PAGAR RUMAH BENTENG KELUARGA

Antara Kaedah Memagar Rumah
  • Sebelum memulakan pagar rumah, pastikan diri dalam keadaan BERWUDUK
  • Sediakan juga sebatang RANTING KAYU @ LIDI sepanjang 2' kaki, letak di muka pintu.
  • Lakukan selepas Maghrib hingga ke Subuh (waktu malam)
  • Pastikan tiada sesiapa yang mengganggu semasa anda memulakan
Langkah seterusnya

Laungkan AZAN, tempatnya di Ruang Tamu @ Tiang Seri
sehabis Azan...sila keluar rumah dan berhenti di muka pintu.
Ambil RANTING KAYU @ LIDI, pastikan hujung ranting terkena tanah.

Dalam keadaan tangan pegang ranting & diri mengadap pintu rumah.
baca pula BISMILAHIR RAHMANIR RAHIMI 7X...
 diikuti bacaan AL-FATIHAH 7X

sehabis baca AL-FATIHAH, baca pula surah 4 Qul 7X
Seterusnya bergerak mengelilingi rumah 7X pusingan seperti Tawaf Kaabah, sambil mulut baca AYAT KURSI serta menyeret Ranting kayu di tanah. Mulakan langkah kaki kanan, melangkah ke arah kanan rumah (Pusing ikut lawan jam)
Pastikan baca Ayat Kursi untuk setiap pusingan.
Mulakan bacaan Ayat Kursi di muka pintu dan habis MESTI di muka pintu juga.
Buat 7X pusingan. 
PERHATIAN ! semasa memulakan pagar rumah jangan berkata-kata sehingga selesai 7 pusingan. Setelah selesai, tanam ranting kayu ke dalam tanah, dan berdoalah moga ALLAH selamatkan kehidupan anda dunia & Akhirat.

 http://suraumadrasatulfalahiyah.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog