Pendahuluan
Bersempena kehadiran 1 Ramadhan 1432, semua warga kerja di ApanamaDotcom.wordpress.com ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak 1432 Hijrah dengan penuh keberkatan. Moga bulan Ramadhan pada tahun ini lebih baik dan lebih bererti berbanding dari tahun lepas. Dalam keghairahan dan keasyikkan berpuasa jangan pula kita terlupa perkara asas iaitu HARAM dan HALAL ketika berbuka puasa. Janganlah kerana dek minuman dan makanan yang syubhah atau was-was, puasa kita hanya sia-sia sahaja. Biarlah kita serius dalam memelihara tingkah laku dan hidangan yang akan kita jamah semasa berbuka kelak. Oleh itu, marilah kita sama-sama berkongsi maklumat berkaitan halal dan senarai nama premis (Hotel) yang memiliki Sijil Halal JAKIM.
Pilihan di tangan anda
Dewasa kini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan.
Islam amat menitik beratkan soal pemakanan sehinggakan dituntut untuk mengambil makanan halal dan baik kerana makanan itu akan menjadi darah daging manusia. Realitinya sekarang banyak makanan yang halal tetapi isi kandungan tidak baik. Isu utama yang lebih menggusarkan umat Islam ialah terdapatnya restoran pemiliknya bukan islam dan pekerjanya juga bukan islam tetapi terdapat sijil halal di dalam kedainya. Keadaan ini menyebabkan kekeliruan berlaku di kalangan pelanggan dan lain-lain pihak yang berkepentingan. Dunia ekonomi orang bukan islam pada dewasa ini telah kehadapan dan penuh dengan strategi kerana ia berselindung di sebalik pekerja Melayu, jika diperhatikan ramai pekerja Melayu menjadi pelayan dan penjual untuk mempromosikan barangan terutamanya makanan. Ramai yang berpendapat di benak hati dan fikiran bahawa Melayu itu Islam, pasti melayu itu jual atau bekerja di tempat yang halal.
Hanya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Negeri sahaja disahkan Halal
Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu. Merujuk kepada garis panduan JAKIM, logo halal hanya dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN atau mana-mana agensi berkaitan Agama Islam mengikut negeri seperti contoh logo Halal JAKIM ditengah yang berwarna hitam.
Hanya produk makanan dan minuman menepati syarak sahaja layak diberikan status HALAL
Definisi Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.
Manakala takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
“Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu”.
Maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan :
    • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
    • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
    • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
    • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Penyediaan makanan dan minuman perlulah BEBAS dari bahan najis
Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan atau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.
Premis perlulah BERSIH dan menepati syarak
Premis Makanan
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.
Penjelasan Berkaitan Halal
Marilah jauhi unsur-unsur syubhah
Persoalan pertama: Sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini? “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram)” (Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Persoalan kedua: Adakah makanan tersebut selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan? Umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:-
“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”
Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menjelaskan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah, mengikut maksud ayat 88, Surah Al-Maidah, Allah S.W.T menegaskan:-
“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”
Mafhum ayat menjelaskan cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang. Persoalan-persoalan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Ini kerana sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat tentang makanan yang dijual secara berleluasa sebenarnya mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber yang tidak halal untuk dimakan atau memudaratkan kesihatan dan toksik pada tubuh sekiranya diambil dalam tempoh masa yang panjang.
Penggunaan E-Code bertujuan untuk menyembunyikan bahan berunsurkan babi dalam produk makanan dan minuman
Penggunaan E-Code
Senario paling membimbangkan sekarang ini adalah penggunaan E-Code yang mana di dalamnya mengandungi usur babi. Kod ini dikenali E-Code untuk emulsifier lemak babi. Lebih kurang 59 jenis E-Code yang dikenalpasti yang mengandungi unsur-unsur babi. Permasalahan yang berlaku adalah walaupun E-Code in terdapat dalam ramuan makanan tersebut ia tetap terdapat logo halal.
Teringat satu sejarah Islam semasa kerajaan Mongol menyerang kerajaan islam penuh denga strategik. Pihak lawan telah memberi makan kepada para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. Kekuatan umat islam adalah bergantung kepada kekuatan hubungan dengan pencipta yang esa. Apabila darah daging umat islam telah kotor lagi najis maka ibadatnya tidak diterima dan hati mula gelap dan kecenderungan untuk melakukan perkara yang di luar syariat amatlah mudah.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan setiap makanan dan minuman yang akan kita dijamah di hotel-hotel perlulah BEBAS dari SYUBHAH. berdasarkan semakan di Portal Website JAKIM, hanya hotel-hotel di dalam senarai berikut diSAHkan HALAL.
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak)
Perlis Indera Kayangan
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=120:perlis-indera-kayangan&catid=8:senarai-hotel.
Kedah Darul Aman
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=101:kedah-darul-aman&catid=8:senarai-hotel.
Pulau Pinang Pulau Mutiara
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=108:pulau-pinang&catid=8:senarai-hotel.
Perak Darul Ridzuan
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=112:perak-darul-ridzuan&catid=8:senarai-hotel.
Zon Tengah (Selangor, Wilayah Persekutuan)
Selangor Darul Ehsan
Kuala Lumpur
Putrajaya
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php option=com_content&view=article&Itemid=31&id=117:putrajaya&catid=8:senarai-hotel.
Labuan
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=118:labuan&catid=8:senarai-hotel.
Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Negeri Sembilan Darul Khusus
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=104:negeri-sembilan-darul-khusus&catid=8:senarai-hotel.
Melaka Darul Azim
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=103:melaka-darul-azim&catid=8:senarai-hotel.
Johor Darul Takzim
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=87:johor-darul-takzim&catid=8:senarai-hotel.
Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Kelantan Darul Naim
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=102:kelantan-darul-naim&catid=8:senarai-hotel.
Terengganu Darul Iman
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=123:terengganu-darul-iman&catid=8:senarai-hotel.
Pahang Darul Makmur
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=105:pahang-darul-makmur&catid=8:senarai-hotel.
Zon Sabah dan Sarawak
Sabah Di bawah Bayu
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=125:sabah&catid=8:senarai-hotel.
Sarawak Bumi Kenyalang
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php/ms/senarai-hotel/index.php?option=com_content&view=article&Itemid=31&id=122:sarawak&catid=8:senarai-hotel.
Kesimpulan
Makanan halal amat penting bagi sekalian manusia kerana yang halal itu pasti baik, makanan halal di dalamnya ada kelebihan di antaranya ialah memberi makanan kepada jasmani. Makanan yang baik mendorong untuk umat manusia melakukan ibadat kepada pencipta. Kehidupan mula memberi makna kepada manusia apabila mereka memenuhi tuntutan syariat. Ia bermakna kehidupan dunia dan akhirat kita akan menjadi selamat jika kita peka dan sensitif dalam mengharungi isu ini. Oleh itu, diharapkan melalui kerjasama bersama badan-badan yang bertanggungjawab seperti IKIM, JAKIM dan badan Bukan kerajaan (NGO) masalah ini akan dapat ditangani dengan lebih komprehensif. Permasalah ini bukan soal keuntungan ekonomi umat Islam tetapi persoalan yang melibatkan akidah umat Islam.

 http://apanamadotcom.wordpress.com/2011/08/01/awas-bufet-haram-sila-semak-senarai-nama-hotel-halal-untuk-berbuka-puasa/

Comments

Popular posts from this blog