Sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat
Tergedik-gedik
di depan lelaki, perasan cantik dan berlakon ala wanita sopan. Semua
taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah
wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang
menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki
meluat!
1. Angkuh & Materialistik
Adakah
teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri?
Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah.
Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang
disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan
berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan
sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman
lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.
2. Pasif Luar Biasa
Lelaki
amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan
bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga
suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu
aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.
3. Queen Control
Jangan
nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil
berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat
setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia
tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan
rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang
dan bukan menjadi queen control yang terlampau!
4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri
“Saya
nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat
bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan
skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan
bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau
setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah
diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si
dia.soalan tadi kepada si dia.
5. Membebel &Mengeluh
Siapa
yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan
leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan,
teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar
membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan
di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.
6. Terlebih Berdandan
Kebanyakan
lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi
berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan.
Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu
acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang
mereka inginkan.
7. Bercerita Tentang Lelaki Lain
Berhentilah
bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia
mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu
lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah
puji di belakang si jejaka.
Apa kata korang baca ini pulak?
http://penpatah.blogspot.com
Comments
Post a Comment