ADIK SOLEH MEMERLUKAN BANTUAN KITA

Assalamualaikum... Salam Jumaat....
Esok kita sambut Ramadhan... Alhamdulillah syukur sangat sebab masih dapat peluang berpuasa tahun ni.... Ada sesuatu saya nak kongsi dengan sahabat blogger sekalian... Ada Anak yang sedang sakit di luar sana... Bila tengok FB ramainya kanak-kanak yg sakit kronik di luar sana... Ya ALLAH saya sebak setiap kali melihat mereka bertarung nyawa untuk hidup didunia ini menjadi seorang Khalifah.... Salah seorang kanak-kanak istimewa ialah adik Soleh... Mari la kita sama-sama bantu dia meringankan kesusahan mereka sekeluarga....
Saya Copy paste cerita ni dari makbed.. Entry Ibu Soleh boleh Klik Sini
Entri ini khas untuk Nora Zima dan Soleh...




Semua kenal Soleh?
Nama betul dia Muhammad Irsyad Soleh.
Dia baru berusia 1 tahun 9 bulan.
(Lebih kurang la. Aku baru je tanya besday Soleh kat mak dia tadi. HEHEHE)
Comel kan?
Dah lama sangat-sangat aku nak buat entri pasal Nora Zima.
Aku ketahui perjalanan kisah Soleh sejak dari Soleh sihat-sihat, montel dan gebu. Sebelum Soleh sakit lagi.
Nak cerita semua apa yang terjadi pada Soleh memang lama.
Tersangat panjang.
Aku kenal Nora sama macam aku kenal Nini D dan Lulu Caldina.
Hanya melalui blog.
Hanya keprihatin dan kasih sayang menemukan kami secara live.
Dan kami bersahabat sehingga kini...
Betapa kuatnya si ibu menempuh dugaan, hamil anak ketiga, adik kepada Soleh.
Nora mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan sambil menjaga Soleh yang sakit.
Soleh bukan sakit demam biasa.
Kite ni anak demam merengek tak nak tido malam pun dah libang-libu, kan?
Mula-mula disahkan menghidap brain tumor atau Ependymoma.
Pembedahan demi pembedahan dilakukan.
Dari Soleh sihat montel, menjadi kurus.
Sakitnya Allah saja yang tahu. Derita Soleh mungkin kita tak rasa sebab Soleh pun tak buleh cerita. Tapi, aku nampak betapa pilunya si ibu meskipun hanya membaca tulisan-tulisan di blognya.
Boleh baca semua kisah Soleh di AKAK NORA BERKISAH.
Ketika Soleh sedang cuba pulih dari brain tumornya, datang pula ujian baru.
Tulang belakang Soleh bermasalah dan kemoterapi perlu dilakukan.
Tidak dapat tidak.
Bimbang akan mengganggu healing proses Soleh, maka bersetujulah mereka untuk menjalani kemoterapi.
Hampir setahun Soleh berulang-alik ke hospital.
Aku lihat sendiri Soleh dari selemah-lemah keadaan, kini sudah banyak improvement.
Usaha dan doa yang tak pernah putus menguatkan Soleh untuk terus bersama kita.
Keluarga Soleh tak pernah jemu mencuba pelbagai jenis rawatan, membeli suplement dan ubat, sampai berubat dengan cara kampung demi kesejahteraan si comel Soleh.
Soleh dan adiknya, Iffat. Sumber kekuatan Soleh untuk meneruskan perjuangan.
Dengan rasa rendah hati Makbed menyeru rakan-rakan blogger dan pembaca sekelian, khasnya yang mengikuti kisah Soleh sejak awal. Bantulah keluarga ini.

Dimaklumkan yang keluarga ini sedang mengalami masalah kewangan yang teruk.
Bukanlah sengaja mahu memohon simpati dan mengambil kesempatan atas kemurahan hati kalian, tetapi aku mengenali NOra Zima ini...
Dia bukan jenis yang mudah meminta-minta.
Aku nak buat entri camni pun, banyak kali dah aku minta izin.
Tapi, sebagai sahabat, aku tak mampu nak tengok dia menanggung semua ni sendiri.

Setakat sekarang ni, bil-bil rawatan Soleh ditanggung penuh syarikat tempat Ayah Soleh bekerja.
TApi, bila bilnya sudah mencecah ratusan ribu, gaji Ayah Soleh mula dipotong.
Prestasi kerja Ayah Soleh pun tak begitu memuaskan kerana kerap berulang-alik menguruskan Soleh di hospital. Bergaji technician bukanlah mewah.


Tambahan pula NOra tidak bekerja. Hanya mengambil upah menjahit bila ada tempahan.
TApi, dengan komitmen menjaga Soleh dan kini ada anak kecil pulak, sukar baginya untuk kembali ke mesin jahit tu.
Dan dimaklumkan pulak kepada aku, Ayah Soleh mungkin akan dibuang kerja. Sebabnya belum dapat dipastikan.
Jadi, boleh tak korang bayangkan diri korang dalam situasi macam ni?

Soleh juga ada insurans.
Tapi, insurans Soleh pun tak mencukupi.
Bayangkanlah, bila sakit begini, semua duit simpanan yang ada selam ni habih licin digunakan.
Tiada apa yang berbaki. Rawatan Soleh perlu diteruskan. Soleh sedang mengambil beberapa jenis supplement dan ternyata dengan supplement tu, Soleh semakin sihat.
Skang, duit dah takde nak beli supplement-supplement tu. Keluarga ini bebetul dalam dilema.
Jika berhenti segala ubat, apakah pula nasib Soleh?


Mengenangkan yang Ramadhan akan tiba esok hari, bertambah sebak hati aku.
Di saat kita semua sibuk pikir nak buat baju raya kaler apa tahun ni, Nora dan Soleh bergelut dengan ujian yang tidak bertepi.
Hanya ihsan dan timbang-rasa rakan-rakan semua yang amat mereka harapkan.
Jangan biarkan Nora berseorang sebab dia sahabat aku yang sangat baik.
Adanya aku seorang sebagai teman yang mengambil kesah tidak mencukupi.
Nora perlukan rakan-rakan yang lain untuk bagi dia kekuatan.
Aku tau, setiap entri yang dia tulih , dia taip dengan linangan air mata.
Aku tak mahu dia keseorangan.
Teringinnya aku nak tengok Nora ketawa dengan penuh kelegaan.
Tapi, entahkan bilalah dapat melihatnya.
MARILAH KITA Bantulah mereka.
Sumbanglah apa yang boleh. Sedaya yang boleh...seikhlas mungkin.
Keluarga ini amat memerlukan bantuan kewangan agar rawatan Soleh dapat diteruskan.
JAdi saya menyeru semua yang membaca, jomlah menderma.
Bantulah mereka.
Semoga boleh meringankan beban yang mereka hadapi.
Bagi yang nak rekemenkan product atau ubat, ingin aku jelaskan yang Nora dan Soleh sememangnya berminat nak cuba apa saja jenis ubat yang boleh. Cuma, mereka tidak mampu dari segi kewangan. Justeru, jika kalian ikhlas membantu sila consider akan keadaan keluarga ini ye.
Buat Soleh, acik akan sentiasa usaha apa yang boleh untuk kamu. Bertahanlah sayang... Nanti kita jumpa lagi OK.


Klik untuk tumbesaran

Bantuan kewangan boleh diberikan terus ke akaun Maybank 1620 8555 8897 , Norazima binti Mohamud Razali.
JIka ada sumbangan lain yang nak diberikan silalah bagi komen di ruangan komen blog Makbed ye. Nanti kita ekjas kot mana yg patut.

Terima kasih kepada rakan-rakan lain yang turut sama membantu buat status kat fesbuk dan boh entri kat blog kalian. Alhamdulillah.... Semoga rezeki kalian melimpah ruah hendaknya.

BERITA 23 JULAI 2012 

Akak nora sedang menanti nurse menyediakan ubat kemo soleh. Ubat makan. Dah nak seminggu le kami begini. Hari-hari datang hospital semata-mata nak makan ubat. Disebabkan ubat itu toxic dan perlu di uruskan dengan teliti, aku dilarang keras memberi sendiri ubat itu di rumah.


Sedih je tengok rupa dia kan. Walaupun dia senang makan ubat..tapi jelas ubat itu agak perit rasanya. Sebab dia telan menggelupur juga selepas itu. Dengan pantas nurse akan susuli dengan minuman jus pula untuk kurangkan rasa tak selesa itu.

Lepas tu..kebetulan doktor ada. Terus menanti dia cek soleh yang batuk dan selsema. Kot2 ada ubat yang sesuai boleh diberikan. Dalam keadaan soleh sekarang..amat bahaya jika soleh dihinggapi apa2 virus penyakit.

Dr. Lin pastikan tiada yang bahaya. Kena register dulu baru dapat surat ubat. Dengan mengendong iffat ke hulu ke hilir aku uruskan. Sekarang soleh dah bertukar..jeles bila ibu dukung adik..peluk adik..walau hanya agah..kuci..kuci...dengan adik pun dia da melalak menangis. Jadi..episod tangisan agak kerap sekarang ni. InsyaAllah..semoga soleh kuat untuk sihat..ibu akan tabah menghadapi segalanya. Termasuklah keseorangan menguruskan segalanya.

"Puan datang seorang ke?" tanya nurse. Aku angguk saja. Dia nak tolong pegang baby sementara aku tenteramkan soleh terbaring dalan stroller. Tapi..dia kan nurse...ada kerja lain. Sekejap je dia boleh pegang..servis bertukar tangan dan bertukar tempat. Soleh pula aku dukung dan iffat di dalam stroller. Kena tunggu giliran ambil ubat pula. Ya Allah...memang mata bergenang..weh..jangan la nangis..kerja tak habis lagi. Jangan lah anak2 menangis buat hal...lama la pula menanti giliran.

Akhirnya selesai..rasa longgar lutut. Tapi en.hubby dah sampai dan menunggu di luar.



Ha..mencari manusia tersembunyi...hehe

Walau begitu soleh tetap lasak cuma tak berapa kuat. Perlahan sedikit. Dia kurang makan..tak selera akak fikir sebab soleh ni jenis pemakan juga.

Kami masih di rumah mak mertua akak. Bukanlah alasan untuk akak berdiam. Tempahan baju kurung harus disiapkan. Bulan ramadhan ni tak menunggu..sedar2 dia da sampai penghujung je. Alhamdulillah..sempat akak nora ngaji serba sedikit dan berzikir. Pilu juga tak dapat nak buat terawih.. sunat yang hanya hadir bila bulan ramadhan sahaja.

Melihatkan soleh...

Semoga Allah murahkan rezeki nya...permudahkan rawatan dia..sihatkan lah tubuh bdan dia..jauhkan dia dari derita..kelilingi dia dengan insan mulia..moga dia menjadi insan beriman pada Nya.

Terima kasih. ..



http://sysygawk.blogspot.com/2012/07/adik-soleh-memerlukan-bantuan-kita.html 

Comments

  1. Terima kasih dik..sungguh akak menghargai usaha mulia adik...moga Allah memberkati doa2 kita..amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog