Mutiara Kata dari Ustaz Azhar Idrus..
Sharing is caring, caring is LOVING kan??
Aku suka share mutiara kata dari USTAZAZHARIDRUS dekat wall
facebook..tapi kalini nak share dekat blog wokehhhh supaya kita sama2
berubah jadi yang lebih baik....
1) Jangan hanya melihat KEBURUKAN ORANG, kerana SEBURUK-BURUKNYA dia, ada 1001 KEBAIKAN yang kamu tidak pernah lihat :)
----------> aku suka dengan kata2 ni.. dan kata2 nila orang yang dia tak suka tula dia mintak tlong skang.. kan...kan kan?
2) Perempuan yg cantik akan membuka "mata lelaki" Tapi perempuan yg
baik akan membuka "hati lelaki" Pilihlah nak jadi cantik atau baik ? :)
3) "Assalamualaikum. Hai cik adik leh kenal? Tak jawab dosa tau!"
Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah
Makruh jawab salam ini sebab boleh membawa kepada fitnah
-----------> biasela zaman skang ni lelaki dengan perempuan memang suka bagi salam kan?
4) Satu suap rezeki yang halal masuk ke dalam mulut isteri kita sama macam kita bagi satu sedekah kat fakir miskin.
5) Kena ingat bila menjadi suami atau isteri, kedua-duanya ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
6) Sayangi isteri kamu walau seburuk mana pun perangai mereka.
Mereka anugerah yang tak ternilai bagi insan yang bernama suami.
7) Isteri bila pergi shopping kalau boleh dengan tauke kedai pun dia nak beli. Sebab tu suami kena selalu pimpin tangan isteri.
----> Ramai suami yang tak hargai isteri skang ni...
-------> ok yang ni kelakar..hehehe
8) Masih bernyawa adalah nikmat yang luar biasa. Sayangnya, jarang-jarang manusia mensyukurinya.
9) Bila terasa diri itu terlebih baik dalam segala hal maka sebenarnya dia berada di atas jalan syaitan
10) Hukum mesej dengan bukan mahram harus bila benda mustahak, makruh bila benda lagha, haram bila timbul nafsu syahwat.
11) Semua lelaki adalah sama kacak, namun yang paling kacak di antara mereka ialah yang paling baik iman dan akhlaknya.
12) Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur.
13) Bimbinglh isterimu dgn penuh kasih sayang, didiklh mereka mnjadi wanita solehah krn mereka bakal mnjadi kekasih syurgamu.
14) Suami yang terbaik adalah suami yang memaafkan segala dosa dari isterinya setiap hari sebelum tidur.
15) Kita janganlah taksub sangat dengan artis. Haram jadinya kalau kita terlampau taksub dan memuja mereka
16) Sunat buang air kecil dalam keadaan duduk. Oleh itu siapa yang kencing berdiri, perbuatannya makruh tapi tak berdosa.
17) Carilah harta sebanyak mana pun tapi jangan jual agama. Sampai masa solat kita solat, jangan kejar dunia semata-mata.
18) Boleh buat ayat quran jadikn ringtone tapi jgn bunyikn dlm tandas dan jgn matikn ringtone mlainkn pnghujung ayat
-------> betul betul betul!
---------> Hurmmm Bukan setakat mesej..call pon orang dah tak kisah kan?
------> Setuju sangat!
19) Tgk kat stadium berapa ribu org boleh pergi itu pun bertiket. Tgk kat masjid berapa puluh org pergi itu pun percuma.
20) Syaitan tidak pernah berputus asa untuk menarik kita ke neraka.
Ok cukupla ..nanti kita update lg.. :)
Selamat beramal guys! Hidup ni walaupon pahit tapi terpakse kena
telannnn... terrrpaksaaa... jadi perkataan yang selalu kita kena ingat
adalah SABAR..
http://qasehblog.blogspot.com
Comments
Post a Comment