Dosa 'Tanggang ' dibalas tunai
INSAF... |
PADANG
BESAR: “Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai,
tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini
tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan
isteri dan anaknya.
Kira-kira
10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan
sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak isteri dan
membiarkan isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah.
“Saya
mengakui terlalu mengikut telunjuk isteri hingga mengabaikan ibu. Saya
langsung tidak mengambil peduli nasib ibu dan hanya mengetahui arwah
ditempatkan di sini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau
keluar dari rumah yang didiami bersama isteri di Bukit Kecil, dekat
sini.
“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.
“Malah, bilik ibu sebelum ini bersebelahan bilik saya duduki sekarang,” kata Abdul Rahman ketika ditemui.
Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
http://aiyangdisayang.blogspot.com
Comments
Post a Comment