EASY SOLAT : Satu Pengenalan
Kami Membuka Peluang Kepada Yang
Berminat untuk menganjurkan program ini sempena cuti sekolah bulan Mei akan
datang. Promosi istimewa, tiada yang setandingnya. Untuk contoh kertas kerja
lengkep emailkan kepada nazmad79@yahoo.com
EASY SOLAT ...?
Kajian secara rambang yang saya jalankan ke beberapa sekolah
menengah ( rata-rata sudah baligh ) mendapati hampir 80% pelajar melayu muslim
tidak menunaikan SOLAT secara konsisten. Satu kesimpulan mudah saya berikan
kepada warga pendidik, di sinilah punca mereka terlibat dengan pelbagai perkara
negatif. Kesimpulan mudah saya berikan apabila manusia gagal menjaga hubungan
dengan Allah maka kepada mereka ini jangan diharapkan mampu membina hubungan
yang baik sesama manusia sama ada kepada ibubapa, guru dan sesiapa sahaja. Tanpa
rasa keterikatan dengan Allah manusia akan terus hanyut, merasakan diri mereka
sentiasa betul dan hebat.
Justeru, saya cuba mengkaji dan mendalami di mana silapnya
sehingga ramai di kalangan pelajar tidak menunaikan/mengabaikan solat. Antara
yang saya temui kerana :
-
tidak tahu/reti nak solat
-
malas / tiada masa / tidak minat
-
tiada suasana solat di rumah
Ketiga-tiga masalah ini cuba dirungkaikan melalui program
sehari EASY SOLAT bersama Imtiyaz Training & Motivation, dengan penuh rendah
diri saya nyatakan saya tidak menjamin perubahan drastik kepada peserta yang
mengikuti EASY SOLAT segalanya bergantung kepada ALLAH SWT. Kita merancang
ketentuan adalah dariNYa jua. Janji kami insya allah memberikan yang terbaik
melalui modul EASY SOLAT
Sasaran peserta
Pelajar sekolah rendah ( darjah 3 ke atas ) / Pelajar sekolah
menengah
Kenapa EASY ?
Solat itu sebenarnya mudah melainkan bagi mereka yang tidak
memahami konsep SOLAT. Segalanya bergantung kepada kefahaman dan pengulangan.
Sesuatu perkara yang susah akan jadi senang sekiranya selalu diulang dan
difahami ditambah pula dengan penghayatan.
Tempoh Program ?
Sehari bermula jam 8.30 am - 5.00 petang
Apakah modul yang digunakan ?
-
Slot pertama : Motivasi EASY SOLAT : Easy to Solat, Solat too Easy
-
Slot kedua : Easy Teori & Praktikal : Solat 3 rukun
-
Slot ketiga : Bengkel EASY dan Muhasabah
Jumlah Maksima Peserta
150 orang untuk sesuatu sesi - adalah digalakkan untuk
diasingkan di antara pelajar sekolah rendah dan menengah untuk sesuatu sesi
Bagaimana menganjurkannya ?
Saya menggalakkan sekolah/masjid/surau/persatuan
penduduk/yayasan dan mana-mana badan kerajaan atau swasta yang berminat untuk
menganjurkannya. Pihak Imtiyaz Training & Motivation menyediakan kepakaran
modul, moderator, fasilitator, penceramah dan bahan program. Manakala pihak
menganjur menyediakan peserta, makanan dan tempat program. Segala pengurusan
program boleh dirunding.
Siapa yang patut dihubungi
Ustaz Hj Norazman b Hj Mohamad ( 019-6400062) @ Pej/Fax :
066792617
No 122-1 tingkat atas, Jalan Taman Komersial Senawang 5, Taman
Komersial Senawang, 70450 Senawang . Negeri Sembilan Darul Khusus.
Di antara program EASY SOLAT yang telah
dijalankan
-
10 Disember 2007 ( Masjid Jamek Ampangan )
-
11 Disember 2007 ( Masjid Bandar Baru Senawang )
-
12 Disember 2007 ( Masjid Negeri, Seremban - kerjasama dengan Telekom N.Sembilan)
-
12 Februari 2008 ( Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu )
-
16 Februari 2008 ( Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu )
-
23 Februari 2008 ( Masjid Jamek Pekan Gemas )
-
22 Mac 2008 ( Surau Taman Sri Kasih, Senawang, Seremban - sempena Maulud Nabi )
Comments
Post a Comment