Tips Temuduga SPA Sektor Kerajaan Terkini


Tips Terkini Temuduga SPA Sektor Kerajaan. Bagi yang akan menghadiri temuduga SPA, ini adalah tips yang dapat dikongsikan kepada anda semua supaya bersedia sebelum menjalani temuduga.
temuduga spa06 Tips Temuduga : Panduan Ringkas Untuk Kelihatan Profesional
Kelihatan professional, kemas dan boleh dipercayai amatlah penting semasa sesi temuduga. Dengan perlakuan yang disarankan di bawah anda dapat menimbulkan tarikan penemuduga terhadap anda.
Sekiranya penemuduga mula selesa dan percaya atas kata-kata anda,anda sudah pun melangkah sebelah kaki untuk jawatan yang dipohon. Berikut adalah tips temuduga & panduan ringkas untuk kelihatan professional di mata panel penemuduga :
1. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diselang-selikan dengan bacaan selawat.
2. Bayangkan anda seperti bertemu rakan pejabat atau kenalan sahaja untuk menghilangkan rasa gemuruh dan gementar.
3. Jaga bahasa anda apabila berkomunikasi.Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda melangkah masuk ke bilik temuduga. Ingat, kemesraan penting kerana anda hanya dapat tunjukkan dan tonjolkan keperibadian anda dalam tempoh 30 minit sahaja.
4. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. Kemudian barulah berjabat tangan.
5. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk.Ucapkan terima kasih.
6. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.
7. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.
8. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh-gapah.
9. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.
11. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga berikan jawapan dan segala tumpuan kepada beliau.
12. Jangan sesekali meninggikan suara. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.
13. Ucapkan terima kasih dan jgn lupa akhirkan kata-kata dengan harapan anda agar dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat itu sekiranya diterima.
Sumber: SPA8 Online
Sebagai panduan anda, pihak SPA juga telah membuat panduan khas tips temuduga. Untuk membaca lebih banyak tips
Berikut adalah tips temuduga bagi sektor kerajaan dan beberapa contoh soalan lazim interview. Tips temuduga amat penting supaya anda boleh bersedia secara mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga.
tips menghadiri temuduga
Tips Temuduga
1. Datang Awal Temuduga
Kalau boleh datanglah lebih awal semasa hari temuduga kerana anda akan berasa tenang dan lebih fokus terhadap sesi temuduga nanti.
2. Pakaian Formal
Khusus bagi lelaki dan wanita, kerja disektor kerajaaan mewajibkan wanita berpakaian baju kurung dan kasut tumit tinggi tidak melebihi 1/2 inci. Lelaki harus berpakaian berbaju kemeja dilengkapi tali leher dan seluar slack warna hitam serta kasut kulit berwarna hitam.
3. Buat Persediaan Awal
Anda harus kaji terlebih dahulu mengenai bidang atau posisi kerjaya anda. Anda juga mempunyai sedikit ilmu mengenai perkerjaan yang ditawarkan.
4. Keyakinan Diri
Eye Contact sangat penting antara anda dan penemuduga. Pastikan anda menggunakan eye contact untuk membina keyakinan diri.
5. Teknik Jawab Soalan
Kalau anda tidak tahu akan jawapan kepada soalan diajukan, anda harus menjawab tidak tahu. Dan jangan pula menjawab tidak tahu untuk kesemua soalan yang disoal.
6. Jujur
Kejujuran sangat penting ketika menjawab temuduga kerana menipu butiran peribadi anda akan menyukarkan lagi proses temuduga anda.
7. Ekspressi Wajah
Walaupun, penemuduga memberi soalan yang agak pedas dan kejam buat diri anda. Anda perlulah senyum dan tenang kerana mereka hanya menguji anda sebenarnya.
8. Elak Bercakap Terlalu Banyak
Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan akan memusnahkan temuduga anda. Hanya jawab perkara yang penting secara terperinci dan ringkas.
9. Jangan Bertanya Mengenai Gaji terlalu awal
Kebanyakan calon yang ditemuduga akan selalu bertanyakan mengenai jumlah pembayaran gaji mereka. Kalau boleh jangan ajukan soalan ini kerana mereka akan menanggap anda tidak bersungguh-sunguh dengan kerjaya.
10. Etika Kesopanan
Hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah temuduga anda.
Contoh Soalan Lazim Temuduga
1. Sila perkenalkan diri anda?
2. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?
3.  Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??
4.  Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?
5.  Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)
6.  Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan…
7.  Pada  pendapat  anda,  mengapakah  Barrack  Obama  berjaya diangkat  menjadi  Presiden  Amerika Syarikat?
8.  Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??
9.  Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
11. Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??
12. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?
13. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?
14. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
15. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
16. Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan konflik penentangan Baju Merah terhadap kerajaan? Bolehkah anda terangkan apa sebenarnya yang berlaku di Thailand sekarang ini dan punca terjadi krisis tersebut?
17.  Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta??
18.   Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari??
19. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?
20. Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Kesembilan?
21.  Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini selepas keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari?
22. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
23.  Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya
24.  Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?
25.  Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara
26.  Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala??
27.  Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
28. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
29.  Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
30. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?
31. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. Kenapa berpindah?
32. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?
Salam ceria buat pengunjung blog. Kelmarin pihak SPA telah mengumumkan senarai calon untuk menduduki seisi peperiksaan PTD yang bakal berlangsung pada 12-05-2012. KLIK SINI UNTUK SEMAKAN EXAM PTD 2012 Sekalung tahniah pada yang layak. Untuk calon yan...
Posted in Jawatan Pegawai, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Tips Temuduga SPA | Tagged , , , , , , , , , , , , , , | 2 Comments

10 Tips Ringkas Persediaan Akhir Menghadapi Peperiksaan SPA8

Salam 1Malaysia buat pengunjung blog SPA8 Online : Blog Rujukan Kerjaya Sektor Awam. Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh pihak SPA, terdapat beberapa peperiksaan perjawatan sektor awam SPA8 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2012. Anda ...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged , , | Leave a comment

JANGAN Lakukan 5 Perkara Ini Semasa Seisi Temuduga

Untuk entri kali ini, team SPA8 Online menyediakan 5 perkara yang tidak perlu dilakukan semasa seisi temuduga jawatan sektor awam (SPA). 1-JANGAN mengunyah gula-gula getah ketika sesi temu duga. 2-JANGAN terlalu bergantung kepada borang permohonan da...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged | Leave a comment

Elemen Psikologi & Emosi Dalam Seisi Temuduga

Terdapat calon-calon temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang terpaksa melalui situasi yang melibat elemen emosi dan psikologi semasa seisi temuduga berlangsung.   Contoh situasi seperti berikut : 1-Panel penemuduga melakukan provokasi ...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged , | Leave a comment

Panduan Penulisan Resume Kerja

Apa itu resume kerja? Untuk entri kali ini team SPA8Online akan berkongsi beberapa panduan umum dalam penulisan resume bagi menghadiri seisi temuduga kerja kerajaan. Resume kerja ialah satu dokumen rasmi peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan...
Posted in Resume Kerja, Tips Temuduga SPA | Tagged , | Leave a comment

10 Tips Untuk Tenang dan Yakin Ke Peperiksaan SPA

10 Tips Untuk Tenang dan Yakin Ke Peperiksaan SPA Anda dipanggil menjalani seisi peperiksaan untuk jawatan sektor awam SPA8? Rasa gementar, takut dan tidak tenang. SPA8Online menyediakan 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan agar tenang dan yakin m...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged , | 2 Comments

Tips Temuduga SPA : Elemen ‘PROVOCATIVE’ Dalam Temuduga

Tips temuduga SPA kali akan membincangkan tentang elemen ‘PROVOCATIVE’ dalam seisi temuduga, samada seisi temuduga untuk jawatan dalam sektor awam SPA atau pun seisi temuduga sektor swasta. Anda tahu apa itu elemen ‘PROVOCATIVE̵...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged , | Leave a comment

Tips Temuduga : Ketahui 6 Perkara Yang Tidak Digemari Penemuduga

Tahukah anda sebagai calon temuduga SPA terdapat beberapa perkara yang tidak digemari oleh panel penemuduga? Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan ...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged | Leave a comment

Soalan Popular Untuk Calon Temuduga Sektor Awam SPA

Salah satu soalan popular untuk calon temuduga sektor awam SPA8 ialah :   Mengapa berminat memohon jawatan kerajaan? Mengapa ingin kerja kerajaan?   Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh sesetengah calon yang menghadiri temuduga SPA...
Posted in Tips Temuduga SPA | Tagged | Leave a comment

5 Tips Temuduga Buat Calon Temuduga Kerja Kerajaan 2012

5 tips temuduga ringkas dari SPA8ONLINE untuk panduan calon temuduga sektor awam seisi 2012. Proses temuduga amatlah penting kepada graduan IPT kerana ia merupakan antara halangan terakhir yang perlu dilalui untuk menentukan sama ada usaha yang kita ...

Sumber: Tips Temuduga SPA Sektor Kerajaan Terkini | melvister.com

Comments

Popular posts from this blog