- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, June 18, 2012






Peribadi negatif bangsa Melayu yang wajar diubah....







Aisyah r.a. berkata, saat ditanyakan kepadanya tentang akhlak Rasulullah saw.,

"Akhlaknya adalah AI-Qur'an."(Hadis riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Bismillah

dengan nama Allah Maha pemurah lagi Amat Pengasih

Alhamdulillah tamat sudah membaca sebuah buku yang ditulis anak seberang berjudul "Madinah Kota yang Bercahaya". Buku setebal 309 muka surat ini berjaya dikhatamkan setelah 3 jam.Banyak perkara diketahui dengan membaca buku ini.Sejarah bumi Madinah al-Munawwarah sejak zaman sebelum Islam hinggalah zaman moden...membaca menambahkan ilmu...

Syukur kepada Allah bernafas lagi.Sekarang jam 11.50 malam 23 Jun 2011.Lagi sepuluh minit ,malam akan bertukar pagi dan tarikh baru muncul.Begitu juga hari baru iaitu Jumaat .Aku suka Jumaat kerna Jumaat peluang mendapat banyak pahala.Mendengar khutbah mendapat pahala,masuk wang tabung masjid pun pahala,berdoa dan zikir pun pahala.Jumaat penghulu hari...namun bagi mnausia yang tidak mengerti apa itu Jumaat,mereka berasa Jumaat tiada apa-apa,hanya hari seperti hari yang lain............

Mim Lam Alif Ya Wau,jadilah MELAYU.Tidak pasti mengapakah bangsa ini dinamakan Melayu.Belum bertemu lagi sebab musabab.Mungkin ada sejarahnya sebuah bangsa ini dinamakan Melayu.Jika tahu,sila maklumkan.Hamba yang daif ini belum menemui jawapan dalam mana-mana buku sejarah.

Bangsa Melayu adalah bangsa yang ramai di muka bumi ini.Di Indonesia sahaja hampir 400 juta.Di Malaysia mungkin 15 juta.Di Brunei kurang 400,000.Begitu juga ada Melayu di Thailand,Filipina,Kemboja,Veitnam,Laos dan Afrika.

Aku mempunyai seorang teman baik di Universiti namanya Abdullah Bayat dari Afrika.Dia keturunan Melayu.Katanya moyangnya fasih Melayu,namun setelah itu,datok dan ke bawah sudah lupa bahasa Melayu.Aku juga ada teman bangsa Melayu bernama Abdullah dari Hainan,China.Katanya sudah bergenerasi bangsanya tinggal di Hainan.Dia juga teman seuniversiti...

Bila bertemu aku menyapa "Ni hau Ma?",dia menjawab "Baik!".Kami sering bertukar bahasa.Aku ajar dia Melayu,dia ajar aku Cina.Bagus juga Universiti ini,boleh dapat banyak bahasa.

Siapa tidak kenal Hang Tuah....Pahlawan Melayu yang famous di pelusuk Nusantara.Jasadnya sudah ratusan tahun dimakan ulat dan mungkin tulang sudah menjadi tanah,namun namanya diabadikan di banyak tempat.Ada jalan Hang Tuah,ada perigi Hang Tuah,ada stadium Hang Tuah.Namun belum ku temui rojak Hang Tuah atau Kereta Hang Tuah.Mungkin proton edisi tahun 2020 nanti boleh menggunakan nama Proton Hang Tuah.

Bak kata Hang Tuah "Tak Melayu hilang di dunia".Betul.Melayu tak hilang,malah bercambah...

Aku masih batuk-batuk kecil,sudah 2 minggu batuk ini menyerang diri ini.Namun aku bersyukur hanya penyakit kecil,bukan sakit jantung atau kanser.Aku amat takut dengan penyakit berat,kerna penyakit serius dan teruk membantutkan kerjaku sebagai usahawan dan penulis.

Mungkin ramai agak kecewa membaca tajuk nota kali ini kerna mencemuh bangsa sendiri.Tajuk ini adalah berdasarkan sikap sebahagian bangsa Melayu,bukan semuanya.Ramai juga Melayu hebat dan cemerlang.Tajuk ini ditulis kerna untuk mengingatkan sebahagian Melayu yang bertaraf "haprak' seperti mat rempit,kaki ganja,taik judi,pembuang bayi dan sebagainya.Mereka inilah yang perlu diinsafkan.

Mengikut fakta sejarah,bangsa Melayu beragama HIndu.Tapak sejarah seperti Candi di Kedah adalah buktinya.Melayu menganut hindu ratusan tahun.Islam datang ketika zaman kesultanan Melaka.Ada juga sejarawan mengatakan Islam orang terengganu lebih awal berbanding orang Melaka.Batu Bersurat Terengganu adalah buktinya.Namun siapa Islam dulu adalah tidak penting.Yang penting Melayu Malaysia adalah Islam kecuali Sabah dan Sarawak kerna ada juga Melayu di sana Kristian .Aku juga pernah bertemu Melayu di sabah nama Mohamad,tapi Kristian.Itu perkara biasa di Sabah atau Sarawak.

Itu adalah fakta.Melayu menganut Hindu berabad lamanya.Dengan hidayah Allah swt,maka Melayu masuk Islam dan kini berterusan Islam keturunan...

Mengikut pakar bahasa,yang dalam perkataan sembahyang adalah bermaksud berhala dalam bahasa sanskrit.Maksud sembahyang adalah sembah berhala.Jadi Melayu ketika beragama Hindu mereka menggunakan perkataan sembahyang dengan maksud pergi sembah berhala.Namun setelah Islam,perkataan itu terus digunakan hingga hari ini.Bagiku adalah lebih baik meninggalkan perkataan tersebut dan menggunakan bersolat,ia lebih baik.

Bangsa Melayu kini memang menyedihkan.Mereka miskin harta dan budaya.Lihatlah berapa ramai Melayu rosak akibat dadah..jika dahulu tiada Universiti Serenti,sekarang semakin bertambah.Ia bertambah kerna jumlah penagih Melayu bertambah...Mereka bangga menjadi graduan Universiti Serenti...

Pelbagai salah laku dan kerosakan akhlak di lakukan Melayu.Ada isteri orang berkhalwat dengan suami orang,ada yang berlumba haram,ada yang berzina,ada yang buang bayi,ada yang suka beli nombor ekor, malah ada yang meragut dan merompak.

Pabila bulan Ramadhan pula,ada yang ditangkap makan minum siang hari kerna tidak berpuasa.Memang menyedihkan.Manusia beriman memanfaatkan Ramadhan untuk puasa dan ibadat,Melayu jahil makan dan minum denagn selamba bulan puasa...Memang memalukan dan mencemarkan kesucian Islam..Setiap tahun pasti ada berita ditangkap pencegah maksiat kerna tidak berpuasa..entah bila mereka akan insaf dan tiada lagi berita sedemikian...

Mereka sengaja makan dan minum tanpa uzur syarie.Mereka mencari helah pelbagai agar dapat makan dan minum.Ketika tangkapan,ada yang mengaku Cina,ada yang membaca akhbar Cina,ada yang mengaku sakit dan pelbagai karenah manusia yang tidak berpuasa...

Memang menyedihkan melihat bangsaku ini...Mereka tidak pernah menjiwai Ramadhan mubarak yang ditunggu seluruh umat Islam sedunia..

Apa yang menyedihkan Melayu Islam yang menjual makanan dan minuman kepada mereka yang tidak berpuasa.Sepatutnya lesen kedai dibatalkan untuk mengajar mereka,bukan setakat mendenda orang yang tidak berpuasa sahaja,manakala tuan punya kedai makan terlepas.

Kebanyakan pengusaha restoran Islam menutup perniagaan ketika Ramadhan.Mereka berniaga di pasar Ramadhan atau membuka di waktu malam.Ada juga bercuti sebulan untuk beribadat sepenuh masa...

Antara sikap negatif sebahagian bangsa Melayu adalah :

1.Banyak cakap.

Cuba lihat di kedai kopi ,apakah bangsa paling ramai?Melayu.Mereka suka melepak berjam-jam dan berpidato mengenai pelbagai perkara.Mereka menghabiskan masa berjam dengan bercakap dan berbual kosong..Melayu terkenal sebagai bangsa yang suka melepak berjam-jam berbual dan bercakap.

Hakikatnya manusia yang banyak bekerja adalah paling maju dan berjaya berbanding manusia yang banyak cakap.

Manusia yang banyak bercakap tidak produktif.Jika kita lihat sesebuah jabatan yang diketuai manusia banyak cakap,maka jabatannya tidak maju.Begitu juga sebuah negeri dipimpin oleh Menteri yang banyak cakap.Negeri yang maju adalah dipimpin oleh Menteri yang banyak bekerja,bukan banyak bercakap.Melaka yang kecil lebih maju dan kaya berbanding Kelantan kerna pemimpin Melaka terkenal dengan etika banyak kerja,kurang cakap.

