- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, June 9, 2012





Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka




Dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka, berkata


1
2
3
4
5

6
7



Rasulullah : Wahai Jibril! Beritahu kepada ku tentang api neraka.


Jibril : Ya, Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata kalau api itu jatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dengan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat.




Kemudian Jibril berkata lagi…..




Jibril : Wahai Muhammad, kalau malaikat yang Sembilan belas itu turun ke bumi sudah tentu akan mati semua penduduk bumi sebab bentuk mereka yang sangat menggerunkan, dan kalau satu pergelangan dari lantai neraka jatuh ke bumi, ia akan menembus ke dalam 7 petala bumi.




Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Jibril baginda pun berkata…


Rasulullah : Hasbi ya Jibril (cukuplah hai Jibril).


Lalu Rasulullah menangis dan diiringi dengan tangisan Malaikat Jibril.

Apabila Rasulullah melihat Jibril menangis maka Rasulullah pun bertanya..




Rasulullah : Wahai Jibril!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi ALLAH SWT?




Jibril : Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan ALLAH SWT, tetapi aku takut kalau ALLAH SWT hendak merubahkan aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu.


Walaupun kedudukan Malaikat Jibril sangat dekat dengan ALLAH, ia tetap menangis kerana takut kepada


ALLAH SWT.
By: Azul Afiz Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment