- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, June 6, 2012






Kisah Seorang Anak Kecil

Seorang lelaki masuk ke dalam masjid dan waktu itu bukanlah waktu solat fardhu. Dia mendapati ada seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun yang sedang solat dan berdoa dengan fokus serta merendah diri. Beliau menunggu sehingga kanak-kanak tersebut selesai solat, kemudian dia datang memberi salam kepadanya dan berkata

"Anak siapakah kamu?"

Budak itu menundukkan kepalanya dan air mata gugur berderai di pipinya, kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata;
"Wahai pak cik, saya adalah seorang anak yatim yang tiada bapa dan ibu?"

Lelaki itu berasa kasihan dengannya dan berkata:

"Adakah anda ingin menjadi anak angkat saya?"

Budak itu berkata: "Jika saya lapar adakah pak cik akan memberi makanan kepada saya"

"Ya"

"Jika saya telanjang adakah pak cik akan menyediakan pakaian untuk saya?"

"Ya."

"Jika saya jatuh sakit, adakah pak cik akan sembuhkan saya?"

"Saya tidak dapat berbuat demikian, wahai anak"

"Jika saya mati, adakah pak cik akan membawa saya kembali untuk hidup?"

Lelaki menjawab "Saya tidak dapat berbuat demikian."

Budak itu membalas "Biarkanlah saya kepada yang menciptakan daku wahai pak cik yang baik, Dia akan menunjukkan jalan kepadaku dan Dia yang memberi saya makanan dan minuman. Jika saya jatuh sakit, Dia yang menyembuhkan saya dan Dia Sahajalah tempat saya berharap, semoga Allah memaafkan saya pada hari kiamat.

Lelaki itu terdiam dan melangkah pergi sambil berkata, "Saya percaya kepada Allah, sesiapa yang meletakkan kepercayaan kepada Allah, nescaya Allah akan menolongnya."








 p/s : letakkan kepercayaan kepada Pencipta bukan terhadap makhluk yang dicipta.
http://lestariunggu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment