Punca Hati Tidak Bahagia
1. PEMARAH paling mudah dikesan
atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. PENDENDAM tersembunyi iaitu ibarat
mengumpul lahar didalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecil sekali pun
sakitkan hati atau tempelak orang didendam itu.Sebab orang pendendam
mudah kena sakit jantung.’
3. HASAD DENGKI – amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. BAKHIL – sentiasa merasakan orang lain
menginginkan harta,kesenangan,pangkat dll dari dirinya.Contohnya
sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah
elok dikongsi bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah,tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun
fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. TAMAK orang yang tidak puas dengan
yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat meminum airlaut…walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis
jugak…lagipun orang tamak selalu rugi… ***Ingat ! yang dikatakan harta
atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak
diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada
hak orang lain disitu)Biarkan rezekiitu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. TIDAK SABAR andainya perkara yang
kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hai-hal yang lebih
besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan…
7. EGO – Ibu segala Mazmummah jadi ia
membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini
pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin.
8. RIAK terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun didepan orang.Jika
dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan
amalnya.Allah marah kalau kita nak…takabur dengan ape yang kita ada.
9. CINTA DUNIA – tidak dapat
menderita…padat pun menderita kerana bila sudah dapat susah atau
menjaganya.Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan
pada harta itu…biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang
soleh/solehah…Cinta dunia merupakan “Neraka Dunia”kerana dunia itu
‘panas”akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah
akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
http://barlisusu.com/?p=11
Comments
Post a Comment