- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, July 2, 2012






Bersyukur Dengan Setiap Nikmat Tuhan


Alhamdulillah hari ini masih lagi berpeluang untuk merasakan nikmatnya udara di bumi Tuhan, hari ini masih lagi berpeluang merasai nikmat sihat, syukur dengan segala nikmat yang Tuhan kurniakan. Lihat pada keadaan sekeliling membuatkan diri yang sering alpa ini insaf dengan apa yang ada pada diri sendiri. 

Andai sebelum ini suka merungut dan sering membanding-bandingkan apa yang ada pada orang lain dengan diri sendiri cepatlah insaf dan belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada. Segala nikmat yang ada adalah milik Tuhan, andai hari ini kita masih berkesempatan untuk menikmatinya maka bersyukurlah, kerana apa sahaja yang menjadi pinjaman tidak mustahil akan ditarik balik dalam sekelip mata.

Tak perlu melihat pada yang lebih tapi lihatlah pada yang kurang, supaya kita jauh dari rasa riak dan bongkak serta sentiasa merendah diri dengan segala apa yang kita ada. 


Di sini ingin aku rungkapkan kata semangat untuk dia yang aku kenal, tabahkanlah hati dalam menempuh segala dugaan, aku doakan semoga kembali sihat seperti sedia kala. Ini dugaan untuk menguji kekuatan, kau insan terpilih untuk dihapuskan dosa. Tabahlah. Berat mataku yang memandang aku tahu lagi berat bahumu yang memikul beban. Tiada lain yang dapat ku berikan hanya mampu titipkan DOA supaya kau terus tabah mengharungi dugaan. Tuhan tidak akan menduga dengan dugaan yang  di luar kemampuan kita.
 http://pemilikmatacoklat.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment