- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, June 18, 2012






SEJARAH AYAT KURSI

 

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa
penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu
malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan
Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap
pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir, InsyaAllah akan
terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,
kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga,
anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara
dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan
dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa
mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18
kali maka akan dibukakan dadanya dengan
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya,
dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin
Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa
yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal
fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu
pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat
Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di
depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang
membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua
rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang
selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara
Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan
bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat
Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin
terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru
maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam
lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir
tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala
nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000
Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang
yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati
syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika
dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.
a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

 http://dakwah-imanyakin.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment