Saya, Anda dan Sikap Suka Bertangguh Kita
Gambar hiasan dari http://justinglover.com
Bagaiamana Menghadapi Sikap Bertangguh-tangguh
Dan
berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang
hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara
masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman. (39) - Maryam
Dalam
hidup kita, pasti ada beberapa perkara yang kita suka bertangguh.
Apakah perkara itu? Untuk saya, anda dan orang lain, mungkin ia perkara
yang berbeza diantara kita. Sama ada kerja atau urusan berkaitan kerja
di pejabat, perhubungan, keluarga, kesihatan; kesemuanya termasuk dalam
kategori urusan yang kita suka menangguhkannya. Pada hakikatnya kita
sedar ia adalah perkara yang penting, tetapi kita pasti bijak mencari
idea untuk menangguhkannya.
Kebiasaanya perkara yang kita
selalu sambil lewa ini adalah perkara penting dalam hidup kita. Kita
boleh katakan ia adalah 20% dari segala urusan seharian kita yang
sebenarnya memberi impak yang besar dalm kehidupan kita (80% kuasa
impak). Tapi kita lebih suka mendahulukan urusan dan kerja-kerja yang
kurang penting dalam hidup kita, urusan-urusan 80% dalam kehidupan
seharian, yang hanya memberi sedikit impak kepada kehidupan (hanya 20%
impak).
Kenapa kita perlu MELAWAN Sikap Bertangguh?
Dan
tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan
tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari
Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu,
ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari
pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang
ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan
tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab
yang terang nyata. (61) - Yunus
Kita mungkin memandang
rendah kepada sikap bertangguh, kerana kita selesa dengan budaya dan
cara hidup sedemikian. Mungkin kita juga merasa faedah dari bertangguh.
Kerana kebiasaannya urusan yang kita tangguh ini adalah urusan yang
sukar, yang tidak menyeronokkan, yang menderitakan dan sebagainya. Maka
apabila kita memilih untuk bertangguh, ia adalah satu rasa lega dan
kelegaan yang besar kepada kita. Tapi pada hakikatnya, rasa lega itu
hanyalah ilusi semata-mata.
Contohnya hari ini adalah hari Ahad
(di Pantai Timur, hari bekerja bermula pada hari Ahad). Kita mempunyai
tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar pada hari Khamis. Tugasan
ini adalah tugasan 20% (tugasan yang berimpak besar = 80%). Tugasan itu
memerlukan kita melakukan kajian, bacaan dan analisis yang mendalam,
maka kita mengambil sikap sambil lewa kerana kita tidak suka kerja yang
memerlukan fokus dan tumpuan yang banyak. Oleh kerana kita tidak
berusaha menyiapkan tugasan 20% itu tadi, kita cenderung menyibukkan
diri menyiapkan kerja-kerja dan urusan ringan (kerja-krja 80% yang
berimpak kecil = 20%) sepanjang 3 hari yang berlalu.
Akhirnya
hari Rabu menjelang tiba dan kita terperangkap – urusan 20% yang
berkemungkinan boleh menentukan kelangsungan kerjaya kita atau yang
boleh menentukan kenaikan pangkat kita – masih lagi dalam proses untuk
disiapkan. Kita pun bermati-matian cuba menyiapkan tugasan “hidup dan
mati” itu. Semua tenaga dan upaya dikerah. Akhirnya kita berjay
menyiapkannay pada pukul 4 pagi. Hati kecil berbunyi: “Akhirnya siap
juga tugasan hidup dan mati aku, ok je walaupun aku buat ‘last-minute’”.
Keesokannya kita menghantar tugasan, tepat pada masanya, dan semuanya berjalan lancar, tiada berita sedih.
Cuba
kita analisis pro dan kontra dari aktiviti bertangguh yang kita
lakukan. Faktanya semua kelihatan berjalan lancar kerana minda separa
sedar kita dari awal-awal lagi memberitahu “buat ‘last minute’ pun pasti
boleh siap, ini bukan kali pertama, dah banyak kali, semua ok je”. Maka
ia berjalan seperti yang kita harapkan, tiada yang negatif terjadi atau
berlaku. Aspek positif yang kita rasakan:
- Meletakkan urusan itu di akhir masa, menyebabkan minda kita memberi satu kesedaran dan kewajiban yang tinggi untuk memastikan urusan itu harus disiapkan juga tepat pada masanya.
- Kita mendapat faedah jangka masa pendek; berasa senang dan selesa kerana tidak perlu menyiapkan kerja yang sukar di awal waktu.
- Bertangguh masih boleh menghasilkan kerja yang diarahkan.
Jangan gembira dahulu. Terdapat juga aspek negatif (pada pandangan kita) yang kita mungkin tidak perasan:
- Masa kita dari hari Ahad hingga hari Rabu tidak digunakan sepenuhnya. Bos atau Ketua memberi tugasan itu di awal waktu agar kita boleh memberi yang terbaik terhadap tugasan itu. Jangka masa Ahad ke Rabu perlu diperuntukkan sepenuhnya untuk tugasan tersebut. Tapi kita menghabiskan masa itu utnuk tugasan 80% (tugasan berimpak kecil =20%), yang sebenarnya hanya memerlukan sedikit sahaja masa untuk disiapkan.
- Perasaan takut dan bimbang tidak dapat menyiapkan tugasan dirasai oleh kita samada secara kita sedari atau tidak. Sebenarnya semakin lama kita brtangguh semakin lama perasaan takut dan bimbang itu dirasai oleh kita. Akhirnya minda kita menggambarkan bahawa tugasan besar ini sangat berat VS pada hakikatnya tugasan besar ini sangt penting untuk kita. Perasaan takut yang tidak berasas ini timbul disebabkan sikap bertangguh yang kita pilih.
- Tugasan yang disiapkan itu pula, seharusnya lebih berkualiti, kerana kita memang mampu menyiapkannya dengan kualiti yang terbaik. Tapi oleh kerana kita memperuntukkan masa yang sedikit – diakhir waktu- maka, kita gagal memberikan yang terbaik untuk tugasan itu. Hati kecil kita pasti bersuara: “Aku sebenarnya boleh buat lebih bagus jika aku bermula awal”.
3 aspek negatif diatas
adalah berkaitan dengan 3 aspek positif yang kita rasakan itu. Jika kita
nilai dengan minda dan kesedaran yang tinggi, 3 aspek negatif itu jauh
lebih penting dari 3 aspek positif diatas. Sikap bertangguh bukan
sekadar menyebabkan hasil kita menjadi kurang kualiti dalam kerja kita,
tetapi ia menyebabkan kita mengalami perasaan takut dan bimbang yang
tidak berasas tesebut.
Dari apa yang dibincangkan diatas, dapat
disimpulkan; samada sikap bertangguh kita sudah parah atau kita baru
berjinak-jinak dengannya, ini adalah masa untuk kita menyelesaikan isu
ini dan kita perlu menjauhkan sikap ini dari hidup kita. Selagi kita
bertnagguh dalam setiap urusan yang kita patut lakukan, selagi itu kita
sebenarnya masih belum menyedari bahwa kita sedang menjalani kehidupan
kita.
Adakah Kita Mampu MELAWAN Sikap Bertangguh?
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya,
maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka
dan mereka pula tidak akan berdukacita. (112) - Al Baqarah
Jawapan
saya: Kita Boleh! Mungkin ada suara-suara sinis mengatakan, sikap
bertangguh adalah lumrah kehidupan, kita pasti melakukannya dalam
kehidupan. Anggapan ini mungkin terjadi kerana kebanyakan kita tidak
mengetahui apa yang menyebabkan kita bersikap menangguh-nangguh? Saya
pasti kita semua bersetuju bahwa bertangguh bukan sebahagian dari
kehidupan. Jika kita berjaya mencari punca kepada sikap ini, ia adalah
langkah pertama kita dalam melawan sikap bertangguh.
Sikap Bertangguh adalah Kesan (Simptom).
Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! (42) - Al Maarij
Isu atau punca bukanlah sikap bertangguh itu sendiri.
Sikap
bertangguh adalah kesan atau symptom dari isu atau faktor lain. Contoh
yang mudah; malas bukan satu factor, tapi malas adalah kesan dan symptom
dari pengurusan masa yang teruk dan kurangnya disiplin diri. Tetapi
ramai dari kita suka menyalahkan sifat malas sebagai factor utama.
Kerana ia senag untuk diberi dan orang tidak akan bertanya dengan lebih
lanjut jika anda mula menjawab,” Saya malas, nak buat macam mana”.
Contoh
mudah yang lain adalah terkena gigitan nyamuk. Apabila terkena gigitan
nyamuk, kita akan mula menggaru-garu kerana kegatalan. Ada yang
mungkinakan menyapu ubat atau losyen antiseptic. Kegatalan akan hilang.
Tetapi
adakah masalah sebenar telah diselesaikan? Masalah masih lagi disana –
gigitan itu dating dari nyamuk. Selagi ada nyamuk, selagi itu kita akan
mendapat gigitan nyamuk. Jika kita hanya berulang kali menyapu ubat
setelah mendapat gigitan, ia hanya penyelesaian sementara. Mungkin
kita akan menjadi lebih bijak dengan memasang kelambu, tetapi kita masih
belum menyelesaikan masalah sebenar – nyamuk masih ada.
Adakah
dengan menghalau nyamuk, maka masalah akan selesai? Berapa banyak
nyamuk yang kita mampu halau? Kemudian kita mula mencari dari mana
nyamuk ini datang – kita pun menjumpai sarangnya didalam pasu-pasu yang
mempunyai air bertakung.
Adakah kita sudah berjaya mencari masalah
sebenar? Bagaimana masalah air bertakung ini terjadi? Akhirnya kita
dapat menyimpulkan bahwa masalah sebenar kita adalah kita kurang menjaga
kebersihan dan kekemasan rumah dan kawasan sekeliling rumah. Jika
sebelum ini kita mengambil penyelesaian menyapu ubat, menghalau nyamuk,
memasang kelambu – ini semua hanya penyelesaian sementara. Hanya dengan
menjaga kebersihan dan kekemasan rumah dan kawasan rumah boleh
memastikan masalah nyamuk ini akan berakhir.
Berbalik kepada
isu suka bertangguh. Jom kita kaitkan dengan isu malas dan isu gigitan
nyamuk. Kita kena memastikan apakah ia symptom atau ia adalah factor
utama. Jika kita gagal memastikannya, samapai bila-bila pun masalah tak
akan dapat diselesaikan. Hatta jika ada orang membawa 25 tips melawan
sikap bertangguh, tetapi jika ia bukan factor utama, maka kita pasti
masih lagi dibelenggu dengan sikap bertangguh.
Perlu diingat, jika
kita adalah orang yang mempunyai sikap kronik yang parah dan kronik,
maka faktor utama kepada sikap itu juga adalah besar. Contoh mudah
tentang gigitan nyamuk. Jika masalah kita hanya mendapat satu gigitan
nyamuk, maka nyamuk-nyamuk yang membiak di kawasan rumah tidak banyak,
dan rumah kita masih boleh dikategorikan bersih dan kemas. Tetapi jika
gigitan nyamuk yang diterima adalah banyak, sudah tentu pembiakan nyamuk
berlaku dengan banyak dan subur dikawasan rumah kita, dan yang pasti
kita memeng tidak boleh mengaku rumah kita bersih dan kemas.
Jadi, Apakah Yang Menyebabkan Sikap Bertangguh?
Untuk
menjawab soalan ini, kita bertanya, apakah maksud sikap bertangguh?
Bertangguh adalah mengelak melakukan sesuatu atau tidak melakukannya.
Maka apakah yang menyebabkan kita tidak melakukan sesuatu perkara? Ada
dua perkara – Keinginan dan Takut. Lebih spesifik, (1) Kurang keinginan
atau (2) Takutkan sesuatu.
Dua Penentu: Keinginan dan Takut
Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang segera (keinginan yang kuat untuk berbakti) di antara kamu dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang lambat(takut dan kurang keinginan untuk berbakti). (24) - Al Hijr
Keinginan
dan Takut merupakan dua faktor penentu kepada kita melakukan sesuatu
atau kita tidak melakukan sesuatu. Keinginan ibarat minyak yang memacu
kereta. Takut ibarat kabus yang menghalang kita dari memacu terus ke
hadapan. Apabila keinginan < takut, maka sikap bertangguh akan
menjadi dominan (menguasai). Sebaliknya apabila keinginan > takut,
maka kita akan mula melakukan tindakan.
Contoh yang mudah
adalah pelajar. Pelajar belajar kerana mereka disuruh belajar, harapan
ibubapa, prasyarat untuk jaminan kerjaya – akhirnyamereka rasa kosong
semasa belajar. Dalam masa yang sama, persaingan yang sengit semasa
belajar, beban pelajaran seperti kerja rumah menyebabkan timbul rasa
takut semasa belajar. Akhirnya isu sikap suka bertangguh dikalangan
pelajar sekolah menjadi isu biasa dan ia juga menjadi amalan pelajar di
institusi pengajian tinggi.
Kurang Keinginan, Faktor Pertama kepada Sikap Bertangguh
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran
bagi sesiapa yang mempunyai hati yang mempunyai keinginan (yang sedar
pada masa membacanya) atau yang menggunakan pendengarannya dengan
keinginan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (37) - Qaf
Sikap
bertangguh hadir kerana kurangnya keinginan kita terhadap sesuatu
perkara itu. Contohnya sesorang yang suka bertangguh dalam kerjayanya
kerana itu bukan kerjaya yang disukainya. Seseorang yang suka bertangguh
dan mengelak dalam aktiviti bersosial, kerana dia memang tidak suka
bersosial.
