[BERGAMBAR] Jahil Dan Zalimnya Manusia Yang Tidak MensyukuriNya...
SubhanAllah. Ini otak manusia yang masih lagi hidup. Macam mana organ sekecil ini mampu berfikir dan mengawal segala pergerakan badan dan aktiviti seharian kita? Tidak lupa dari merakam peristiwa yang telah berlaku dan temu temujanji akan datang? dan macam macam dia fikirkan untuk kita...
Amatlah rugi jika kelebihan ini tidak digunakan dari MENGINGATI ALLAH dengan mengerjakan solat 5 waktu... apatah lagi jika kita menentang ayat-ayat dan suruhanNya..
Cuba fikirkan bagaimana jika urat-urat di dalam otak ini tidak berfungsi lagi?
Dan ini lagi:
Urat di mata
Usus dalam perut
Betapa besar pemberian Allah kepada kita. Apakah kita mampu menandinginya dan sanggup menjadi penentangNya pula?
Firmanullah s.w.t
"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?" (Surah Az-Zariyat: Ayat 21)
"Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang amat nyata!" (Surah Yassin: Ayat 77)
"Dan berapa banyak tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya." (Surah Yusuf, ayat 105)
Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung. (Surah Al-Israa :37)
"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan suruhan Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 179).
_
http://greenboc.blogspot.com/2012/07/bergambar-jahil-dan-zalimnya-manusia.htmlTanda kekuasaan Allah dalam tubuh manusia
Allah
s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia
sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan
banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia
yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja
darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Nama Allah pada 5 Jari Tangan
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab,
dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan
dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang
leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat
mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua
sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang
disedari.
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.
Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ
kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam
Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak
tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
احمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.
“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)
Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat
Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud,
ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang
Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh
tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).
Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka)
terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu
menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang,
dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah
Al Infithaar : Ayat 6-8)
http://thepinklady3.blogspot.com/2012/05/tanda-kekuasaan-allah-dalam-tubuh.html
Allah Mencipta Otak Dalam Jantung Manusia
Para ilmuan sekarang baru membincangkan tentang otak yang berada
dalam jantung (hati) yang terdiri dari 40.000 neuron, iaitu yang kita
sebut “akal” yang terdapat di pusat jantung. Akal inilah yang bertugas
memandu otak untuk melaksanakan fungsinya atau melaksanakan arahan yang
diterima daripada otak. Oleh kerana itu Allah menjadikan jantung sebagai
satu kemudahan untuk memahami arahan Allah SWT. Firman Allah SWT:
(أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آَذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ) [الحج: 46]
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai
hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang
dengannya mereka dapat mendengar? kerana sesungguhnya bukanlah mata itu
yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.
Ayat ini menegaskan bahawa jantung (hati) itu berfikir dan sedar.
Anehnya, sebahagian ilmuan akhir-akhir ini baru menemui hubungan antara
hubungan hati dengan kesedaran dan berfikir. Maha Suci Allah Yang
Berkuasa Mencipta Segala-galanya Tanpa Cacat dan Cela.
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/02/01/allah-mencipta-otak-dalam-jantung-manusia/
Subhanallah
ReplyDelete