Qiamullail
Qiamullail
adalah merujuk kepada amalan beribadat pada malam hari dengan
mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Sunat Taubat, Tahajjud,
Witir dan lain-lain, serta amalan-amalan seperti membaca Al-Quran ,
berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya . Ibadah Qiamullail
sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara
berseorangan atau secara beramai-ramai.
[sunting] Kelebihan
Banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah Qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)
Ketika melakukan digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :-
1. Solat Sunat Awwabin
2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat Hajat
4. Solat Sunat Taubat
5. Solat Sunat Tasbih
6. Solat Sunat Witir
Disebut juga di dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:
[1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[1] Hai orang yang berselimut (Muhammad),
[2] bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
[3] (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
[4] atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
[5] Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
[6] Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
[7] Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
[8] Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
[sunting] Kelebihan
Banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah Qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".
(Surah al-Isra': 79)
Ketika melakukan digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut :-
1. Solat Sunat Awwabin
2. Solat Sunat Tahajjud
3. Solat Sunat Hajat
4. Solat Sunat Taubat
5. Solat Sunat Tasbih
6. Solat Sunat Witir
Disebut juga di dalam Surah Al-Muzzammil ayat 1 hingga 8 yang bermaksud:
[1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[1] Hai orang yang berselimut (Muhammad),
[2] bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
[3] (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit,
[4] atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan.
[5] Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.
[6] Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.
[7] Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak).
[8] Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
SIRI PENERBITAN PERCUMA BIL. (25)
PANDUAN QIAMULLAIL
Dipetik dan disusun oleh :
Haji Yaakub b. Hj. Hasan
Dikeluarkan oleh :
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Firman Allah Taala :
اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً
(الأعراف : 55)
Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut
Firman Allah Taala :
وَمِنَ
اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ
نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ
رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
(الإسراء : 79)
Maksudnya :
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta
kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada
hari akhirat di tempat yang terpuji.
MUQADDIMAH QIAMULLAIL
1. Galakan
Berbuat
amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat
Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca
Al-Quran , berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya
adalah merupakan Qiamullail, yang sangat-sangat
digalakkan dalam Islam.
Di
dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta
kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai
sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Maksud ayat 79 Al-Isra')
Suruhan
dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus
untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh
mengikut baginda, maka adalah suruhan Allah Taala itu
merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam Amnya.
2. Kelebihannya.
Allah
SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang
sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan
beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah
orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat
kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat
Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :
إِنَّ
الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ
وَعُيُونٍ , ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ
رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا
قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ , كَانُوا
قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
, وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
,
(الذاريات : 15-18)
Maksudnya : Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam
beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang
diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya
mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat
kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa
dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu
akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar
kepada Allah (memohon ampun).
Allah
SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang
yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah
hamba-hambaNya yang "Abrar"- orang-orang yang bernakti
dengan mengerjakan taat dan amal kebajikan. Orang-orang
Abrar ini tempatnya di dalam Syurga yang penuh dengan
berbagai-bagai nikmat. Firman Allah Taala :
وَعِبَادُ
الرَّحْمَنِ الَّذِينَ
يَمْشُونَ عَلَى اْلأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا
خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ
قَالُوا سَلاَمًا , وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ
لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
,
(الفرقان :63-64)
Maksudnya : Dan
hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah
mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila
orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang
diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat
kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan
berdiri,
Orang-orang
yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan
mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud
di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.
Dan
di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu
ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا
يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ
إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا
سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ , تَتَجَافَى
جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ
يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
,
(السجدة : 15-16)
Maksudnya : Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan
Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan
dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri
sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah
dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka
pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan
diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh);
mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan
takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi
lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Itulah
sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan
Qiamullail-beribadat di tengah malam. Manakala di dalam
hadis Rasulullah SAW. pula di antaranya ialah sebagaimana
berikut :
Berkata
Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah,
berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku
adalah serorang dari mereka yang mengunjunginya, maka
manakal aku memerhatikan mukanya dan aku telah
mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya bukanlah
wajah manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya :
Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya
: "Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan,
hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang
waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu
akan masuk syurga dengan selamat".(Hadis Riwayat Tirmizi)
Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda – Maksudnya :
"Hendaklah
kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman
orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada
Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan,
mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari
tubuh badan".
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata :
Hai
Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan
hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana
dengannya tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa
yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan
meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan
seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya
(tidak meminta-minta) dari manusia.
3. Waktunya
Sembahyang
malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah
malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat
Al-Hafiz : Bahawa tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada
waktunya yang tetap, malah terpulang kepada apa yang
mudah bagi baginda mengerjakannya jua.
Bagaimanapun
, berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan
sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga
yang akhir dari malam.
Diantara
hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada
Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir,
maka kalau anada berminat menjadi seorang dari
orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut
, maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi)
Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
"Allah
Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia
ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia
berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan
aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan
aku ampuninya". (Al-Bukhari)
Maksud
hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka
pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada
akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
4. Bilangan rakaatnya
Sembahyang
malam itu tidak ada baginya bilangan rakaat yang khusus,
dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang tertentu.
Oleh itu, maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya,
yakni pada jumlah yang paling tidaknya, dengan mengerjakan hanya
satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu
Isyak.
Diriwayatkan daripada Ibnu
Abbas RA katanya : Rasulullah SAW telah menyuruh kami
mengerjakan sembahyang malam dan baginda menggalakkannya
sehingga ia bersabda : "Hendaklah kamu mengerjakan
sembahyang malam itu walaupun satu rakaat". (Al-Tibrani)
Bagaimanapun
, yang terlebih afdhalnya ialah selalu mengerjakan
sebelas rakaat, iaitu boleh dibuat pilihan samada hendak
dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus
atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket beberapa
rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.
Aisyah
RA berkata : Tidak pernah Rasulullah SAW (bersembahyang)
lebih – samada pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya-
daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya) baginda sembahyang
empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya
rakaat-rakat sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang
empat rakaat lagi. Itu pun jangan ditanya tentang elok
dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang itu. Kemudiannya
baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata Aisyah),
aku bertanya : Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur
sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ? Jawab Rasulullah
: Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak
tidur !(Bukhari dan Muslim)
5. Tahajjud, Sunat Muakkadah
Tahajjud
ialah nama bagi sembahyang-sembahyang sunat tambahan
(nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada tidur
di tengah Malam. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai
kumpulan witir itu adalah tahajjud.
Mengerjakan
tahajjud di tengah malam hukumnya adalah sunat
muakkadah, yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan
supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama sekali diantara
sembahyang-sembahyang itu, selain daripada sembahyang
Fardhu, ialah sembahyang di tengah malam.
Ada
tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat bertanya
kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal
selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang
Malam".
6. Qadha' Tahajjud
Orang
yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali
ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau
lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari
sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud.
Ini
bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA
yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda
luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda
sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.
7. Berniat Ketika Hendak Tidur
Orang
yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana
hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya
ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak
mengerjakan ibdat Qiamullail.
Tujuannya
berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi
apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa
tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak
bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia
dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu
subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan
tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada
Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)
8. Kejutan Famili (keluarga)
Seorang
suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail di tengah
malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya
supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah
terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi
bicara yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga
walaupun dengan merenjis air ke muka isterinya itu. Dan
demikianlah juga sebaliknya-yakni isteri boleh melakukan
perkara yang sama terhadap suaminya.
Rasulullah SAW telah bersabda :
"Allah
merahmati seorang suami yang bangkit dari sebahagian
malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya. Kalau
isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga
Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya
lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau
suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya".
(Hadis Abu Daud)
9. Beribadat sekadar Minat
Mengerjakan
amal ibadat malam hari atau Qiamullail itu tidaklah
merupakan satu kemestian, dengan keterlaluan sangat,
sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau
menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada
siang hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang
diingini. Malah buatlah sekadar minat dan termampu jua,
tetapi biarlah berkekalan tanpa meninggalkannya kecuali
dalam kecemasa atau jika ada apa-apa halangan yang tak
dapat dielakkan.
Berkata Anas RA :
Pada suatu masa Rasulullah SAW masuk ke dalam Masjid dan
mendapati ada seutas tali tegang di antara dua batang
tiang di situ. Lalu baginda bertanya : Tali apa ini ?
Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau
malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah
SAW bersabda pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang
dari kamu itu bersembahyang sekadar cergasnya jua.
Apabila tidak berminat atau penat maka hendaklah ia tidur
! (Muttafaq 'Alaih)
Orang
bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu amalan yang lebih
disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang
berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim)
ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL
1. Bangkit Dari Tidur dan Doanya
Seorang
muslim itu sayugialah bangkit dari tidur malamnya pada
waktu sahur, iaitu kira-kira sepertiga akhir malamnya dan
terus membasuh muka serta bersugi giginya, lalu membaca :
الحَمْد
لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا
بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي رَدَّ عَلَيَّ رُوْحِي
وَعَافَانِيْ فِي جَسَدِي
وأَذِنَ لِيْ بِذِكْرِهِ , اَلحَمْد لِلّهِ
الّذِي خَلَقَ النَّوْمَ
وَالْيَقَظَةَ , اَلحَمْد لِلّهِ الّذِي
بَعَثَنِيْ سَالِمًا سَوِيًّا ، أَشْهَدُ
أَنَّ اللهَ يُحْيِ الْمَوْتَى
, وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ،
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ
ِللهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ,
وَاللهُ اَكْبَرُ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
, سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ أَسْتَغْفِرُكَ لِذَنْبِيْ
, وَأَسْئَلُكَ رَحْمَتَكَ.
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وَلاَ تُزِغْ قَلْبِي
بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنِي
وَهَبْ لِي مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ
أَنْتَ الْوَهَّابُ.
Maksudnya : Segala
puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan kita
setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan.
Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku
dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan
aku mengingatinya.
Segala
puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari
tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan
aku dari tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Aku
mengaku bahawa Allah itu ialah yang menghidupkan orang
yang mati, dan dialah yang berkuasa di atas tiap-tiap
sesuatu.
Tiada
Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu
bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah
yang berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Maha
suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang
sebenar melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan
tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan kuasa Allah
yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.
Tiada
Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci
Engkau , Ya Allah ! Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku
pohon rahmatMu ya Allah. Ya Allah ! Tambahlah ilmu
pengetahuan kepadaMu, dan janganlah condongkan hati aku
dari kebenaran setelah Engkau kurniakan hidayah padaku,
dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat dari sisi
kemurahanMu, dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat
banyak memberi.
2. Baca Sebelas Ayat Akhir dari Surah Ali Imran
Bila
selesai membaca doa-doa yang tersebut di atas, pandanglah ke langit,
atau jika di dalam rumah, pandanglah ke atas, dan sambil
itu-jikalau tidak berhadas besar-bacalah ayat-ayat
seratus sembilan puluh (190) hingga ayat dua ratus (200)
dari surah Ali Imran , Iaitu :
(190)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ َلآيَاتٍ ِلأُولِي
الأَلْبَابِ
(191)
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ
اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى
جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ
السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً
سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(192)
رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ
النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا
لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
(193)
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا
مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ
ءَامِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا
رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا
وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا
وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ
(194)
رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَنَا
عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ
الْمِيعَادَ
(195)
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا
أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ
مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ
مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ
هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ
وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي
وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ
عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ
جَنَّاتٍ تَجْرِي
مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ
عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
(196)
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ
الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ
(197)
مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ
جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
(198)
لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا
رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ
اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ
خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ
(199)
وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ
لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا
أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ
إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا
يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ
ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ
أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ
سَرِيعُ الْحِسَابِ .
(200)
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ
ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ .
Makna dan Maksud ayat-ayat :
190-Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
191-(Iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
192-Wahai
Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam
neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan
orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang
penolong pun;
193-Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru
(Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu
kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan
kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah
daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah
kami bersama orang-orang yang berbakti;
194-Wahai
Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan
kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau
hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak
memungkiri janji".
195-Maka
Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya
Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal
dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,
(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari
setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah
(kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat
tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai
gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang
(untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur
Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan
hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku
akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi
Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang
beramal soleh)".
196-Jangan
sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa
keuntungan-keuntungan kepada mereka).
197-(Semuanya)
itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap),
kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah
seburuk-buruk tempat ketetapan.
198-Tetapi
orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang
meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan
(ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih
bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak
berbuat kebajikan).
199-Dan
sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada
Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran)
dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka,
sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak
menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan
dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi
Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
200-Wahai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan).
3. Ketika Pakai Pakai Kain
Ketika memakai kain bacalah doa ini :
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ
مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي
وَلاَ قُوَّةٍ . اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا
هُوَلَهُ وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهِ
وَشَرِّ مَا هُوَ لَهُ .
Maksudnya : Segala
puji itu bagi Allah, Tuhan yang memakaikan aku pakaian
ini pada badanku dan memberinya akan aku tanpa upaya dan daya kekuatan
dariku. Wahai Tuhan kami ! Aku pohon kepada Engkau
kebaikan pakaian ini, dan kebaikan tujuannya, dan aku
pohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan
kejahatan tujuannya.
4. Qadha Hajat
Kemudian
daripada itu, jika ada rasa hendak Qadha hajat, maka
pergilah ke tandas dengan memakai alas kaki dan tutup
kepada. Sewaktu memasuki tandas hendaklah didahulukan
langkah kaki kiri.
Ketika hendak masuk ke tandas-iaitu pada masa masih lagi berada di luarnya –bacalah :
بِسْمِ
اللهِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ
مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
. أَعُوْذُبِكَ مِنَ الرِّجْسِ النَّجَسِ
الْخَبِيْثِ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ .
Maksudnya : Dengan
Nama Allah. Hai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon
berlindung dengan Engkau dari kejahatan dan tipu daya
syaitan. Hamba berlindung dengan Engkau dari kekotoran
yang najis, yang keji lagi merosakkan, iaitu syaitan yang terkutuk.
Dan
ketika keluar dari tandas hendaklah dengan mendahulukan
kaki kanan. Sebaik-baik sahaja keluar darinya bacalah :
غُفْرَانَكَ
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ
أَذْهَبَ عَنِّي مَا يُؤَذِّيْنِيْ
وَأَبْقَى عَلَيَّ مَا يَنْفَعَنِي
Maksudnya : Ya
Allah ! Aku pohon keampunan Engkau. Segala puji itu bagi
Allah Tuhan yang telah menghilangkan daripadaku akan apa
yang menyakiti aku dan mengekalkan apa yang manafaat bagiku.
Selepas beristinjak bacalah pula :
اَللَّهُمَّ
طَهِّر قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ
وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ الْفَوَاحِشِ
Maksudnya :Wahai
Tuhanku sucikanlah hatiku daripada berpura-pura (Nifaq)
dan peliharalah faraj (kemaluan) ku daripada segala yang
keji.
Masa
duduk Qadha hajat atau buang air di tempat terbuka, sayugialah jangan
mengadap atau membelakangi ke arah kiblat, malah di dalam
jamban atau tandas pun elok juga diamalkan begitu, jika
boleh.
5. Bersuci di Rumah Lebih Afdhal
Kemudian
daripada itu, jika ada kemudahan tempat bersuci atau bilik air
di rumah, maka lebih baiklah (afdhal) bersuci-samada mandi atau
berwudhu'- di rumah sendiri daripada melakukannya di
Masjid atai lain-lain tempat awam. Dan di waktu bersuci
hendaklah bersuci dengan cara yang paling sempurna ,
iaitu dengan berbuat segala sunat dan adab-adabnya.
Sesudah selesai bersuci bacalah :
اللَّهُمَّ
اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَابِيْنَ
وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ ,
وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ
الصَّالِحِيْنَ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُ
وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .
Maksudnya : Wahai
Tuhanku !Jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang
bertaubat, dan jadikanlah hamba ini dari kalangan orang-orang
yang bersuci, dan jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang soleh.
Maha suci Engkau , wahai Tuhanku ! Dan dengan kepujian
Engkau aku mengakui tiada tuhan melainkan Engkau. Aku
pohon keampunan Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.
Dan telah memberi rahmat oleh Allah di atas penghulu kami
Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan
telah memberi selamat sejahtera.
Selanjutnya
bacalah pula surah Al-Qadr iaitu : Inna Anzalnahu Fi Lailatil
Qadr hingga akhirnya, dan kemudiannya berdoa dengan bacaan :
اللَّهُمَّ
اغْفِِرْلِي ذَنْبِي وَوَسِّعْ
لِي فِيْ دَارِيْ وَبَارِكْ لِي فِيْ
رِزْقِيْ وَلاَ تَفْتِنِّيْ بِمَا زَوَيْتَ
عَنِّيْ .
Maksudnya : Wahai
Tuhanku ! Ampunilah bagiku akan dosaku, berilah keluasan
bagiku pada rumahku, dan berkatilah bagiku pada rezekiku,
dan janganlah Engkau memfitnahkan aku dengan apa yang Engkau telah
ketepikan daripadaku.
6. Dua Rakaat Sunat Wudhu'
Berikutnya,
sembahyangilah dua rakaat dengan berniatkan sembahyang sunat
wudhu'. Dan jika kebetulan di dalam di Masjid maka disampingkannya
berniat juga sunat tahiyat Al-masjid.
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama di dalam sembahyang ini bacalah :
وَلَوْ
أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا
أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا
اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ
لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا
(النساء : 64)
Maksudnya : Dan
kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah,
dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka
mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani.
Kemudian membaca (3 kali) : أستغفر الله ertinya : Aku pohon ampun daripada Allah.
Kemudiannya baca lagi surah Al-Kafirun. Iaitu : قل ياأيها الكافرونhingga akhirnya.
Selanjutnya selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah pula :
وَمَنْ
يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ
نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ
يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
(النساء : 110)
Maksudnya
: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya
sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun
kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
7. Wirid Lepas Sunat Wudhu'
Selepas memberi salam sunat wudhu' ini, bacalah wirid berikut ini sebanyak sepuluh kali tiap-tiap satunya iaitu :
1) اللهُ أَكْبَرُ – Allah Maha besar
2) اَلْحَمْدُ ِللهِ – Segala puji itu bagi Allah
3) لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله – Tiada Tuhan melainkan Allah
4) أَسْتَغْفِرُ الله – Aku mohon ampun kepada Allah
5) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ – Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya
6) سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسُ – Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan tertinggi, lagi Maha Quddus.
7) اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنْ ضِيْقِ
الدُّنْيَا وَضِيْقِ يَوْمِ
الْقِيَامَةِ Maksudnya
: Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung
dengan Engkau daripada kesempitan hidup di dunia dan daripada kesempitan
pada hari kiamat.
Peringatan
Selanjutnya bacalah : إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْض –
Iaitu ayat 190 hingga 200 surah Ali Imran jika masih belum
dibaca selepas membaca doa bangkit daripada tidur tadi.
8. Sembahyang Witir
Apabila
selesai segala-galanya dikerjakan dengan seelok-eloknya, maka mulalah
mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan
tiap-tiap dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang
terakhir- iaitu rakaat sebelas- dengan satu rakaat satu
salam.
Lafaz niatnya ialah :
أُصَلِّي سُنَّةَ مِنَ الْوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Bagi yang ke sebelas :
أُصَلِّي سُنَّةَ الْوِتْرِ رَكْعَةً ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
9. Bacaan-bacaan Dalam Witir
Bacaan-bacaan
dalam sembahyang sunat witir samalah seperti bacaan-bacaan
di dalam lain-lain sembahyang juga, termasuklah doa iftitah, fatihah,
tahiyat, tasbih dan lain-lainnya. Manakala bacaan
ayat-ayat pula terserahlah kepada kemampuan dan kebolehan
masing-masing jua, tetapi yang sebaik-baiknya bagi yang
hafal (hafaz) Quran hendaklah dibaca pada tiap-tiap
rakaat itu dua atau tiga maqra' atau lebih ataupun
kurang, dimulai daripada awalnya hingga khatam Quran yang tiga puluh
juzu' itu dalam beberapa malam.
Yasin,
Ad-Dukhan, Tabarakallazi atau lainnya. Dan jika tidak hafal surah
yang panjang-panjang, bolehlah dibaca surah A-Ikhlas dengan
diulang-ulang sebanyak sepuluh kali atau lebih ataupun
kurang mengikut sekira-kira minat dan cergasnya jua.
Apa
yang tersebut ini ialah mengenai lapan rakaat yang mula-mulanya. Adapun
tiga rakaat yang terakhir, maka sayugialah dibaca apa
yang warid jua, iaitu sayugialah pada rakaat yang
kesembilan dibaca surah Al-A'la (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلأَعْلَى ) , pada rakaat yang kesepuluh surah Al-Kafirun (قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ) dan pada rakaat yang terakhir surah Al-Ikhlas (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ) dan juga المُعَوِّذَانِ iaitu kedua-dua قُلْ أَعُوْذُ.
10. Baca Qunut
Pada
satu rakaat yang terakhir atau rakaat penyudahnya, iaitu rakaat "witir"
itu elok dibaca qunut seperti sembahyang subuh. Ini
adalah dikira elok serta diamalkan oleh satu kumpulan
ulamak, manakala setengah ulamak lain pula mengatakan
sunat dibaca qunut witir itu hanya pada malam-malam
setengah yang akhir daripada bulan ramadhan sahaja.
11. Bacaan Sunat
Sebagaimana
di dalam sembahyang-sembahyang fardhu , begitulah juga di dalam
sembahyang sunat witir ini pun elok dan sayugia dihormati-jangan
diabaikan- segala bacaan-bacaan sunat, termasuk
bacaan-bacaan tambahyang pada hujung doa iftitah, tasbih,
rukuk, sujud dan sebagainya. Di antaranya.
a) Bacaan dihujung doa iftitah -
سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ ,
تَبَارَكَ اسْمُكَ وَتَعَالَى جَدُّكَ وَلاَ
إِلَهَ غَيْرُكَ , اللَّهُمَّ
بَاعِدْنِي بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَا
كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ
وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ
نَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى
الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ
الدَّنَسِ . الَلَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ
مِنْ خَطَايَايَ بِالْمَاءِ
وَالْبَرَدِ .
b) Bacaan dalam rukuk selepas tiga kali membaca tasbihnya –
اَللَّهُمَّ
لَكَ رَكَعْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ
, وَلَكَ أَسْلَمْتُ , خَشَعَ لَكَ
سَمْعِيْ وَبَصَرِي وَمُخِّي وَعَصَبِي
وَشَعْرِي وَبَشَرِي وَمَا اسْتَقَلَّتْ
بِهِ قَدَمِيْ ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ . سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ
رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اَللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي , سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ
رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
, سُبْحَانَ ذِيْ الْجَبَرُوْتِ
وَالْمَلَكُوْتِ وَالْكِبْرِيَاءِ
وَالْعَظَمَةِ .
c) Bacaan dalam I'tidal
رَبَّنَا
وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا
طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ مِلْءَ
السَّمٰوَاتِ
وَمِلْءَ الأَرْضِ وَمِلْءَ مَا
شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ أَهْلَ
الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ أَحَقُّ مَا
قَالَ الْعَبْدُ وَكُلُّنَا لَكَ
عَبْدٌ لاَ مَانِعَ لِمَا
أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ
وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ
مِنْكَ الْجَدُّ .
d) Bacaan dalam sujud kemudian daripada tasbihnya tiga kali
َاللَّهُمَّ
لَكَ سَجَدْتُ , وَبِكَ آمَنْتُ
وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِيَ
لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ
سَمْعَهُ وَبَصَرهُ بِحَوْلِهِ
وَقُوَّتِهِ تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ
الْخَالِقِيْنَ. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ
، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ
, وَأَعُوْذُبِكَ مِنْكَ , لاَ
أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ , أَنْتَ كَمَا
أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ . اللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي ذَنْبِي كُلَّهُ
دِقَّهً وَجُلَّهُ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
سِرَّهُ وَعَلانِيَّتَه ، سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ رَبَنَّا َوَبِحَمْدِكَ ,
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي سُبُّوْحٌ
قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ
وَالرُّوْحِ.
e) Bacaan di Akhir Tasyahhud
َاللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِيِّ
الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ
وَذُرِّيَّتِهِ . كَمَا صَلَّيْتَ
عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيْمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ
النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ . اللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا
أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا
أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ
أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي أَنْتَ
الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ
جَهَنَّم وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ
الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ . اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ
وَالْمَغْرَمِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ
ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْرًا
كَبِيْرًا وَلاَ يَغْفِرُ
الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ فَاغْفِرْلِيْ
مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ
وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمِ , اللَّهُمَّ
رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً
وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ ، يَا مُقَلِّبَ
الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى
دِيْنِكَ .
Perhatian :
Di
dalam sujud itu bolehlah bermohon kepada Allah dengan apa-apa
permohonan yang diingini , lebih daripada yang tersebut
di atas, kerana sehampir-hampir hamba Allah kepada
Tuhannya ialah ketika ia sedang di dalam sujud.
Segala
zikir yang tersebut di atas itu sayugialah seberapa bolehnya dibaca
pada tempatnya masing-masing. Tetapi jika belum dihafal atau
tidak mampu dibaca di dalam rukuk dan sujud kerana ada
penyakit atau sebagainya, maka janganlah pula dijadikan
alasan sampai tidak berwitir langsung, malah buatlah
setakat yang termampu.
12. Bacaan Selepas Witir
Sebaik sahaja memberi salam rakaat yang terakhir dari sembahyang witir itu bacalah :
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسٌ (3 kali)
سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ
وَالرُّوْحِ ، جَلَّلْتُ
السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ بِالْعِزَّةِ
وَالْجَبَرُوْتِ , وَتَعَزَّزْتُ
بِالْقُدْرَةِ ، وَقَهَرْتَ الْعِبَادَ
بِالْمَوْتِ , اللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ
، وَمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ ,
وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ , لاَ أُحْصِى
ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا
أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ .
Dan kemudian selepas itu bacalah lagi :
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين (empat pulut kali).
13. Jaminan Keampunan
Diantara itu banyakkanlah di dalam hati akan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Allah
Azzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal
satu pertiga malam yang terakhir, maka ia berfirman : sesiapa
yang berdoa kepada Aku akan perkenankan, sesiapa yang
meminta, akan Aku beri, sesiapa yang meminta ampun
kepadaKu akan Aku ampunkannya".
Sila lihat maksud hadis ini pada muka lima dalam risalah ini.
Seterusnya
berdoalah dengan apa-apa doa, pohonlah akan apa-apa permohonan
dan mintalah ampun akan apa-apa kesalahan, insyaAllah akan
dikabulkan Tuhan.
Segala
doa sayugialah dimulai dengan Alhamdulillah dan Selawat ke atas
Rasulullah, demikian juga pada penutupannya.
Perhatian :
Segala
amalan sunat tersebut itu – jika ada kemudahan di rumah- elok dan
lebih akmal dikerjakan di rumah, kerana megerjakan segala
nawafil atau sembahyang sunat tambahan di rumah itu
adalah lebih afdhal kerana tertutup dari pandangan ramai
dan lebih terjamin dari dilanda perasaan riya' atau
bangga diri. Bagaimana pun hal ini terserahlah kepada
keadaan masing-masing jua. Kalau di Masjid juga terselamat,
bolehlah di Masjid.
14. Keluar Masjid
Selepas
itu kalau ada kemudahan Masjid, keluarlah dari rumah menuju ke
Masjid dengan mendahulukan langkah kaki kiri, sambil membaca :
بِسْمِ
اللهِ آمَنْتُ بِاللهِ وَتَوَكَّلْتُ
عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ . اللَّهُمَّ إني أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ
أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ
أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ أُجْهَلَ .
اللَّهُمَّ بِحَقِّ السَّائِلِيْنَ
وَبِحَقِّ الرَّاغِبِيْنَ إِلَيْكَ
مَمْشَايَ هَذَا إِلَيْكَ , فَإِنِّيْ
لَمْ أَخْرُجَ اَشَرًا وَلاَ
بَطَرًا وَلاَ رِِيَاءً وَلاَ سُمْعَةً ,
بَلْ خَرَجْتُ اِتِقَّاءَ سَخَطِكَ
وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ . أَسْأَلُكَ
أَنْ تُعِيْذَنِي مِنَ النَّارِ
وَتُدْخِلَنِيْ الْجَنَةَ.
Maksudnya :
Dengan
nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada
Allah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan
dengan Allah. Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon
perlindungan denganMu dari aku ini menjadi seorang yang
sesat atau disesatkan, atau aku terpesong atau
dipesongkan, atau aku menzalimi atau dizalimi, atau
menjadi orang bodoh atau dibodohkan. Wahai Tuhanku ! Demi hak
orang-orang yang memohon dan demi hak orang-orang yang
meminati Engkau, perjalananku ini adalah menuju kepada
Engkau. Sebenarnya aku keluar rumah ini bukanlah sebagai
orang hilang pedoman, seorang tak mengenang budi, seorang
yang bangga diri (riya') dan bukan pula seorang yang mencari
kemegahan, bahkan aku keluar kerana mengelak dari kemurkaanMu dan
kerana menuntut keredhaanMu. Aku mohon semoga Engkau
lindungi aku dari api neraka dan Engkau masukkan aku ke
dalam syurga.
15. Doa Apabila Hendak Masuk ke Masjid
Apabila sampai di pintu Masjid maka baca pula :
أَعُوْذُ
بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ
الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ
الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ وَسَلَّمْ ،
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذُنُوْبِي
وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
وَسَهِّلْ لِيْ أَبْوَابَ
رِزْقِكَ.
Maksudnya :
"Aku
mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar, dengan wajahNya
yang Mulia dan dengan kesultananNya yang qadim daripada syaitan
yang terkutuk. Segala puji itu bagi Allah. Wahai Tuhanku
! rahmatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi
Muhammad itu dan sejahterakanlah. Wahai Tuhanku,
ampunkanlah bagimu segala dosaku, dan bukalah bagiku
segala pintu rahmatMu , dan mudahkanlah juga bagiku memasuki segala
pintu rezekiMu !.
Kemudiannya
sambil membaca Bismillah ... masuk ke dalam masjid dengan langkah
kaki kanan dahulu. Demikian juga apabila keluar daripada
masjid pun dibaca bagaimana bacaan di atas juga , kecuali
أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Itu ditukar dengan
أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَأَعِذْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ وَجُنُوْدِهِ ,
Yang
bererti : Bukakanlah bagiku segala pintu kelebihanMu dan lindungilah
aku dari angkara syaitan dan bala tenteranya.
16. Niat I'tikaf dan sunat tahiyat Al-Masjid
Sebaik-baik
sahaja sampai di dalam masjid hendaklah berniat i'tikaf. Dan
apabila sampai di tempat hendak duduk, maka bagi menambahkan
kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah diulangi
lagi membaca :
أَعُوْذُ
بِاللهِ الْعَظِيْمِ وَبِوَجْهِهِ
الْكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ
الْقَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ,
Kemudian langsung terus mengerjakan sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid dua rakaat sebelum lagi duduk.
17. Zikir Selepas Tahiyat Al-Masjid
Kemudian daripada selesai sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid itu bacalah :
رَبِّ
اغْفِرْلِي ، وَتُبْ عَلَيَّ
إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
(100 kali).
Maksudnya : "Ya
Tuhanku ! Ampunilah bagiku, dan terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkau ialah Tuhan yang amat menerima taubat
lagi amat mengasihani".
Selepas
itu bergiatlah lagi dengan lain-lain Istighfar atau sesuatu zikir
sehingga sampai mendengar azan fajar atau bang subuh.
18. Menjawab Azan
Apabila
mendengar azan subuh hendaklah menjawabnya dengan ucapan yang serupa
seperti yang diucapkan oleh Muazzin (tukang bang) itu,
melainkan pada katanya
حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Maka bagi yang mendengarnya menjawab dengan kata
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Begitu juga bila muazzin kata :
حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata :
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
Adapun pada azan subuh, bila muazzin kata
الصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata
صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ
Manakala
ucapan-ucapan yang lain , maka ikutlah betul-betul seperti ucapan
muazzin itu, dengan suara perlahan sekadar didengar oleh diri
sendiri dan oleh orang-orang di sebelah menyebelahinya
sahaja.
19. Doa Selepas Azan
Selepas daripada selesai menjawab azan itu bacalah :
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَسَلَّمْ
. اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ
الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ
الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا
الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ
مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ
. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْئَلُكَ
الْعَافِيَةَ فِيْ الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ . اَللَّهُمَّ هَذَا إِقْبَالُ
نَهَارِكَ وَإِدْبَارُ
لَيْلِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَائِكَ
فَاغْفِرْلِي .
(البقرة :136)
20. Sembahyang Sunat Subuh
Kemudian daripada itu, sembahyanglah sunat subuh dua rakaat . Dibaca selepas fatihah rakaat yang pertama ayat :
قُولُوا
ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَمَا
أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ
إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطِ
وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى
وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ
لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ
مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Seterusnya bacalah اَلَمْ نَشْرَحْ hingga akhirnya dan قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ hingga akhirnya.
Dan kemudian daripada fatihah rakaat yang kedua dibaca pula :
قُلْ
يَاأَهْلَ الْكِتَابِ
تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ
بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ
إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ
بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا
بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ
اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا
اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
(آل عمران : 64)
Seterusnya dibaca pula اَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ hingga akhirnya dan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ hingga akhirnya.
Jika tidak hafal ayat-ayat yang tersebut, bolehlah dibaca قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ pada rakaat yang pertama dan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدْ pada rakaat yang kedua.
21. Zikir Selepas Sunat Subuh
Setelah sembahyang Sunat Subuh itu bacalah :
أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليك – tiga kali
Dan jika hari itu hari jumaat, maka diulangi baca tiga kali lagi dengan ditambah
العظيم
Iaitu
أستغفر الله العظيم ...
Hingga akhirnya dan kemudian baca
اَللَّهُمَّ
رَبَّ جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ
وَإِسْرَافِيْلَ وَعِزْرَائِيْلَ
وَرَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَجِرْنِيْ مِنَ النَّارِ
(3 kali) ,
Dan kemudiannya baca pula
شَهِدَ
اللهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُولُوا
الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ
. لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيْزُ
الْحَكِيْمُ وَأَنَا أَشْهَدُ
بِمَا شَهِدَ اللهُ بِهِ وَأَشْهَدُ
عَلَى ذَلِكَ وَأَسْتَوْدِعُ اللهَ
هَذِهِ الشَّهَادَةَ وَهِيَ لِيْ
عِنْدَ اللهِ وَدِيْعَةٌ أَسْأَلُهُ
حِفْظَهَا حَتَّى يَتَوَفَّانِي
عَلَيْهَا .
Kemudiannya baca
يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ – 40 kali
Dan kemudiannya lagi :
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم – 100 kali
Jika
ada kesempatan sebelum mendengar iqamat (qamat) atau bersendirian
di rumah, bacalah lagi zikir-zikir di bawah ini, tiap-tiap
satunya sepuluh kali iaitu :
سُبْحَانَ الله
Maksudnya : Maha Suci Allah
لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله
Maksudnya : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah
اَلْحَمْدُ ِلله
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah
أَسْتَغْفِرُ الله
Maksudnya : Aku pohon ampun kepada Allah
22. Menjawab Iqamat
Bila
mendengar iqamat untuk mendirikan jemaah sembahyang fardhu subuh,
maka jawablah iqamat itu dengan mengikut kata-kata yang
diucapkan oleh juru iqamat seperti pada jawab azan juga,
kecuali bila juru iqamat kata :
قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ
Maka yang mendengarnya menjawab :
أَقَامَهَا الله وَأَدَامَهَا
Dan kemudiannya membaca :
اَللَّهُمَّ
رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ
التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ
, صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آل مُحَمَّدٍ وَسَلِّم . وَآتِهِ
سُؤْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ . رَبِّ
اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ
ذُرِّيَّتِيْ رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَاءَ .
رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ
وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ
الْحِسَابُ . اَللَّهُمَّ آتِنِيْ
أَفْضَلَ مَا تُؤْتِىْ عِبَادَكَ
الصَّالِحِيْنَ .
23. Bacaan-bacaan Sunat
Kemudiannya baca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاس
hingga akhirnya. Dan seterusnya kerjakanlah sembahyang
fardhu subuh dengan berniat mengikut Imam atau menjadi
Imam atau bersendirian mengikut keadaannya. Segala bacaan-bacaan
sunat- disamping bacaan-bacaan wajib –seperti doa iftitah,
tasbih-tasbih rukuk dan sujud serta doa-doa hujungnya dan
lain-lain zikir lagi hendaklah seberapa boleh dibaca
kesemuanya.
24. Bacaan Selepas Sembahyang
Selepas
memberi salam sembahyang fardhu subuh dan juga selepas memberi
salam sembahyang fardhu maghrib khasnya, bacalah :
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (10 kali)
اَللَّهُمَّ أَجْرْنِي مِنَ النَّارِ (7 kali)
أَسْتَغْفِرُاللهَ
الْعَظِيْمَ الَّذِيْ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ
وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ (3 kali)
Dan
seterusnya kemudian daripada sembahyang subuh dan maghrib , serta juga
kemudia daripada lain-lain sembahyang fardhu, bacalah
أَسْتَغْفِرُالله (3 kali)
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ
, تَبَارَكْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ .
اَللَّهُمَّ
لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ
وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ
رَادَّ لِمَا قَضَيْتَ وَلاَ يَنْفَعُ
ذَالْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ .
اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ
وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ . لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ ,
وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ – لاَ إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ
وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ . لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ
لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ
الْكَافِرُوْنَ . سُبْحَانَ مَنْ لاَ
يَعْلَمُ قَدْرَهُ غَيْرُهُ وَلاَ يَبْلُغُ
الْوَاصِفُوْنَ صِفَتَهُ . سُبْحَانَ
رَبِّيْ الْعَلِّيِ الأَعْلَى
الوَهَّابِ .
Dan kemudiannya
سُبْحَانَ اللهِ (33 kali)
اَلْحَمْدُ ِللهِ (33 kali)
اَللهُ أَكْبَر (33 kali)
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ لَهُ . لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ (100 kali)
Bagaimana
pun , kalau ada sesuatu urusan yang perlu disegerakan ataupun
uzur, maka bolehlah zikir yang tersebut ini dibuat secara ringkas.
Iaitu dibaca:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَاللهُ أَكْبَر (sebanyak 11 kali sahaja)
Peringatan :
Berikutan
dari wirid yang tersebut di atas, jika suka dan ada kelapangan,
elok juga diteruskan dengan wirid-wirid yang biasa dibaca pada
tiap-tiap lepas sembahyang, iaitu yang bermula dengan وإلهكم hingga berakhir bertahlil itu.
25. Penutup
Selepas
itu sebagai penutup, berdoalah kepada Allah dengan apa-apa doa
yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang atau apa-apa
doa jua bagi memohon apa-apa kehendak bagi kepentingan
dunia dan akhirat. Dan jika mengikut imam, maka
berwiridlah mengikut wirid imam dan mengaminkan doa yang
dibaca oleh imam itu.
Sekian, Wallahua'alam
Kelebihan amalan qiamullail
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: SAYA ada beberapa kali menghadiri program qiamullail yang
dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Saya harap dapat ustaz jelaskan apa yang
dimaksudkan dengan tahajud dan qiamullail. Setakat mana seseorang itu perlu
melakukan qiamullail menurut ajaran Islam? - MAJALINA, Simpang Pertang.
JAWAPAN: Dalam maksud mudah, qiamullail bererti menghidupkan malam
dengan beribadah. Dalam bahasa Arab al-mutahajjid bererti orang yang berdiri
mendirikan sembahyang setelah bangkit daripada tidur.
Sembahyang tahajud adalah sunat muakkadah, iaitu sunat yang dituntut, yang jelas
hukumnya seperti yang disebut di dalam al-Quran, sunah dan ijmak ulama.
Keterangan tentang bertahajud ini dijelaskan oleh al-Quran seperti yang disebut
dalam surah al-Furqan: 64, az-Zariyat: 17-18, as-Sajadah: 16-17 dan Ali-Imran:
113.
Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang beribadah pada waktu malam itu
sebagai orang yang arif lagi berilmu, takut kepada azab akhirat dan mengharapkan
rahmat-Nya.
Keterangan ini disebut dalam surah az-Zumar: 9 yang bermaksud: Apakah kamu
wahai orang musyrik yang lebih beruntung, atau orang yang beribadah di waktu-
waktu malam dengan bersujud dan berdiri, sedangkan ia takut kepada azab akhirat
dan mengharapkan rahmat Tuhannya. Katakanlah: Adakah sama orang yang
mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran.
Lantaran kerana ibadah malam itu amat besar manfaatnya dan memberi kesan yang
baik untuk pembentukan peribadi seseorang, Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi
s.a.w. (al-Muzammil: 1-4): Wahai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah
untuk sembahyang di malam hari, kecuali sedikit, seperdua atau kurangilah
daripada seperdua itu sedikit, atau pun lebih daripada satu perdua. Dan bacalah al-
Quran itu dengan perlahan-lahan.
Rasullah s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah
r.a. baginda bersabda: Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadan ialah puasa
bulan Allah Muharam, manakala sembahyang yang lebih utama selepas
sembahyang fardu itu ialah sembahyang malam.
Beribadah di waktu malam atau pun qiamullail mempunyai kelebihan yang amat
besar, berdasarkan keterangan berikut:
1. Baginda s.a.w. amat mengambil berat ibadah pada waktu malam ini sehingga
pecah kedua-dua tapak kakinya. Menurut sebuah hadis daripada Aishah r.a. bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. beribadah pada waktu malam sehingga pecah kedua-dua
telapak kakinya. Ketika ditanya kenapa baginda berbuat demikian, padahal Allah
telah mengampunkan dosanya yang telah lalu juga yang akan datang, baginda
menjawab: Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang bersyukur - Muttafaq
alaih.
2. Amalan utama untuk masuk syurga. Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Salam r.a. beliau berkata: Ketika Rasullah s.a.w. datang ke Madinah, orang ramai mengerumuninya dan berteriak, Rasulullah telah tiba. Aku datang bersama orang ramai untuk mengalu-alukan kedatangan baginda. Tatkala menatap wajahnya, aku mengetahui sesungguhnya wajahnya bukan wajah penipu. Perkataan pertama yang aku dengar daripadanya ialah: Wahai orang ramai, berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim dan sembahyanglah malam ketika orang ramai tidur, kamu akan masuk syurga dengan selamat.
3. Qiamullail adalah di antara amalan untuk meningkatkan darjat seseorang di
syurga. Baginda s.a.w. bersabda mengenainya: Sesungguhnya di syurga itu ada
bilik-bilik yang dapat dilihat luarnya dari dalam, dan bahagian dalamnya dari luar.
Allah s.w.t. menyediakan akan dia bagi orang yang memberi makan, berlembut
lidah, menyambung puasa fardu dengan sunat, mengucap salam, juga mereka yang
sembahyang pada waktu malam, ketika orang ramai tidur - Riwayat Ahmad, Ibn
Habban, Tarmizi.
4. Orang yang beribadah pada waktu malam berhak mendapat rahmat Allah, juga
syurga-Nya (az-Zariyat: 17-18).
5. Allah s.w.t. memuji hamba-Nya yang beribadah pada waktu malam dan berhak
mendapat rahmat Allah, juga syurga-Nya (al-Furqan: 64), tanda-tanda
kesempurnaan iman seorang hamba (as-Sajdah: 15-17), dan terdapat perbezaan di
antara mereka yang beribadah pada waktu malam dengan hamba yang tidak berbuat
demikian (az-Zumar: 9).
6. Menghapus dosa-dosa dan mencegah diri seseorang daripada melakukan dosa.
Menurut sebuah hadis daripada Abi Umamah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.,
baginda ada bersabda: Hendaklah kamu beribadah pada waktu malam, kerana ia
adalah amalan orang yang soleh sebelum kamu, ia adalah satu cara menghampirkan
Kelebihan amalan qiamullail___________________________________________
diri kepada Allah, menghapus dosa-dosa dan mencegah daripada kejahatan -
Tarmizi, Hakim, Baihaqi.
7. Allah s.w.t. memberi ganjaran yang banyak kepada mereka yang membaca al-
Quran ketika melakukan amalan qiamullail. Menurut sebuah hadis daripada
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa
beribadah pada waktu malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, ia akan
terpelihara daripada lalai. Dan barang siapa membaca seratus ayat ia akan termasuk
dalam golongan orang yang sentiasa taat, dan barang siapa membaca seribu ayat, ia
termasuk dalam golongan mereka yang mendapat ganjaran yang banyak - Riwayat
Abu Daud.
Waktu yang paling afdal ialah pada satu pertiga daripada malam terakhir, walaupun
demikian ibadah ini boleh dilakukan pada awal malam, pertengahan atau pada
akhirnya. Yang dimaksudkan dengan satu pertiga malam terakhir itu ialah lebih
kurang selepas pukul tiga pagi, hal demikian memperlihatkan bahawa amalan ini
boleh dilakukan dengan mudah.
Hadis daripada Umar bin Abasah r.a. menjelaskan bahawa beliau pernah
mendengar baginda s.a.w. bersabda: Seorang hamba itu lebih hampir kepada
Tuhannya ialah pada malam yang terakhir, andainya anda berupaya termasuk dalam
golongan orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka lakukanlah - Hadis
riwayat at-Tarmizi.
Tidak ada bilangan khusus bagi sembahyang malam. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang malam itu ada dua rakaat, maka apabila salah seorang daripada kamu
takutkan subuh telah tiba, dia hendaklah sembahyang satu rakaat, dengan niat witir
apa yang telah ia sembahyang - Muttafaq alaih.
Walaupun demikian adalah lebih afdal andainya ditentukan kepada sebelas rakaat,
atau tiga belas, seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang
dijelaskan oleh satu hadis daripada Aishah. Beliau berkata, Rasulullah s.a.w.
sembahyang antara selepas menunaikan sembahyang isyak sehingga fajar sebanyak
sebelas rakaat, dengan memberi salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri
dengan witir satu rakaat - Riwayat Muslim.
Di antara adab ibadah di waktu malam:
1. Berniat untuk mendirikan qiamullail (ibadah malam) ketika hendak tidur, niat
kerana Allah s.w.t. dan bertakwa agar memperoleh pahala tidur. Menurut sebuah
hadis daripada Aishah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Tidak ada
seorang pun yang berniat untuk sembahyang malam, lalu ia tertidur, kecuali Allah
mencatatkan baginya pahala sembahyang. Tidurnya itu merupakan sedekah baginya
- Riwayat an-Nasaiy
2. Ketika terjaga hendaklah menyebut nama Allah - Lailahaillallah wahdahu la
syarika lah, lahulmulk wa lahulhamd, wa huwa ala kulli syain qadir. Demikianlah
seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam hadis
Ubadah bin as-Samit - Riwayat oleh al-Bukhari. Kemudian hendaklah bersugi.
Menurut sebuah hadis Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. ketika terjaga, menyapu
mukanya dengan tangannya, kemudian membaca sepuluh ayat terakhir dalam surah
Ali-Imran - Hadis riwayat Muslim. Dalam hadis lain dijelaskan bahawa apabila
terjaga pada waktu malam baginda membersihkan mulutnya dengan kayu siwak -
Muttafaq alaih.
3. Dalam sebuah hadis daripada Aishah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w.
apabila terjaga daripada tidur, memulakan sembahyangnya dengan dua rakaat yang
ringan - Riwayat Muslim.
4. Disunatkan melakukan tahajud di rumah, kerana baginda berbuat demikian.
5. Mudawamah iaitu terus-menerus melakukan ibadah qiamullail tanpa putus.
Disunatkan bagi seseorang itu melakukan sembahyang dengan rakaat-rakaat
tertentu, yang dilakukan berterusan. Andainya dia dalam keadaan segar, lakukan
dengan banyak dan panjang, andainya tidak, permudahkan.
6. Andainya seseorang itu terjaga, tetapi masih mengantuk, dia hendaklah tidur
sehingga hilang mengantuknya. Hal demikian dilakukan berdasarkan kepada
sebuah hadis daripada Aishah r.a. dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda:
Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika sembahyang, dia hendaklah tidur, sehinggalah hilang mengantuknya.
Walaupun demikian perlu difahami, bahawa tidur yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menghilangkan mengantuknya, bukan terus tidur sehingga pagi hingga menyebabkan tidak dapat beribadah pada waktu malam. Pada malam berikutnya ia mengalami hal yang sama, lalu tertidur sehingga pagi. Sesungguhnya syaitan itu mengikat tiga ikatan pada kepala seseorang hamba ketika tidur dan berkata, tidurlah. Malammu panjang.
Apabila seseorang itu terjaga daripada tidurnya lalu menyebut nama Allah, maka terhurailah satu ikatan. Dan apabila ia berwuduk, maka terhurailah ikatan yang kedua, dan apabila ia bangun mendirikan sembahyang maka terhurailah ikatan ketiga, lalu ia menghadapi pagi dengan keadaan sihat dan cergas. Andainya tidak, ia akan menghadapi pagi dengan malas lagi monyok.
Kelebihan amalan qiamullail
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: SAYA ada beberapa kali menghadiri program qiamullail yang
dianjurkan oleh badan-badan tertentu. Saya harap dapat ustaz jelaskan apa yang
dimaksudkan dengan tahajud dan qiamullail. Setakat mana seseorang itu perlu
melakukan qiamullail menurut ajaran Islam? - MAJALINA, Simpang Pertang.
JAWAPAN: Dalam maksud mudah, qiamullail bererti menghidupkan malam
dengan beribadah. Dalam bahasa Arab al-mutahajjid bererti orang yang berdiri
mendirikan sembahyang setelah bangkit daripada tidur.
Sembahyang tahajud adalah sunat muakkadah, iaitu sunat yang dituntut, yang jelas
hukumnya seperti yang disebut di dalam al-Quran, sunah dan ijmak ulama.
Keterangan tentang bertahajud ini dijelaskan oleh al-Quran seperti yang disebut
dalam surah al-Furqan: 64, az-Zariyat: 17-18, as-Sajadah: 16-17 dan Ali-Imran:
113.
Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang beribadah pada waktu malam itu
sebagai orang yang arif lagi berilmu, takut kepada azab akhirat dan mengharapkan
rahmat-Nya.
Keterangan ini disebut dalam surah az-Zumar: 9 yang bermaksud: Apakah kamu
wahai orang musyrik yang lebih beruntung, atau orang yang beribadah di waktu-
waktu malam dengan bersujud dan berdiri, sedangkan ia takut kepada azab akhirat
dan mengharapkan rahmat Tuhannya. Katakanlah: Adakah sama orang yang
mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang yang
berakallah yang dapat menerima pelajaran.
Lantaran kerana ibadah malam itu amat besar manfaatnya dan memberi kesan yang
baik untuk pembentukan peribadi seseorang, Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi
s.a.w. (al-Muzammil: 1-4): Wahai orang yang berselimut (Muhammad). Bangunlah
untuk sembahyang di malam hari, kecuali sedikit, seperdua atau kurangilah
daripada seperdua itu sedikit, atau pun lebih daripada satu perdua. Dan bacalah al-
Quran itu dengan perlahan-lahan.
Rasullah s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah
r.a. baginda bersabda: Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadan ialah puasa
bulan Allah Muharam, manakala sembahyang yang lebih utama selepas
sembahyang fardu itu ialah sembahyang malam.
Beribadah di waktu malam atau pun qiamullail mempunyai kelebihan yang amat
besar, berdasarkan keterangan berikut:
1. Baginda s.a.w. amat mengambil berat ibadah pada waktu malam ini sehingga
pecah kedua-dua tapak kakinya. Menurut sebuah hadis daripada Aishah r.a. bahawa
Nabi Muhammad s.a.w. beribadah pada waktu malam sehingga pecah kedua-dua
telapak kakinya. Ketika ditanya kenapa baginda berbuat demikian, padahal Allah
telah mengampunkan dosanya yang telah lalu juga yang akan datang, baginda
menjawab: Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang bersyukur - Muttafaq
alaih.
2. Amalan utama untuk masuk syurga. Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Salam r.a. beliau berkata: Ketika Rasullah s.a.w. datang ke Madinah, orang ramai mengerumuninya dan berteriak, Rasulullah telah tiba. Aku datang bersama orang ramai untuk mengalu-alukan kedatangan baginda. Tatkala menatap wajahnya, aku mengetahui sesungguhnya wajahnya bukan wajah penipu. Perkataan pertama yang aku dengar daripadanya ialah: Wahai orang ramai, berilah salam, beri makan dan hubungkan silaturahim dan sembahyanglah malam ketika orang ramai tidur, kamu akan masuk syurga dengan selamat.
3. Qiamullail adalah di antara amalan untuk meningkatkan darjat seseorang di
syurga. Baginda s.a.w. bersabda mengenainya: Sesungguhnya di syurga itu ada
bilik-bilik yang dapat dilihat luarnya dari dalam, dan bahagian dalamnya dari luar.
Allah s.w.t. menyediakan akan dia bagi orang yang memberi makan, berlembut
lidah, menyambung puasa fardu dengan sunat, mengucap salam, juga mereka yang
sembahyang pada waktu malam, ketika orang ramai tidur - Riwayat Ahmad, Ibn
Habban, Tarmizi.
4. Orang yang beribadah pada waktu malam berhak mendapat rahmat Allah, juga
syurga-Nya (az-Zariyat: 17-18).
5. Allah s.w.t. memuji hamba-Nya yang beribadah pada waktu malam dan berhak
mendapat rahmat Allah, juga syurga-Nya (al-Furqan: 64), tanda-tanda
kesempurnaan iman seorang hamba (as-Sajdah: 15-17), dan terdapat perbezaan di
antara mereka yang beribadah pada waktu malam dengan hamba yang tidak berbuat
demikian (az-Zumar: 9).
6. Menghapus dosa-dosa dan mencegah diri seseorang daripada melakukan dosa.
Menurut sebuah hadis daripada Abi Umamah r.a. daripada Rasulullah s.a.w.,
baginda ada bersabda: Hendaklah kamu beribadah pada waktu malam, kerana ia
adalah amalan orang yang soleh sebelum kamu, ia adalah satu cara menghampirkan
Kelebihan amalan qiamullail___________________________________________
diri kepada Allah, menghapus dosa-dosa dan mencegah daripada kejahatan -
Tarmizi, Hakim, Baihaqi.
7. Allah s.w.t. memberi ganjaran yang banyak kepada mereka yang membaca al-
Quran ketika melakukan amalan qiamullail. Menurut sebuah hadis daripada
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa
beribadah pada waktu malam dengan membaca sepuluh ayat al-Quran, ia akan
terpelihara daripada lalai. Dan barang siapa membaca seratus ayat ia akan termasuk
dalam golongan orang yang sentiasa taat, dan barang siapa membaca seribu ayat, ia
termasuk dalam golongan mereka yang mendapat ganjaran yang banyak - Riwayat
Abu Daud.
Waktu yang paling afdal ialah pada satu pertiga daripada malam terakhir, walaupun
demikian ibadah ini boleh dilakukan pada awal malam, pertengahan atau pada
akhirnya. Yang dimaksudkan dengan satu pertiga malam terakhir itu ialah lebih
kurang selepas pukul tiga pagi, hal demikian memperlihatkan bahawa amalan ini
boleh dilakukan dengan mudah.
Hadis daripada Umar bin Abasah r.a. menjelaskan bahawa beliau pernah
mendengar baginda s.a.w. bersabda: Seorang hamba itu lebih hampir kepada
Tuhannya ialah pada malam yang terakhir, andainya anda berupaya termasuk dalam
golongan orang yang mengingati Allah pada saat itu, maka lakukanlah - Hadis
riwayat at-Tarmizi.
Tidak ada bilangan khusus bagi sembahyang malam. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sembahyang malam itu ada dua rakaat, maka apabila salah seorang daripada kamu
takutkan subuh telah tiba, dia hendaklah sembahyang satu rakaat, dengan niat witir
apa yang telah ia sembahyang - Muttafaq alaih.
Walaupun demikian adalah lebih afdal andainya ditentukan kepada sebelas rakaat,
atau tiga belas, seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang
dijelaskan oleh satu hadis daripada Aishah. Beliau berkata, Rasulullah s.a.w.
sembahyang antara selepas menunaikan sembahyang isyak sehingga fajar sebanyak
sebelas rakaat, dengan memberi salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri
dengan witir satu rakaat - Riwayat Muslim.
Di antara adab ibadah di waktu malam:
1. Berniat untuk mendirikan qiamullail (ibadah malam) ketika hendak tidur, niat
kerana Allah s.w.t. dan bertakwa agar memperoleh pahala tidur. Menurut sebuah
hadis daripada Aishah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Tidak ada
seorang pun yang berniat untuk sembahyang malam, lalu ia tertidur, kecuali Allah
mencatatkan baginya pahala sembahyang. Tidurnya itu merupakan sedekah baginya
- Riwayat an-Nasaiy
2. Ketika terjaga hendaklah menyebut nama Allah - Lailahaillallah wahdahu la
syarika lah, lahulmulk wa lahulhamd, wa huwa ala kulli syain qadir. Demikianlah
seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam hadis
Ubadah bin as-Samit - Riwayat oleh al-Bukhari. Kemudian hendaklah bersugi.
Menurut sebuah hadis Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. ketika terjaga, menyapu
mukanya dengan tangannya, kemudian membaca sepuluh ayat terakhir dalam surah
Ali-Imran - Hadis riwayat Muslim. Dalam hadis lain dijelaskan bahawa apabila
terjaga pada waktu malam baginda membersihkan mulutnya dengan kayu siwak -
Muttafaq alaih.
3. Dalam sebuah hadis daripada Aishah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w.
apabila terjaga daripada tidur, memulakan sembahyangnya dengan dua rakaat yang
ringan - Riwayat Muslim.
4. Disunatkan melakukan tahajud di rumah, kerana baginda berbuat demikian.
5. Mudawamah iaitu terus-menerus melakukan ibadah qiamullail tanpa putus.
Disunatkan bagi seseorang itu melakukan sembahyang dengan rakaat-rakaat
tertentu, yang dilakukan berterusan. Andainya dia dalam keadaan segar, lakukan
dengan banyak dan panjang, andainya tidak, permudahkan.
6. Andainya seseorang itu terjaga, tetapi masih mengantuk, dia hendaklah tidur
sehingga hilang mengantuknya. Hal demikian dilakukan berdasarkan kepada
sebuah hadis daripada Aishah r.a. dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda:
Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk ketika sembahyang, dia hendaklah tidur, sehinggalah hilang mengantuknya.
Walaupun demikian perlu difahami, bahawa tidur yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menghilangkan mengantuknya, bukan terus tidur sehingga pagi hingga menyebabkan tidak dapat beribadah pada waktu malam. Pada malam berikutnya ia mengalami hal yang sama, lalu tertidur sehingga pagi. Sesungguhnya syaitan itu mengikat tiga ikatan pada kepala seseorang hamba ketika tidur dan berkata, tidurlah. Malammu panjang.
Apabila seseorang itu terjaga daripada tidurnya lalu menyebut nama Allah, maka terhurailah satu ikatan. Dan apabila ia berwuduk, maka terhurailah ikatan yang kedua, dan apabila ia bangun mendirikan sembahyang maka terhurailah ikatan ketiga, lalu ia menghadapi pagi dengan keadaan sihat dan cergas. Andainya tidak, ia akan menghadapi pagi dengan malas lagi monyok.
Terlalu banyak adab ibadah pada waktu malam yang perlu difahami dan dihayati dalam usaha memperoleh maqam yang tinggi hasil daripada ibadah tersebut.
Oleh kerana amalan qiamullail itu besar manfaatnya, maka godaannya juga besar, iaitu daripada iblis dan syaitan yang sentiasa menyekat manusia daripada beribadah kepada Allah, selain tabiat semula jadi manusia yang memerlukan pengorbanan, pemahaman dan kesedaran dalam usaha melakukan kebaikan.
1. Daripada
Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku
tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w
bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah
salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain
sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih
2. Daripada Abdullah bin Salam katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai
sekalian manusia! Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, jalinkanlah
silaturrahim dan bangunlah untuk dirikanlah solat sedangkan manusia lain
sedang tidur nescaya kamu akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih
3. Daripada Abu Hurairah katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Puasa
yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah
Muharram dan sembahyang sunat yang paling afdhal selepas solat fardhu
ialah solat pada waktu malam – Dikeluarkan oleh Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Ibnu Khuzaimah, Ahmad, Darimi, dan Baihaqi dengan sanad sohih
4. Daripada Abdullah ibnu Umar katanya bahawa nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Wahai
Abdullah ibnu Umar! Janganlah engkau menjadi seperti si Pulan di mana
dia bangun pada waktu malam tetapi dia tidak melakukan ibadat
qiamullail – Dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad dengan sanad sohih
FADHILAT QIAMULLAIL
PENJANA JATIDIRI MU’MIN
“Wahai
orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud
pada waktu malam, selain daripada sedikit masa
(yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu
separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit
dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya:
dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
MUKADDIMAH
Fizikal, intelek, emosi, dan rohani merupakan
aspek utama dalam diri setiap insan.
Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup
sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu.
Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan
membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria
mahmudah dan dijauhkan dari sifat mazmumah. Rohani
pula dapat dibina dengan menperbanyakkan ibadah ruhiyyah
ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu qiyamullail merupakan salah cara membina rohani
yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jatidiri setiap
mu’min. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan,
ketabahan, dan pengorbanan kerana nafsu, iblis
dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang
dan peluang yang ada.
PENGERTIAN
Qiyamullail ialah bangun pada waktu malam
(menghidupkan malam) dengan beribadat kepada
Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan
berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
SEJARAH QIAMULLAIL
Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah
dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10)
Namun setelah setahun disyari’atkan amalan itu menjadi
sunad muakkad bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib
ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (Lihat surah al-Muzammil
20)
SEBAB NUZUL AYAT
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim daripada Ibrahim
al- Nakhi di mana Nabi sedang berselimut dengan
lihaf maka Jibril datang menemui baginda dan
menyampaikan wahyu.
HIKMAH QIYAMULLAIL
· Meningkatkan keimanan individu
· Meninggikan darjat disisi Allah
· Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·
Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan
dan nikmat waktu malam yang tenang
· Melatih diri menjadi insan bertakwa
· Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
· Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
· Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
· Melatih diri mengharap keredhaan Allah
· Memberi ketenangan jiwa (emosi)
· Memberi kesihatan (fizikal)
· Menajamkan akal fikiran
· Meneguhkan kekuatan rohani
· Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
· Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah .
· Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah
KELEBIHAN QIAMULLAIL
· Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
· Tenang hati dan fikirannya
· Dimurahkan rezeki
· Dihormati masyarakat
· Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
· Jika dia pemimpin ,dia akan disegani
·
Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala
kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada
rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa
sahaja yang dikehendakiNya)
WAKTU-WAKTU QIYAMULLAIL
Waktu untuk solat malam ialah selepas isya’ sehingga
sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita digalakkan
untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
“Puasa
yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi
Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah
solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam,
bangun sepertiganya (solat) lalu tidur
seperenamnya.Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”
H.R. Jamaah selain At-Tarmizi
PANDUAN BANGUN AWAL
·
Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak
makan makanan yang berat selepas waktu Isya’
· Tidak melakukan bekerja terlalu penat pada waktu siang.
· Elakkan diri daripada melakukan daripada melakukan maksiat
· Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
·
Membaca tiga ayat terakhir Surah al-Kahfi dan
niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu
yang diniatkan
· Mematuhi adab-adab tidur
ADAB-ADAB QIYAMULLAIL
· Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail
“Barangsiapa
yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk
bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur
hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah
diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat
Allah kepadanya”
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A.
· Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
·
Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai
pakaian bersih setelah bangun daripada tidur
·
Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk
buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh
ayat terakhir surah Ali-Imran
·
Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat
yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak
yang disukai
·
Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan
rakan-rakan turut serta berqiyamullail
“Apabila
seseorang membangunkan isterinya di malam hari
lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat
bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan
orang-orang yang mengingati Allah”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drp Abu Hurairah R.A.
·
Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk
dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk
·
Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan
(istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
· Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA QIYAMULLAIL
· Solat sunat tahajjud
“dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan
kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan
bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan
menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang
terpuji.”
Al-Isra’ 79
“Sebaik-baik solat selain drp solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
·
Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat,
mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat
sunat yang lain.
· Solat witir
· Berzikir, bertasbih dan bertahmid
· Membaca al-Quran
·
Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan
memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah
PENUTUP
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin,
orang –orang soleh,dan golongan yang mengakui kehinaannya
di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan
sebaik –baik ganjaran ,nikmat ,dan rezeki
hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah
Rasulullah ? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat
yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan
di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah
mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah
dengan ibadah malam mereka?Adakah kita lupa
bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan
pada masa yang telah dijanjikan itu ?...........
Marilah kita bersama-sama berusaha
mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan
dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah
perlindungan dan inayah Allah dan seterusnya menghayati
dan merealisasikan wawasan
khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang di pikul.
Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan
generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita…
Dan
mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang
keburukan,kemungkaran ,kemaksiatan dan kelemahan
yang diwariskan kepada generasi akan datang
Yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini ?
Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi
RUJUKAN
· Al-Quran terjemahan Ar-Rahman
· Abdul Salam Mohd Zain.1999.Ingin tahu? Solat.Kuala Lumpur.UPD Sdn. Bhd.
·
Abd Latif Muda dan Rosmawati Ali.1997.Ulum
Syariah Ting. 4.Ilham Abati Enterprise
·
Imam Al-Ghazali(terj.).1998.Rahsia Hakikat Solat
Mengikut Tauhid, Fekah dan Tasauf.Darul Nu ‘man
·
Jainal Sakiban Johari.2003.Qiyamullail Amalan
orang-orang soleh. Jabatan agama Johor.
· Khutbah jumaat.2003.Jabatan Agama Johor :Qiamullail .
· Jabatan Agama Johor . Himpunan solat –solat sunat .
Qiamullail jadi sunat selepas asalnya fardu
BAGI
umat Islam solat lima waktu sehari semalam
adalah ibadat fardu yang wajib dilaksanakan,
malah ketika sakit pun, ada kaedah yang boleh
diamalkan.
Rasulullah
s.a.w ketika datang seorang lelaki dari kalangan
penduduk Najd dan bertanya mengenai Islam, lalu
Baginda menjawab, maksudnya: “Lima waktu solat
sehari dan semalam.”
Begitupun,
Islam memberikan galakan kepada umatnya untuk
melakukan ibadat tambahan supaya dapat
mendekatkan lagi diri dengan Yang Maha Esa seperti
solat tahajud atau ibadat qiamullail.
Ahli
fiqah seperti mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan
Hanbali bersepakat mengatakan ibadat qiamullail
disyariatkan. Ia berdasarkan kepada al-Quran dan
hadis Rasulullah s.a.w.
Malah, qiamullail menjadi amalan kepada generasi soleh terdahulu.
Ibn
Hajar al-Asqalani menceritakan kisah gurunya
al-Hafiz al-Iraqi: “Sesungguhnya aku melaziminya
dan aku tidak pernah melihatnya meninggalkan
qiamullail. Bahkan ia sudah menjadi kebiasaan baginya.”
Dalam
al-Quran ada menjelaskan mengenai qiamullail
sebagaimana diperhatikan dalam surah al-Isra,
bermaksud: “Dan, dari sebahagian malam bertahajudlah
kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu
di tempat yang terpuji.” (al-Isra':79)
Saad
bin Hisham bin Amir pernah meminta daripada
Aisyah r.a: “Ceritakanlah kepadaku mengenai qiam
Rasulullah.” Lalu Aisyah berkata: “Tidakkah
engkau membaca ayat [wahai orang yang berselimut]?”
Jawab Saad: “Ya, aku pernah baca.”
Aisyah
menjelaskan: “Sesungguhnya Allah azzawajalla
memfardukan qiamullail di awal surah ini. Lalu
Nabi dan sahabatnya bangun melakukan qiamullail setahun.
Allah menahan (tidak menurunkan) penutupnya (penutup surah
ini) selama dua belas bulan di langit sehingga Allah
menurunkan takhfif (keringanan) pada akhir surah
ini. Maka qiamullail menjadi sunat selepas
fardu.”
Berdasarkan
ayat dari surah al-Muzammil jelas menunjukkan
pada asalnya solat Tahajud adalah wajib, tetapi
kemudian ia dinasakhkan dengan ayat selepasnya,
bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui
bahawasanya kamu bangun selama kurang dari dua pertiga malam,
dan selama seperduanya, atau sepertiganya; dan segolongan
dari orang yang bersamamu; padahal Allah jualah
yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan
siang.
“Ia
mengetahui bahawa kamu tidak dapat mengira kadar
masa itu, lalu Ia menerima taubatmu: maka
bacalah apa yang mudah dari al-Quran.
“Ia
juga mengetahui bahawa akan ada antara kamu
orang yang sakit; dan yang lainnya orang yang
musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari
kurniaan Allah dan yang lainnya orang yang berjuang di jalan
Allah.
“Maka
bacalah apa yang mudah bagimu daripadanya; dan
dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan
berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman
yang baik (ikhlas).
“Dan
apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk
dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di
sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya
dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Ibnu
Abbas pernah berkata: “Tatkala turun permulaan
ayat al-Muzammil, mereka (kalangan sahabat)
bangun mengerjakan solat dalam sebahagian bulan
Ramadan, sehinggalah turunnya ayat akhir surah ini,
sedangkan antara permulaan ayat dan akhirnya ialah tempoh
setahun.”
Ulama
berselisih pendapat dalam menentukan apakah
qiamullail diwajibkan kepada Rasulullah. Ini
hasil daripada perbezaan tafsiran terhadap ayat 79 dari
surah al-Isra’.
Ibnu
Abbas berpendapat kewajipan qiamullail
dikhususkan kepada Rasulullah. Pendapat Ibnu
Abbas ini disokong oleh ramai ulama seperti Imam Syafie
dalam satu pendapatnya. Ia turut disokong oleh kebanyakan
ulama mazhab Maliki dan ditarjih oleh at-Tabari dalam
tafsirnya.
Pandangan
ini berdasarkan ayat di atas, iaitu perkataan
‘tambahan’ bermaksud tambahan ke atas kefarduan
yang sudah Allah tetapkan ke atasnya. Hadis Nabi
mengukuhkan lagi pendapat ini iaitu hadis
diriwayatkan at-Tabrani: “Tiga perkara ia adalah
fardu ke atasku dan bagimu ia adalah sunat. Iaitu solat
witir, siwak dan qiamullail.”
Pendapat
kedua ialah pendapat Mujahid bin Jabir yang
menegaskan qiamullail adalah sunat ke atas Nabi.
Pendapat beliau turut disokong oleh as-Syafie
dalam satu pendapatnya yang lain.
Bagaimanapun,
qiamullail bagi umat Islam adalah satu ibadat
sunat yang sangat dituntut dan tidak wajib.
Banyak dalil yang menunjukkan kelebihan
mengerjakannya sama ada daripada al-Quran, sunnah atau ijmak
ulama.
Dalam
hadis berbunyi: “Sebaik-baik solat selepas solat
fardu ialah solat pada waktu malam.” (Hadis
riwayat Muslim).
Orang
yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan
dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam
al-Quran, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang
bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata
air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh
Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah
orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa
mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam,
untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka
beristighfar kepada Allah.” (az-Zariyat:15-18)
http://fenditazkirah.blogspot.com
Comments
Post a Comment