BETULKAH NIAT PUASA KITA



Tibalah satu lagi Ramadhan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat,
 penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Zack Bahari shared Lukisan Dakwah Islam's photo.

Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, 
daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadhan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.

Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara ; niat kita berpuasa. Saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa "Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan."

Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardhu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar..? Berpuasa untuk menjimatkan duit, bersedekah untuk mendapat pujian. Takkan berguna puasa dan infak itu. Sia-sia.

Konsep menyambut Ramadhan sebagai bulan puasa adalah tidak adil. Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa semata-mata. Kita sepatutnya menyambut Ramadhan sebagai satu medan pertarungan satu-dengan-satu (one-on-one) dengan nafsu kita. Jika tiada syaitan pada bulan Ramadhan, kenapa masih ada orang yang buat jahat..? Kenapa masih ada yang mencuri, menipu, apatah lagi ponteng puasa..?

Apabila tiada syaitan, yang tinggal hanya nafsu kita. Kita berperang dan bertarung dengan nafsu saban hari - bermula dari saat bangun daripada tidur, sampailah waktu kita pejam mata untuk tidur. 
Berpuasa adalah untuk menahan nafsu, bukan untuk 
menahan lapar dan dahaga semata-mata. Berpuasa 
adalah untuk menjaga hati, lidah
 dan perbuatan. Berpuasa adalah untuk mengenal erti 
penat lelah, memahami dan mensyukuri nikmat yang 
 melimpah ruah daripada Allah SWT. Berpuasa adalah 
untuk syurga yang hakiki.

Betulkan semula niat kita. Bukan cuma sekadar menyatakan lafaz, dan menahan diri daripada makan dan minum, tetapi fahami erti sebenar berpuasa. Barulah ibadah itu akan terkesan, lalu membawa kepada istiqamah selepas Ramadhan. Bercakap tentang istiqamah,
 apabila mendengar orang menyebut Ramadhan Kareem, 
kita digalakkan menjawab dengan Allahu Akram. Maksudnya,
 Ramadhan yang mulia, Allah lebih mulia.


Ingatlah pesanan Imam Hassan Al-Basri :
"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)"

Ingatlah juga pesanan dari Rasulullah SAW :

Daripada Umar bin Khathab R.A berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada

NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang

apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju."
 http://celotehsigadiskidal.blogspot.com/2012/07/betulkah-niat-puasa-kita.html

Comments

Popular posts from this blog