Apa yang harus kita lakukan untuk mendapatkan semangat
keinginan yang membara ibarat membaranya gunung berapi. Ada dua cadangan
untuk mendapatkannya:
- Mengikuti apa kata hati kita. Apa yang sebenarnya kita suka? Adakah hidup ini berkaitan dengan aktiviti dan perkara yang kita tidak suka? Adakah kita tidak boleh memilih untuk melakukan perkara yang kita suka?
- Menyukai apa yang kita lakukan dengan mengaitkannya dengan nilai-nilai hidup yang kita pegang. Apakah niai-nilai hidup yang kita pegang? Apakah ciri-ciri yang ada apada diri kita? Gunakan nilai-nilai ini untuk menyukai apa jua urusan yang hadir dalam tugasan kita. Nilai-nilai ini hadir dari hati kita, dan selagi kita melakukan apa yang selari dengan hati kita, maka semakin dekat kita memahami diri.
Takut, Faktor Kedua kepada Sikap Bertangguh
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) - Al Baqarah
Takut
adalah faktor dalaman terhadap sikap bertangguh. Jika kita mempunyai
keinginan untuk melakukan sesuatu, tetapi rasa takut yang datang adalah
lebih kuat, maka kita akan lebih selesa untuk mengamalkan sikap
bertangguh. Takut boleh datang dalam berbagai bentuk dan wajah – takut
kepada rasa sakit, takut kepada sesuatu yang tidap pasti, takut kepada
kesusahan, takut gagal mengawal sesuatu, takut diri ini tidak layak,
takut kepada penolakan yang akan diterima, dan takut akan dibiarkan
keseorangan.
Untuk lebih memahami, kita andaikan diri kita dalam
situasi seorang pekerja yang gagal menyiapkan tugasan yang diberi. Kita
gagal menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Apabila Ketua bertanya
kenapa kita gagal, jawapn pertama yang kita pasti berikan ialah,”Memang
saya tak sempat buat, tuan”. Kemudian jika didesak lagi oleh Ketua kita,
kita akan beri jawapan yang berbeza, “Kerja itu terlalu sukar tuan,
saya masih mentah”.
Boleh kah kita menerima jawapan seperti
itu, jika kita berada di tempat Ketua kita? Bukankah semua orang yang
bekerja pasti akan berhadapan dengan tugasan yang sukar sepanjang
kerjaya mereka, tetapi kenapa mereka dapat menyiapkan tugasan dalm
tempoh yang diberikan?
Jika kita selami dan cuba mencari masalah
sebenar kepada isu gagal menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan
disebabkan oleh sikap bertangguh, sebenarnya kita takut kita tidak dapat
mencapai apa yang ketua kita mahu dari kita. Tugasan itu memang sukar,
tetapi oleh kerana perasaan takut tidak berjaya melakukan seperti yang
diharapkan oleh Ketua menyebabkan kita bersikap menangguh dan akhirnya
kita gagal menyiapkan dalam tempoh yang diberikan.
Latihan Untuk MELAWAN Sikap Bertangguh
Nabi
Syuaib berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku
berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku dan Dia pula mengurniakan daku
pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri
dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu
yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya
bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan
beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (88) - Hud
- Cuba fikirkan tentang perkara apa yang kita suka bertangguh (perkara atau urusan yang kita memang ingin lakukan)
- Cuba kita bertanya kepada diri sendiri, kenapa kita memilih untuk bertangguh. (saya harap anda tidak bertangguh untuk menjawab soalan ini).
- Daripada isu gigitan nyamuk diatas, cuba kita keluarkan faktor utama yang menyebabkan kita bertangguh.
- Daripada jawapan no 3, cuba berikan solusi untuksetiap faktor yang dikemukan. Contohnya: Saya tidak tahu > Kenapa saya tidak tahu?. Saya takut saya gagal mencapai apa yang dikehendaki oleh majikan > Kenapa saya tidak boleh mencapai tahap yang dikehendaki oleh majikan?
- Teruskan menjawab soalan no 4, sehingga anda berjumpa dengan jawapan yang benar-benar menyentuh perasaan anda. Maksud saya ialah jawapan itu boleh membuat kita terhentak seketika.
- Setelah bertemu jawapan kepada faktor utama sikap bertangguh, maka tiba masanya untuk anda merangka tindakan untuk mengatasinya.
Selamat berjaya kepada saya dan juga anda semua. Moga sikap bertangguh dapat dibuang jauh.
http://islamsolusi.blogspot.com/
Comments
Post a Comment