2.Malas membaca.

Masih ramai Melayu malas membaca.Majoriti Melayu suka membaca akhbar atau majalah hiburan.Membaca buku amat kurang kecuali pelajar .Jika di perpustakaan walaupun membaca buku percuma, namun jumlah Melayu membaca amat kecil.

Semua manusia perlu membaca sama ada pelajar,nelayan,ibu bapa,guru dan sesiapa sahaja.Membaca menambahkan ilmu dan kemahiran dan ia memajukan seseorang dalam pelbagai bidang.

Sikap malas membaca adalah budaya negatif yang wajar diubah.Bangsa Jepun maju dan kaya kerna mereka rajin membaca.

Orang Jepun membaca dalam bas dan keretapi kerna mereka tidak mahu membuang masa.Kerajinan membaca menjadikan mereka lebih maju dan berjaya.

3.Tidak bersatu.

Melayu masih berpecah belah. Dalam politik sahaja ada Melayu menyokong UMNO, ada pula PAS, ada pula PKR dan ada juga menyokong DAP. Begitulah Melayu.

Melayu dilihat agak lemah dalam penyatuan berbanding bangsa Cina.Cina lebih kaya dan maju kerna mereka bersatu.

4.Kurang bekerja sama.

Kerja sama adalah penting kerna sikap tersebut akan membantu antara satu sama lain.Kerja sama dalam pendidikan,ekonomi,pertanian dan segalanya.Ramai Melayu masih tidak bekerja sama dalam melakukan sesuatu.

5.Suka menyalahkan orang lain.

Melayu suka menyalahkan orang lain.Contoh mudah ,pabila gagal dalam perniagaan,disalahkan kerajaan.Gagal dalam pelajaran pun disalahkan kerajaan.Apa sahaja kesalahan yang berpunca dari diri sendiri, Melayu suka menyalahkan orang lain.

Sikap suka menyalahkan orang lain perlu diubah.

6.Tikam belakang.

Ramai Melayu suka tikam belakang sama ada dalam politik,ekonomi atau pendidikan.Mereka melakukan perbuatan yang menjatuhkan bangsa sendiri.

7.Tidak mementingkan ajaran Islam.

Masih ramai Melayu tidak menghayati Islam dengan baik.Mereka berasa cukup dengan menjadi penganut Islam.Mereka hanya pentingkan wang dan lupakan ajaran agama.

Lihat sahaja di pasar malam yang majoriti peniaga adalah Melayu, namun solat Maghrib yang hanya 5 minit pun diabaikan.

8.Mudah terpengaruh.

Melayu mudah terpengaruh.Ramai menghisap dadah kerna terpengaruh.Ramai join MLM kerna terpengaruh.Ramai

ponteng sekolah kerna terpengaruh.Ramai mengamalkan rasuah kerna terpengaruh.Seakan tiada jati diri dalam Melayu..Mereka mudah meniru apa sahaja walaupun perkara negatif.

Demikian antara peribadi negatif Melayu.Sudah tidak mampu menulis lagi, amat banyak.Melayu perlu berubah.

Sikap negatif tersebut wajar diubah.Walaupun ramai Melayu cemerlang dan berjaya,namun masih ada bersikap demikian.Mereka wajar berubah dan berusaha menjadi bangsa yang berjaya.

Nota ini ditujukan kepada mereka yang memiliki sifat negatif.Manakala Melayu yang tiada sifat negatif tersebut,teruskan maju dan berjaya.

Ramai anak Melayu berjaya seperti Tan Sri Syed Bukhary,Dr Mahatir,Syeikh Muszafar,Daim Zainudin perlu dijadikan role-model .Mereka berjaya kerna tidak memiliki sifat-sifat negatif tersebut.

Kepada bangsa Melayu yang memiliki sifat negatif tersebut,wajar berubah.Kita perlu maju dan berjaya dan kejayaan akan datang jika menjauhkan sifat negatif tersebut.

melayu contoh


Terima kasih kerna membaca


Admin

Kisah Teladan & Co
http://kisahteladannco.blogspot.com/2011/07/peribadi-negatif-bangsa-melayu-yang.html

1 comment:

  1. mohon nak copy dan share kat blog saya bolehkan....TQ

    ReplyDelete