Azab kubur yang nyata.... insaflah diri kita........






ALAM BARZAKH

Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.

Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat. Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan اكنض (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih.

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (40: 46)

Sebahagian ulama’ menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)

Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh.

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”. (Surah At-Thuur: 47)
Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786).

“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah ini mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)

Beberapa Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur

Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim)

Maka jelas daripada segala ayat al-Quran dan hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.

Mari kita memperbanyakkan amal kita......
...


Bukankah di dalam ayat-ayat Al-Quran yang dibawa itu Tuhan menyatakan dengan jelas bahawa setiap orang hanya akan dihukum selepas dihakimi pada hari kiamat nanti dan bukannya sebelum itu. Misalnya surah 40:46 bukan menceritakan tentang api neraka yang didedahkan kepada Firaun dan para pengikutnya semasa mereka di dalam kubur. Sebaliknya jika diperhatikan betul-betul pendedahan api neraka kepada mereka adalah selepas mereka menerima penghakiman masing-masing apabila telah tiba kiamat.

--> 40:45 Maka Tuhan melindungi dia dari kejahatan yang telah mereka rancang dan sangat buruklah hukuman yang menimpa orang-orang Firaun.

--> 40:46 Api itu, mereka akan didedahkan kepadanya pagi dan petang. Dan apabila tiba ketika ("alsaatu" merujuk kepada hari kiamat - hari penghakiman) telah ditetapkan itu, masuklah kamu orang-orang Firaun ke dalam hukuman yang dahsyat.

Ayat 40:46 adalah dalam struktur ayat pasif. Saya percaya ia akan dapat difahami dengan lebih mudah jika kita susun semula ayat ini ke dalam struktur ayat bukan pasif seperti berikut.

--> Dan apabila tiba ketika ("alsaatu" merujuk kepada hari kiamat - hari penghakiman) telah ditetapkan itu, masuklah kamu orang-orang Firaun ke dalam hukuman yang dahsyat. Api itu, mereka akan didedahkan kepadanya pagi dan petang.

Bukti bahawa ayat 40:45-46 merujuk kepada keadaan orang-orang Firaun ketika mereka berhadapan dengan hukuman/api neraka selepas penghakiman ke atas mereka pada hari kiamat nanti boleh dilihat konteksnya dalam ayat-ayat seterusnya.

--> 40:47 Dan apabila mereka bertelingkah di dalam neraka, yang lemah akan berkata kepada mereka yang sombong: Kami adalah para pengikut kamu, bolehkah kamu ambil dari kami sebahagian dari Api ini?

--> 40:48 Mereka yang sombong berkata: Kita semua masuk bersama-sama kerana Tuhan telah pun mengadili hamba-hambaNya.

--> 40:49 Dan meraka yang berada di dalam Api akan berkata kepada penjaga Api: Mintalah kepada Pemeliharamu supaya mengurangkan kepada kami hukuman barang sehari.

--> 40:50 Mereka (para penjaga Api) berkata: Tidakkah telah datang kepada kamu utusan-utusan dengan bukti yang jelas? Mereka (penghuni neraka) berkata: Ya. Mereka (para penjaga Api) berkata: Kalau begitu merayulah, tetapi rayuan mereka yangtidak percaya tiadalah apa-apa kecuali sia-sia sahaja.

Sebagai kesimpulannya ayat 40:45-50 menceritakan perihal para pengikut firaun dan seperti juga kalangan mereka yang tidak percaya yang lain apabila mereka menerima hukuman masing-masing di dalam neraka. Ia langsung tidak ada kaitan dengan siksa kubur sepertimana yang digambarkan oleh mereka yang percaya kepada kitab riwayat.

 http://eminda.forumotion.com

Comments

Popular posts from this blog