SelangorDaily dan Mynewshub Makin Melampau


Semalam kita dikejutkan dengan artikel yang dikeluarkan oleh laman sesawang selangordaily disini dan dijayakan serta disebarkan oleh mynewshub disini,apa yang saya terkejut adalah artikelnya tentang Ustaz Azhar Idrus dimana laman itu mengiakan kenyataan Ustazah Masyitah yang mana beliau menyamakan UAI itu sama seperti seorang pelawak dan yang paling saya terkilan adalah apabila tajuk yang diletakkan secara terangan menyindir Ustaz Azhar Idrus.

Siapakah penulis selangordaily dan rakan sekutunya mynewshub ini? seorang ulamak kah? atau lepasan pondok mahupun universiti Al Azhar? hebat sangat kah mereka ini sehingga mempertikaikan cara penyampaian dakwah UAI? atau mereka ini hanya comdem atas kepentingan POLITIK?

Penulis artikel itu juga menyifatkan peminat UAI sebagai jahil,dengan menyatakan “”Masalah Azhar Idrus adalah kerana ramai golongan JAHIL yang telah mengangkatnya sebagai ulama.”" Tinggi sangatkah ilmu beliau sehingga melabelkan peminat UAI ini sebagai jahil? Yang mana satu jahil penulis selangordaily ataupun peminat UAI?

Manusia tiada yang sempurna, kita janganlah mudah untuk melabelkan seseorang itu JAHIL dengan sewenang – wenangnya. Trend akhir zaman,yang berduyun – duyun menghadiri kuliah agama dipanggil jahil, ulamak pula dikutuk – kutuk.. Inilah akhir zaman, dimana zaman umat Islam saling menjunjung artis sebagai idola atau ikutan, para ulamak ditolak ke tepi ini tandanya KIAMAT MAKIN DEKAT!!!! Tidakkah kita sedar?? Orang yang menjunjung ulamak itu lebih baik dari orang yang menjadikan artis sebagai idola mereka..


Di dalam artikel itu penulis selangordaily juga ada menyatakan hadis yang berbunyi :

Sepatutya, jika kita bukan pentafsir hadis, jangan kita tafsir sesuatu yang kita tidak tahu. Untuk mentafsir hadis, kita perlu belajar dan mempunyai ilmu mengenainya. Waima seringkas – ringkas hadis hinggalah kepada sepanjang – panjang hadis, semuanya hanya layak ditafsirkan oleh mereka yang arif dalam bidang itu.

Ini kerana setiap hadis yang wujud, ada kisah sebelum dan selepas, ada yang sahih dan sebaliknya dan perincian yang lain.Kita adaah orang melayu yang tidak menggunakan bahasa arab sebagai bahasa ibunda tidak akan memahami hakikat makna yang dimaksudkan oleh Nabi SAW. Bahkan orang arab sendiri pun jika mereka tidak mempelajari syarah hadis mereka juga tidak akan mendapat kefahaman yang sebenar seperti yang telah ditafsirkan oleh ulamak hadis kita.

Kelemahan umat Islam sekarang ini adalah mereka cenderung untuk mendapatkan hadis hasil dari carian di google, setelah dapat mereka tafsir sendiri dan sesuaikan dengan sesuatu keadaan.

Kembali kepada sunnah mengikut kefahaman ulama yang muktabar. Ancaman Nabi SAW kepada orang yang berdusta di atas nama Nabi SAW dengan seat kelas VVIP di dalam neraka. Kerana kembali kepada sunnah tanpa mengambil kira kefahaman ulamak maka kita akan sesat di dalam cahaya. Kita merasakan kita betul kerana berpegang pada hadis tetapi tanpa kita sedari kita memahami hadis mengikut nafsu dan kehendak kita ditambah pula untuk kepentingan politik kotor, mungkin mereka melihat kecenderungan UAI kearah parti pembangkang lalu mereka menyebarkan dakyah untuk menjauhkan golongan muda dari mendekati ulamak kononya ulamak ini sesat jahil dan tidak tahu apa- apa, namun apabila ulamak itu datang dari kalangan mereka, mudah saja mereka mengangguk mengiakan segala pengucapannya. Nauzubillahi min zaalik.. 

Bercakap mengenai UAI yang bermain gitar. Kita perlu berpegang kpd fatwa Dr yusuf al-Qaradawi yg mengatakan hukum muzik ini harus selagi ia tidak melampaui batas. Adapun alatan muzik seperti gitar, Dr Yusuf al-Qaradawi mengatakan hadis – hadis yang menerangkan hukum ini semuanya tidak dapat lari dari kecacatan ataupun tidak sahih. Kesimpulannya gitar itu harus selagi ia digunakan dengan jalan yg betul. Adakah penulis selangordaily dan sekutu penyebarannya artikel kelmarin iaitu mynewshub tidak berpegang atau tidak mempercayai kata – kata ulamak terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi,atau mereka juga ingin samakan Dr Yusuf al-Qaradawi ini juga sebagai pelawak atau apa – apa yang mereka rasakan sesuai?

Kesimpulannya bagi kita semua terutama penulis artikel kelmarin iaitu selangordaily dan rakan penyebarannya mynewshub dapat mengambil iktibar dalam penulisan dan penyebaran sesuatu, jika kita mengikut hawa nafsu dalam sesuatu hal,kelak binasa diri. Janganlah mengaibkan golongan ulamak untuk kepentingan politik,ulamak ini warisan nabi,kalau bukan mereka kita turuti siapa lagi? nak ikut orang yang secara terang terangan halalkan yang haram? Saya berharap mereka ini dapat meminta maaf atas penulisan beliau dan penyebarannya artikel kelmarin..Wallahhuallam..

 http://barlisusu.com/?p=158

Comments

Popular posts from this blog