Bank Rakyat untung besar, bagus atau tidak?

 

Dalam kerja saya, rakan-rakan dan pelanggan selalu ‘update’ saya jika ada peluang pelaburan baru yang muncul, apatah lagi kalau potensi ROI pelaburan itu melebihi jangkaan unit trust yg saya promosikan. Antara yang hangat diperkatakan ialah saham koperasi Bank Rakyat (BR) baru-baru ni dibuka untuk langganan. Saya akui sememangnya pulangan pelaburan untuk saham koperasi Bank Rakyat adalah yang tertinggi, biasanya lebih 15%. Kalau nak pilihanraya ni kita boleh dapat 20%. ASB pun kalah, Tabung Haji lagilah tertinggal jauh. Namun, saya ada penilaian tersendiri setiap kali orang bercakap mengenai perkara ni.

Skop perniagaan BR yang menguntungkan

Umum mengetahui bahawa BR untung besar kerana aktivitinya memberi pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun. Suatu ketika dulu tempoh pinjaman hanya 5 tahun, kemudian dianjak menjadi 10 tahun tetapi yang terbaru ia menjadi 20 tahun. Saya rasa akan sampai masa nanti pinjaman peribadi BR akan jadi seperti pinjaman perumahan di Jepun, boleh dibayar oleh dua generasi. Si ayah pinjam duit masa muda, hutang itu ditanggung hinggalah anaknya tua baru selesai. Itu pun kalau si anak tak buat ‘overlapping’ untuk menambah dan memanjangkan lagi tempoh pinjaman itu.

Oleh kerana golongan sasaran perniagaan BR adalah golongan ‘makan gaji’ di jabatan kerajaan dan badan berkanun, sudah tertulah majoritinya meminjam untuk tujuan ‘non productive’ atau ikut terma sekarang dipanggil ‘bad debt’. Memang ramai yang pinjam duit untuk tujuan berniaga (terutamanya MLM seperti Hai-O Marketing, DCL dan lain-lain), tetapi bilangan yang berjaya dalam perniagaan itu hanya sebahagian kecil. Ramai yang terpaksa menanggung hutang berpuluh tahun selepas duit yang dipinjam lesap akibat kerugian. Satu lagi golongan yang ambil kesempatan ‘gali lubang tutup lubang’ samaada untuk menutup pinjaman di tempat lain atau overlapping pinjaman terdahulu dengan BR juga.

Bila BR mencatatkan prestasi memberangsangkan tahun demi tahun, maka banyaklah pihak lain yang menawarkan skim pinjaman menggunakan model yang sama. MBSB adalah syarikat yang paling agresif sejak kebelakangan ni. Kalau nak sebut nama koperasi lagilah banyak, semuanya nak ‘memberi duit’ kepada kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun. Umum mengetahui pendapatan golongan ni kebanyakannya hanya cukup-cukup makan sahaja, akan tambah terbeban apabila menanggung hutang dalam jangka panjang.

Yang Paling Rugi

Secara peribadi saya berpendapat, bila keuntungan BR meningkat itu adalah petanda orang melayu terutamanya bertambah rugi kerana hutang yang bertambah dan kekuatan ekonomi kita semakin mengecil. Golongan yang lebih malang ialah yang menjadi penjamin bagi pinjaman yang kemudiannya tidak dibayar. Pada ketika satu pihak yang lain seperti PNB menggalakkan orang melayu menabung dan melabur dalam saham amanah, BR dan yang seangkatan dengannya rancak mengajak orang kita menambah hutang.

Yang beruntung

Ada 3 pihak yang beruntung, sekadar menyenaraikan apa yang saya lihat:-
  1. Pemegang saham koperasi BR yang dapat dividen lumayan melebihi 15% setiap tahun.
  2. Lembaga pengarah dan pengurusan BR
  3. Kakitangan BR – dapat bonus lumayan.
Kesimpulan

Saya menyeru agar ada pihak yang prihatin tentang perkara ini, menggubal dasar baru demi mengelakkan orang melayu terus terjerat dalam putaran hutang. Mungkin BR perlu kembali kepada cara berniaga seperti dahulu, pinjaman dihadkan 5 kali gaji dan tempoh pinjaman 5 tahun sahaja. Kita bangga kalau satu hari nanti BR berperanan seperti Public Bank, menjadi pemangkin membantu orang melayu berniaga dan sama-sama meningkatkan pengusaan kita dalam kek ekonomi di negara ini.

Jika anda setuju atau ada pendapat yang berbeza berkaitan posting ini, sudi-sudikan berkongsi buah fikiran anda itu dengan saya dan pembaca blog ini. Saya akan baca setiap komen yang diberikan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog