Kisah Empat Anak Perempuan Abah



Abah ada empat orang anak. Perempuan semua. Isteri sorang jela :-)  Suatu petang abah baru balik dari tempat kerja. Tika itu, si ibu sedang sibuk dengan kerjanya di sekolah. Abah yang memahami perihal isterinya itu masuk ke dalam rumah. Abah memanggil salah seorang anak perempuannya.


First Daughter

"Along, along ...." Abah memanggil.

"Buatkan abah air" pinta abah lagi.

"Isyh abah nie. Sikit-sikit kak long yang kena. Anak-anak abah yang lain abah tak mintak pulak," rungut Kak Long.

"Along, ada ke cakap dengan abah macam tu"

Teguran abah membuatkan Kak Long sedar akan kesilapannya. Kak Long segera ke dapur lalu membuatkan abah secawan kopi panas.

"Nah" kata Along sebelum kembali membuat kerjanya yang tertangguh tadi.


Second Daughter

Teringat perihal anak pertamanya semalam, abah memanggil pula anaknya yang kedua.

"Angah, angah ... " Abah memanggil namun panggilannya tidak bersahut.

"Angah ..." kali ini suara abah sedikit kuat.

Tidak lama selepas itu, kedengaran deruman tapak kaki Angah menuruni tangga.

"Ada apa abah?" soalnya tergesa-gesa.

"Tolong buatkan abah air." kata abah kepada Angah.

Sepantas yang mungkin, Angah membuatkan abah air. Namun, saat Angah menghulurkan air kepada abah, raut wajahnya masam. Angah seakan-akan menurut sahaja cakap ayah atau lebih tepat lagi, kerja tak ikhlas.

Abah semakin terasa dengan anak-anaknya.


Third Daughter

Abah mencuba pula nasib dengan anaknya yang ketiga.

"Achik... mai sini sat." panggil abah lembut.

"Assalamualaikum abah. Ada apa abah?" tanya Achik sambil tersenyum.

Abah merasakan bahawa anaknya yang ini mungkin sedikit berlainan dengan kakak-kakaknya. Lantas ayah segera meminta Achik membuatnya air.

"Okay, upah dua ringgit." jawab Achik sambil kakinya melangkah girang ke dapur.

Abah yang mendengar sedikit terkejut.

"Oh, pandai buat bisnes rupanya anak abah yang ketiga nie" kata si abah di dalam hati. 

"Lagi satu, kalau abah nak jus oren pon boleh jugak. Hurm... tapi mahal sikit lah. Tiga ringgit" kata Achik lagi.

Abah hanya mampu tersenyum melihat keletah anak ketiganya itu. Still, abah memberi upah kepada Achik.


Fourth Daughter

Sedikit keletihan di tempat kerja, abah memanggil anaknya yang bongsu pula.

"Adik, adik... "

Adik segera turun.

"Tolong buatkan abah air" abah meminta lembut.

"Hurm... abah nak air kopi panas ke air sejuk?" tanya Adik.

Hati abah sedikit berbunga.

"Buatkan ayah air sejuk." kata abah sambil tersenyum.

"Abah, abah. Tadi adik ada beli kuih Seri Muka kat depan rumah. Abah nak tak?" tanya Adik lagi.

"Bole jugak."

Tidak lama selepas itu, adik membawakan hidangan untuk abah.

"Abah mesti penat kan... Nie adik bawakkan kuih dengan air untuk abah. Adik Saaayang abah" kata Adik lagi.

Hati abah bertukar menjadi taman bunga. Senang sekali dengan tingkah laku Adik. Abah tersenyum bahagia.





Apa yang boleh diambil daripada kisah di atas.

Abah meminta keempat-empat anaknya membuat air untuknya yang barusan sahaja pulang dari tempat kerja. Keempat-empat anak abah membuat abah air, tetapi yang paling si abah sayang agaknya siapa?

Kalau nak disimpulkan:
Along buat air untuk abah kerana Paksa

Angah buat sebab abah Suruh

Achik pulak buat sebab nak Ganjaran

Adik pulak buatkan air sebab Sayang

Sekarang cuba kaitkan pulak peristiwa nie dengan Solat yang korang semua buat. Apakah ia dilakukan kerana Paksaan? Suruhan? Ganjaran pahala? atau kerana Sayangnya korang kepada Allah s.w.t. yang juga Sayang kat korang. 

Jom kita sama-sama ambil pengajaran daripada kisah di atas.

Akhir kalam,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwan :-D

p/s: cerita ini di'adjust' daripada ceramah agama yang pernah saya dengar suatu masa dahulu. Renung-renungkanlah ngee~ 

 http://www.apesal.com/rd/56116/1723

Comments

Popular posts from this blog