Sebab baby menangis atau berjaga malam





Baru seminggu gua menjadi PAPA, dapat la ilmu baru yang datang dari pengalaman diri sendiri..hehe.., Sesiapa menjadi ayah atau ibu pasti mengalami pengalaman yang sama iaitu "berjaga malam" dan "tak cukup tidur" yer dak..?


Sori la ek pada blogger yang belum kawin, gua buat entri berunsur kepada Papa dan Mama..nak merepek macam dulu rasa janggal pulak dah..haha...lain laki gua merepek lagi


Sini gua kongsikan beberapa punca bayi atau anak anda menangis...('',)


1) Baby lapar

- Perkara pertama yang menjadi kebiasaan baby menangis ialah dia lapar dan perlukan makanan, jadi kepada ibu perkara pertama yang anda harus lakukan ialah beri la baby itu susu..('',) utamakan la susu badan ok para ibu-ibu.


2) Baby Berak atau kencing

- Kalau baby nangis anda bagi susu pun dia taknak, perkara seterusnya yang anda lakukan ialah tengok pampers baby anda yang anda beli mahal-mahal tu.., wusha ada dak taik ijau atau kuning dan kencing dari si baby comel kita.., kalau ada apa tunggu lagi cepat-cepat ler tukar pampers tu ok..hehe
- Ada separuh baby ni dia rilek jer kalau pampers penuh..,


3) Baby perlukan belaian manja

- Kebanyakan baby perlukan belaian manja terutama daripada maknya sendiri..,anda haruslah mendodoikan anak anda ataupun mengusap perut atau kepalanya sambil berborak. Baby sebenarnya cuba berkomunikasi dengan anda..,tapi dia tak reti sebab tu dia nangis..('',)


4) Baby tak selesa

- Perkara ini lain baby lain perangainya..,tetapi ada segelintir baby perlukan keselesaan dari segi tempat sunyi dan tidak bising. Selain itu faktor suhu bilik atau kawasan juga main peranan penting untuk baby anda., pastikan baby anda selesa dengan suhu yang sesuai tidak terlalu sejuk dan terlalu panas. Macam Aimy gua perasaan dia selesa berada di ruang tamu rumah...hee


5) Baby kembung perut

- Perkara biasa yang dialami oleh baby yang baru lahir ialah kembung perut.., bila baby kembung perut peratus dia menangis tanpa henti sangat tinggi., apa yang perlu anda buat ialah tenangkan baby anda dengan pelbagai cara antaranya usap perut dia dengan minyak yang sesuai, lebihkan pada perut belah kiri..Aimy Zafirah alhamdulillah tak kena kembung perut..kena sekejap sahaja haritu..('',)


******************

Bila anak meragam kita jangan bengang ataupun rasa giveup..,kena kuatkan semangat untuk menjaga baby kita..('',) jangan buat jer pandai tapi nak jaga tak reti..hahaha

Apa pun yang penting kita akan lagi mengenali anak kita sendiri.., pandangan orang luar mana yang kita rasa bagus kita ambil dan mana yang kita rasa macam sengal kita yer kan jer..('',)
 
 http://azfar9897.blogspot.com/2012/02/sebab-baby-menangis-atau-berjaga-malam.html

Comments

Popular posts from this blog