GURU BACA KHUTBAH BENCI KERAJAAN

by puteraduyong
guru baca khutbah benci kerajaan
KHUTBAH – gambar sekadar hiasan

GURU BACA KHUTBAH BENCI KERAJAAN

guru baca khutbah benci kerajaan
apakah benar segala cerita itu
ataupun cuma ditokok ditambah
atau sekadar jadi halwa penyedap
penyedap pada mulut buat bicara
penyedap pada telinga buat mendengar
guru sekolah dah jadi khatib
si guru ini pasti hebat orangnya
semestinya sudah penuh ilmu di dada
namun segalanya berpaksi pada akal
segala tindakan harus difikirkan
harus diteliti apa buruk baik
semoga tiada siapa persoalkan
semoga tiada siapa persendakan
guru baca khutbah benci kerajaan
wajarkah agaknya semua itu
wajar jika ianya di ceramah politik
sang guru pasti ada jawapan
pasti ada kisah di sebalik kejadian
tanyalah sebenarnya pada si guru
usah menghukum tanpa selidik
selesaikan sebaiknya …
GURU BACA KHUTBAH BENCI KERAJAAN

Kementerian Pelajaran Siasat Dakwaan Guru Baca Khutbah Benci Kerajaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menyiasat dakwaan bahawa khatib jemputan yang menyelitkan doa agar kerajaan sedia ada digulingkan ketika membaca khutbah Jumaat di sebuah masjid di Pulau Pinang baru-baru ini ialah guru sebuah sekolah rendah. Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata jika benar guru sebuah sekolah rendah di Penaga Pulau Pinang itu melakukan perbuatan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya. “Kementerian ada maklumat tentang isu ini…malah sudah mengarahkan siasatan terperinci diadakan. Jika benar, perbuatan itu bertentangan dengan etika kerja lelaki itu sebagai seorang guru. 

“Jika benar kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap guru itu yang boleh membawa kepada penggantungan gaji, kerja atau dipecat,” kata Mohd Puad kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu. Guru itu dikatakan berdoa supaya rakyat menolak pemimpin dan kerajaan yang ada ketika menyampaikan khutbah di Masjid Jamek Taman Guar Perahu, Kubang Semang, Pulau Pinang Jumaat lepas.

Difahamkan tindakan itu dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan arahan pertukaran ke sebuah sekolah di Selangor yang diterimanya dua hari sebelum itu. Mohd Puad berkata kementerian tidak menghalang guru untuk berpolitik asalkan mereka mendapat kebenaran terlebih dahulu, namun ia harus dibuat secara berhemah tanpa menjejaskan kedudukan pekerjaan masing-masing. “Janganlah gunakan masjid untuk menimbulkan suasana yang kurang senang kerana ia boleh memecah belahkan umat Islam. Bagi saya, dakwaan ini cukup serius dan perlu disiasat dengan teliti,” katanya.

 http://www.puteraduyong.com

Comments

Popular posts from this blog