa padanya.
3. Orang yang tertawa padahal dia tidak tahu apakah ALLAH redha atau murka kepadanya.

Manakala 3 perkara yang membuat orang menangis

1. Berpisah dengan sahabat-sahabat Nabi SAW.
2. Memikirkan dahsyatnya maut apabila menjelang tiba.
3. Memikirkan apabila berhadapan dengan ALLAH samaada dia akan ke Syurga atau ke Neraka.

Sesungguhnya bumi menyeru mengingatkan manusia setiap hari 70 kali :

“ Hai anak Adam, makanlah dan bermegahlah kamu di muka bumi ini,
demi ALLAH aku akan mengunyah dan menghirup kulit dan
tulang-temulangmu setelah kamu masuk ke bumi (Mati) ”.

Bagi mereka yang mengenali hakikat diri sendiri maka pasti ia akan mengingati maut pada bila-bila masa. Maut yang sangat menakutkan itu akan datang tiba-tiba tanpa diundang.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah SAW bersabda :

Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya : Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh ALLAH pada Hari Kiamat.

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.

Banyak-banyaklah kita bersyukur kepada ALLAH yang belum mematikan kita dan memberi kita peluang menyediakan bekalan untuk menghadapi SAKARATUL MAUT.


LIRIK LAGU NASYID KEMATIAN

Sampailah waktu ajalkan datang
Malaikat Maut segera menjelang
Dicabut nyawa tiada terbilang
Sakit terasa bukan kepalang

Mati itu terlalu sakit
Di dalam kubur terlalu sempit
Ular dan Kala datang menggigit
Papan dan bumi pula menghimpit

Setelah dikubur baru menyesal
Teringat diri membuat dosa
Teringat diri tiada beramal
Tak mungkin lagi pulang ke dunia

Masuklah mayat ke dalam bumi
Mungkar dan Nangkir tanyakan diri
Tiada terjawab amalan sendiri
Dipukul malaikat ke dasar bumi

Mati itu terlalu lazat
Bagi syuhada di medan jihad
Oleh itu wahai sahabat
Iman di dada perlu di tingkat

Comments

Popular posts from this blog