Kuliah Maghrib di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail.

 

1
2
3
4

 Kuliah Maghrib di Masjid Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Bangsar.


Menjaga adab apabila berada di Masjid amatlah dituntut apatah lagi kita menjadi tetamu Allah kita tidak malu dengan makhluk-makhluk Allah yang lain yang berada di dalam masjid.Semoga memberi menafaat kepada umat Islam yang senantiasa mengunjungi rumah-rumah Allah.

Kuliah Maghrib di Surau Al-Huda Taman Keramat.



Hakikat Rukhshah di mana kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat untuk kita melaksanakan ibadat dan bukannya dengan menggunakan rukhshah untuk memenuhi kehendak nafsu sahaja.Semoga umat Islam dapat mengamalkan ibadat solat dengan lebih sempurna sebagaimana Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wassalam "Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat" - Sahih Bukhari.

Kuliah Maghrib di Surau Al-Ikhwan Gombak.


Alhamdulillah, apabila kita dengan terus menerus tanpa jemu berdakwah untuk memberi kefahaman kepada umat Islam betapa bahayanya fahaman Wahhabiy, akhirnya umat Islam akan semakin faham betapa pentingnya amalan-amalan yang baik untuk diamalkan bagi memperkukuhkan keimanan kita mendekati Allah swt. Semoga amalan-amalan yang baik yang disepakati oleh ulama Muktabar tidak terhakis disebabkan oleh kesan fahaman Wahhabiy yang sering membida'ahkan, mensyirikkan amalan-amalan yang baik ini.

Menjawab Isu-Isu Khilafiyah Wahhabiy.


Baca Surah Yasin Pada Mayat.


Pendedahan Buku-Buku Wahhabiy.


 

Isu Bacaan Tahlil.

Sebagai umat Islam yang cintakan amalan-amalan yang disepakati oleh jumhur ulama, maka wajib untuk kita mempertahankan amalan-amalan ini agar tidak pupus disebabkan ada anasir-anasir yang jahat ingin melemahkan hati umat Islam dari mendekati Allah swt. Isu-isu khilafiyah yang sering dicanang-canangkan oleh golongan Wahhabiy menyebabkan ramai umat Islam terpedaya dengan slogan Wahhabiy yang berkata, "Berpegang Kepada Al-Quran & As-Sunnah" sehingga mengenepikan pandangan ulama-ulama Muktabar yang sering mengajar umat Islam dengan amalan-amalan yang begitu baik untuk diadakan.Berpeganglah kita dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias agar kita lebih memahami urusan agama seperti apa yang disampaikan oleh Ulama-Ulama Muktabar.

Double Trouble - Takziah Buat Wahhabiy & Syiah.

DVD Seminar Perbandingan Ahli Sunnah Dan Syiah dan Buku Penyelewengan Fahaman Tajsim Wahhabiy dikeluarkan serentak untuk memberi kefahaman kepada umat Islam betapa pentingnya menjaga Aqidah yang sohih mengikut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Pada hari ini, doktrin-doktrin ajaran yang menyeleweng semakin mebimbangkan masyarakat dan ini adalah satu usaha yang gigih dari pejuang Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi membendung pemikiran yang melampau yang dibawa oleh golongan Wahhabiy dan Syiah. Kedua-dua produk terbitan Alhimna Enterprise ini boleh didapati dengan menghubungi wakil pengedar selaku penerbit DVD dan buku ini melalui talian 013-3493799.

Wahhabiy Bukan Salafi Tapi Wahhabiy Adalah Talafi!!!



Penjelasan TG Syeikh Nuruddin Tentang Talafi.
Mendampingi Ulama Kesayangan Ku.
Bersama TG Al-'Alim Al-Alamah TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Setiap kali mendapat peluang dengan kehadiran ulama tersohor dari Indonesia ini ke Negara ini, maka saya tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar mutiara kata yang keluar dari mulut ulama yang disayangi ramai ini.Program Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dihadiri oleh ribuan umat Islam yang dahagakan ilmu. Sememangnya kewarakan dan ke'aliman Tuan Guru Syeikh tidak boleh dipertikaikan lagi dan beliau merupakan ulama tersohor yang bergerak ke sana ke mari dalam menyebarkan dakwahnya.
Sebagaimana lazimnya, Tuan Guru Syeikh akan memulakan programnya dengan Solat Tasbih, bermunajat kepada Allah swt dan ini menunjukkan betapa ulama ini begitu Tawadduk sekali sehinggakan ramai di kalangan hadirin menangis dengan munajat yang dibawa oleh Tuan Guru Syeikh.Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya dan diberi kesihatan berpanjangan kepada Tuan Guru Syeikh yang terlalu banyak mengabdikan dirinya untuk menunjukkan jalan kepada umat Islam yakni jalan menuju Allah dengan mendapat keredhaanNyahttp://www.hanifsalleh.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog