Apakah "GILA MERIAN" atau "MEROYAN" ?

Bapa dan keluarga memainkan peranan yang bagi memberikan kerehatan kepada  ibu yangbaru bersalin

Gila Merian atau Meroyan  merupakan jenis penyakit  selepas bersalin yang amat serius  dikalangan wanita selepas melahirkan.  Biasanya  wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin  kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga  "mother blues"

"Darah  kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur  akan menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan  hormon  wanita.  Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian  serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala, Kemurungan, Kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan."

Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir. Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak  sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam  buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)


Apakah antara kesan penyakit ini ?

  • Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita  lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka  atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak  agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan. Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan  langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya
  • Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah.
  • Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu  mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya  melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
  • Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
  • Akibat pengalaman yang tidak normal  ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau  mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain.
  • Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Kemuraman, kemurungan, Angin Merian apakah bezanya?
Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk lebih  menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas  harian.

Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami  gila merian atau meroyan  ini dan biasanya  tanda-tanda ini timbul  dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran. Jenis  yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan  kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaanya.


Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?

1.    Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara. Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan. Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang  merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan

2.   Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur. Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis  atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin. Pesakit akan terasa sakit kepala, bisa-bisa badan yang  keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian  punggung, pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat, perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang, lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

3.   Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam


4.   Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanita selepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu, ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka. Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar.

5.   Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu, ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana  posisi  rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa  berat.

6.   Selain daripada itu, urat saraf dibahagian pinggul masih kendur, saluran kencing dan sekitar ari-ari turut  bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan. Luka-luka juga  sering berlaku  didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan  dan semasa melahirkan. Luka ini disebut  "luka menggeleber" Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa  dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan  yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim.

7.   Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim. Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan, keguguran atau pada waktu keguguran. Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa  maut. Infeksi mungkin  merebak dari rahim kedalam  ovari atau tisu-tisu lain sehingga  timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan  peritonitis.

8.   Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat. Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya  akan beransur kurang selama 14 hari. Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari  40, barulah ia mula mengering.

9.    Jika sekiranya masih ada lelehan cairan,  ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut. Tubuh akan terasa tidak selesa, masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan, nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti  sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang. Saluran vagina akan mengembang  serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri.

10.   Sewaktu tidur atau berjalan-jalan, pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak, kerana mengikut petua orang tua-tua dulu, mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah )

11.  Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan  keletihan. Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan  banyak. Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi.  Pesanan orang tua-tua, penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah  dari segi jasmani  dan rohani, mudah terkejut, mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.

Pada masa dahulu penyakit-penyakit sedemikian boleh menyebabkan  kematian. Sekarang ia dapat diselamatkan jika rawatan segera diberikan oleh Pakar Sakit Puan .


Sembelit dan Buasir 
Sembelit adalah punca buasir terutama jika seorang meneran ketika membuang air besar .Telah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu dalam pantang bersalin mengalami masaalah sembelit ( sukar membuang air besar ). Sembelit kerap berlaku kepada ibu-ibu yang  tidak makan makanan berserat, kurang minum air, dan mengamalkan jamu panas. Diet serta pantang larang secara ini amat membahayakan kesihatan seseorang  itu.

Buasir adalah kejadian bonggol-bonggol yang mengandungi vena yang kembang atau timbul  diselaput  lendir  rektum atau pada kudis disekitar dubur. Pesakit  akan mengalami pedih bisa serta gatal dan sakit yang berdenyut dibahagian dubur, ada kalanya darah akan keluar bersama najis semasa membuang air besar. Ketika melahirkan  semasa meneran  dan ketika dalam pantang  ibu-ibu akan berasa  lemah dan kemungkinan mengalami terkanan darah rendah apabila tumpah darah berlaku setiap kali membuang air besar. Ibu akan kelihatan sugul, pucat dan tidak bermaya dan ini  boleh menyebabkan gangguan emosi .

Sembelit juga boleh menyebabkan ketulan najis terhimpun di usus besar dan apabila berlanjutan, sembelit boleh menjejaskan keluaran darah nifas yang teratur.

Kejadian ini boleh menyebabkan angin keracunan atau angin meroyan menyerap kedalam sistem  tubuh badan. Apabila ini berlaku ibu bersalin akan mendapat pelbagai penyakit saperti sakit kepala (migrain ), sakit dan bisa otot dan sendi, kebas-kebas sendi, bengkak otot dan sendi, gatal dibahagian kemaluan, timbul urat dibetis dan menyebabkan penyakit kuning (jaundice)


Apakah penyakit-penyakit  ini hanya terjadi kepada yang bersalin Normal Sahaja ? Bagaimana pula yang bersalin secara Pembedahan ?

Samada bersalin secara normal atau  pembedahan  seseorang wanita itu pasti akan  mengalami masaalah ketegangan emosi yang adakalanya memuncak sehingga boleh mengganggu hari-hari mendatang dalam hidupnya.

Oleh itu orang tua-tua menyuruh berpantang selepas melahirkan supaya kesihatan rohani dan jasmani  dapat dikembalikan iaitu bertenaga dan rupa tubuh badan yang asal dapat dinikamati.

Pesanan orang tua-tua juga dengan tegas agar patuh menjalankan pantang larang bersalin kerana pergerakkan yang kasar, mencangkung ketika bekerja, mengadakan hubungan kelamin ketika masih dalam berpantang bersalin, jatuh terhempas punggung boleh menyebabkan peranakan turun (proleps) dan kemungkinan menyebabkan peranakan terkeluar.

Keadaan lebih teruk lagi bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan dimana luka pembedahan mengambil masa untuk sembuh dan sekiranya pekara ini diambil mudah sahaja oleh ibu-ibu yang terlibat ianya  akan menimbulkan banyak  masaalah kesihatan tubuh badan dimasa mendatang

Sesetengah berpendapat  bahawa ibu-ibu  yang melahirkan secara pembedahan  tidak perlu bersusah payah melalui berpantang bersalin kerana bayi tidak keluar melalui saluran faraj. Ini adalah fahaman yang salah. Bagi setiap wanita  proses mengandung dan melahirkan  samada melalui pembedahan atau normal, apa yang perlu adalah menjaga kesihatan organ dalaman wanita.
 
 http://fitrahsunnah.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog