- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, June 16, 2012





rakyat Syria memanggilmu, ya syabab

 

 

Diri yang memang penuh dosa di dunia dahulu sangat mengharapkan syafa'at Baginda di yaumul hisab nanti. Tapi bayangkan, tiba-tiba Rasulullah pun tidak mengaku kita sebagai umatnya atas sebab, kita tak ambil tahu keadaan saudara seislam kita yang lain. Lantas, kita dicampakkan ke dalam neraka tanpa pembelaan baginda kerana silap kita yang egois du dunia dulu. Kalaulah menyesal dan menangis air mata darah sekalipun, tiada gunanya.  Sepertimana firman Allah:


[Dan alangkah ngerinya, jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala di hadapan Tuhannya dan berkata, "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikan kami ke dunia. Nescaya kami akan kerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin- As Sajdah:12]

Na'uzubillah min zalik. Kalau nak menyesal, bertaubatlah sekarang. Bukan di sana nanti..

Petang tadi, bermimpi seorang kanak2 perempuan comel menangis di celah meja sambil menyebut nama Basyar. Terus terjaga. Mata tiba2 je basah. Allahuakbar, rasanya dapat signal direct bahawa aku ni lalai daripada fikirkan saudara2 di sana. Kalaulah ajalku tiba malam ni, apa jawapan aku pada Allah , "Apa hak yang telah aku tunaikan untuk saudara-saudara  di Syria, Palestin, Libya, dan lain-lain?". Takutnya kalau-kalau aku ni tergolong dalam golongan yang mana Nabi Muhammad tak mengaku sebagai umatnya kerana kesilapan ini. Takutnya kalau-kalau saudara Islamku di sana menuntut haknya yang tidak aku tunaikan sewaktu aku masih hidup.Lagi takut kalau-kalau Allah murka kerana aku tidak bersifat pengasih pada mereka, tidak ambil berat urusan muslim di luar sana, aku hanya pentingkan urusan diriku semata. Ya Rabbi, ighfirli zunubi..


Ayuh sahabat2 seislam. Bangkitlah kita daripada lena yang panjang. Saudara2 kita di sana dizalimi, dibunuh, diperkosa, disembelih, diterajang. Tapi kita bersenang lenang makan hingga perut kenyang, tengok movie sampai lewat malam, bersenang-senang di bilik tanpa solat jema'ah. Di mana sensitiviti kita? Di mana ukhuwwah kita? Rasulullah bila mana pertama kali tiba di Madinah, apa yang Baginda lakukan dulu? Baginda persaudarakan orang Ansar dan Muhajirin, menunjukkan pada kita betapa pentingnya persaudaraan seislam.

Apa yang boleh kita lakukan?
1. Banyakkan doa qunut nazilah dan solat hajat mendoakan agar mereka diberi kekuatan dan keikhlasan dalam perjuangan.
2. Sebarkan dan bangkitan sensitiviti orang sekeliling tentang isu syria ni dan semangat jihad di jalan Allah. Mungkin dengan cara diskusi, public speaking, share di facebook, blog dll
3. Derma


Jangan sesak nafas dengan masalah sendiri. Kalau fikirkan masalah sendiri yang tak pernah habis pun kita dah sesak nafas, siapa yang akan fikir masalah ummah?

Pemuda zaman Nabi fikirkan macam mana cara nak bunuh musuh2 Islam. Pemuda hari ini hanya fikirkan masalah diri sendiri sahaja
.

Sultan Muhammad Al Fateh buka Constantinople di usia remaja (kelmarin ulang tahun Constantinople jatuh ke tangan Islam, 29 Mei 1453), Salahuddin Al Ayyubi rampas Palestin daripada tentera Salin dalam Perang Hittin di usia muda, Tariq bin Ziyad buka Andalus di usia muda, Hassan Al Banna asaskan Ikhwanul Muslimin di usia muda. Kita pula bagaimana? Usia muda kita untuk apa??

Berubahlah.
Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan di dunia ni, di mana lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi??
 
 http://najahamdan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment