- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, June 9, 2012







Kenapa Tak Nak Pakai Tudung?

 

*Dua orang sahabat sedang duduk menunggu bas di perhentian bas. Seorang bertudung dan seorang lagi tidak. Tiba-tiba si gadis bertudung bertanya kepada kawan di sebelahnya* 

Bertudung: Awak, kenapa tak nak pakai tudung?

Free hair: Mungkin sebab belum sampai seru lagi. Kenapa tanya?

Bertudung: Saja nak tanya. Kenapa belum sampai seru? Kan dah lama Allah suruh kita pakai tudung. 

Free hair: Tapi saya belum ready.

Bertudung: Kenapa tak ready?

Free hair: Sebab saya rasa terlalu drastik untuk saya berubah sekarang. Saya kena ambil masa dulu. Nak berubah bukan senang. 

Bertudung: Okey la. Kalau awak lapar, awak makan tak?

Free hair: Mesti la. Macam mana nak hidup kalau lapar.

Bertudung: Tapi kalau awak masih dalam keadaan kotor, tangan masih belum berbasuh, masih belum berus gigi. Adakah awak akan makan juga?

Free hair: Euuww. Saya tak sanggup la nak makan camtu. Dah tentu saya akan bersihkan dulu diri saya sebelum makan. 

Bertudung: Kalau macam tu, awak masih ada banyak lagi nak dibuat. Betul awak sanggup tahan lapar dulu sebelum makan?

Free hair: Ya.

Bertudung: See? Walaupun kita sangat lapar dan perlukan makanan, tapi kalau kita masih dalam keadaan kotor, kita lebih sanggup nak bersedia dulu sebelum kita mula makan. Sama juga sebelum pakai tudung. Kalau kita masih tak ready nak bertudung, takkan la kita nak duduk diam saja menunggu masanya tiba kan? Kita kena la mula menerima dengan ikhlas dulu yang kita memang diwajibkan untuk pakai tudung dari sekarang, baru la kita akan lebih bersedia nak pakai tudung. 

Free hair: .....

Bertudung: Awak, jom la pakai tudung. Sekarang ni la masanya. Saya tau awak boleh. Hidayah bukan untuk ditunggu, tapi untuk dicari. Saya akan sentiasa sokong awak dari belakang.
 
 http://burungman.blogspot.com/2011/07/kenapa-tak-nak-pakai-tudung.html

*Si gadis bertudung memberikan senyuman yang manis kepada kawannya. Si gadis free hair itu pun menangis lalu memeluk sahabatnya itu dengan erat.*


P/s: Kadang-kadang, bila kita nak biasakan diri dengan sesuatu, kita kena la paksa diri kita untuk memulakannya. Even seorang pembunuh bersiri sekalipun, mereka tetap berasa susah untuk melakukannya pada kali pertama sebelum terbiasa pada akhirnya. Ini kan pula kalau nak pakai tudung. So, to live well or live hell? It depends on your choices.

No comments:

Post a Comment