Bersara Dari Politik: Satu Lagi Sandiwara Anwar Untuk Tarik Simpati Rakyat


Kuala Lumpur, 5 Julai – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan mahu bersara dari dunia politik tanah air, sekiranya pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya pada PRU-13 ini disambut sinis oleh bekas setiausaha peribadi beliau, Anuar Shaari.

Menurut Anuar, kenyataan Anwar itu baginya hanyalah semata-mata untuk menarik simpati rakyat memandangkan sokongan terhadap pakatan pembangkang hari ini semakin lama semakin pudar.

“Biasalah, itu helah Anwar. Beliau sedar, sokongan rakyat terhadapnya sudah makin menurun disebabkan pembongkaran isu-isu baik dari segi politik dan juga moral yang dikaitkan dengan beliau dan juga pemimpin-pemimpin PKR yang lain seperti Azmin, Badrul Amin dan lain-lain.

“Bagi saya, rakyat tak usah terpengaruh atau jatuh simpati kerana ini semua hanyalah satu lakonan Anwar. Beliau seorang pelakon terbaik. Dalam keadaan terdesak seperti ini, beliau boleh buat apa saja untuk tarik perhatian dan sokongan rakyat. Jadi, kenyataan untuk bersara ini hanyalah satu taktik politik untuk melihat sejauh manakah hari ini sokongan rakyat terhadap beliau,” jelas Anuar kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, sekiranya Anwar Ibrahim mahu meletakkan jawatan maka beliau sepatutnya berbuat demikian sebaik saja beberapa isu video skandal seks dan liwat yang dikaitkan dengan beliau berlaku.

“Bagi saya tak payah tunggu selesai PRU-13. Sepatutnya beliau sudah lama letak jawatan, apabila dirinya terkait dengan isu-isu moral seperti mana yang sudah diketahui umum. Sebagai seorang pemimpin konon-kononnya mementingkan integriti dan moral, sepatutnya beliau terus meletakkan jawatan apabila terpalit dengan isu-isu moral tersebut.

“Tetapi Anwar tetap Anwar. Bagi saya, selagi Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri masih belum miliknya, Anwar tidak akan berhenti dari berpolitik. Sebab itu, kenyataannya untuk bersara dalam dunia politik ini hanyalah satu sandiwara, untuk menguji sejauh manakah sokongan rakyat terhadap beliau setakat ini.

“Ada kemungkinan kenyataan tersebut hanyalah untuk menarik simpati ‘rakan-rakan’nya dari luar negara. Justeru itu, saya nasihatkan rakyat di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan cara politik beliau. Dia boleh buat apa saja dan cakap apa saja demi untuk kepentingan politik peribadinya,” tegas Anuar lagi. – 

MediaUMNO
 http://umno-online.com

Comments

Popular posts from this blog