Laman Berita Yahoo! Malaysia Sediakan Halaman Sempena Ramadan
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam syurga terdapat
sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki
daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain
tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun
dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak
memasukinya."
Sempena bulan Ramadhan yang mulia bakal menjelma, kebanyakan laman web
besar di Malaysia akan menghiasa halaman mereka dengan unsur-unsur bulan
Ramadhan. Yahoo! Malaysia juga tak mahu lepaskan peluang untuk
meraikannya, mereka dah lancarkan halaman khas sempena Ramadhan untuk pengguna Malaysia yang beragama Islam.
Laman tersebut menyediakan pelbagai info dan artikel berkaitan bulan puasa. Anda boleh mencari resepi, waktu berbuka puasa, galeri gambar dan banyak lagi.
Untuk menaikkan lagi semangat dan suasana puasa, anda boleh layari laman tersebut yang diberi nama "Ramadan Mubarak".

1.Kolum Dr Asri: Menghayati sunnah bersahur
Antara sunnah utama puasa ialah bersahur. Makan di penghujung malam, sebelum menjelang waktu subuh bukan satu kebiasaan kebanyakan manusia. Namun, atas titah perintah agama muslim melakukannya menunaikan sunnah Nabi s.a.w dan padanya ada hikmah yang pelbagai untuk seseorang yang berpuasa. Ini termasuk memberikan kekuatan untuknya pada siang hari, juga melatihnya bangun di waktu sebelum fajar untuk beribadah kepada Allah. Ini disebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Dalam hadis pula Nabi s.a.w menyebut: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka bersahur itu membawa kita bangun pada waktu doa dimustajabkan dan keampunan diberikan. Moga ia menjadi kebiasaan yang berterusan dalam hidup. Maka tidak hairan jika Nabi s.a.w berpesan: “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Keberkatan sesuatu yang sangat penting dalam hidup. Kehidupan ini jika hanya bergantung kepada nilai-nilai kebendaan semata akan menemui pelbagai kusut masainya. Keberkatan membawa cahaya kehidupan untuk insan mendapat limpah kurniaan Tuhan melebihi kadar kebendaan ataupun kehidupan materialistic yang dirasainya. Sahur antara punca lahirnya keberkatan. Bagaimana? Allah Maha Pemberi dengan cara yang dikehendakiNYA diluar dari andaian kebanyakan kita.
Bila Sahur?
Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi s.a.w. Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu. Ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda. Kata isteri baginda ‘Aishah r.aha: “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis Muslim pula, baginda bersabda: “Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.
Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya): “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Dengan Apa Bersahur?
Tujuan sahur bukan menyibukkan diri dengan hidangan. Makanan sahur memadai sesuatu yang memberikan kekuatan kepada orang yang akan berpuasa esok harinya. Kesempatan sahur patut diambil untuk berdoa dan beristighfar setelah makan dan minum apa yang dapat memberi kekuatan pada besok hari. Sebab itu dalam hadis disebutkan tamar sebagai pilihan sahur disebabkan kandungan tamar yang baik untuk tenaga orang yang berpuasa. Sabda Nabi s.a.w: Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Jika tiada tamar, seseorang boleh sahaja bersahur dengan apa yang memberikan kekuatan untuk berpuasa pada hari tersebut. Mungkin juga ada orang yang tidak gemar tamar, ataupun tidak sesuai tamar untuk kesihatannya, maka agama itu luas untuk diamalkan. Apa yang tidak dapat diamalkan secara literal, boleh dihayati secara maksud ataupun kehendak (maqsad) syarak di sebalik sesuatu galakan ataupun perintah.
By Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin | Yahoo Newsroom – Wed, Jul
Menghayati sunnah bersahur
Puasa
bukan satu penyeksaan. Islam mahu muslim berpuasa, tapi dalam masa yang
sama Islam tidak mahu menjadikan bukan Ramadan bulan yang mengujudkan
suasana longlai dan lemah umat Islam. Sebaliknya, ia bulan keinsafan
yang cuba menjadikan muslim merasai kesusahan mereka yang tiada
mempunyai makanan dan betapa besarnya erti mendapat makanan. Di samping
puasa merupakan ibadah yang dalamnya ada amalan-amalan yang mana muslim
di suruh mencontohi Nabi mereka s.a.w. Antara sunnah utama puasa ialah bersahur. Makan di penghujung malam, sebelum menjelang waktu subuh bukan satu kebiasaan kebanyakan manusia. Namun, atas titah perintah agama muslim melakukannya menunaikan sunnah Nabi s.a.w dan padanya ada hikmah yang pelbagai untuk seseorang yang berpuasa. Ini termasuk memberikan kekuatan untuknya pada siang hari, juga melatihnya bangun di waktu sebelum fajar untuk beribadah kepada Allah. Ini disebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Dalam hadis pula Nabi s.a.w menyebut: “Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka bersahur itu membawa kita bangun pada waktu doa dimustajabkan dan keampunan diberikan. Moga ia menjadi kebiasaan yang berterusan dalam hidup. Maka tidak hairan jika Nabi s.a.w berpesan: “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Keberkatan sesuatu yang sangat penting dalam hidup. Kehidupan ini jika hanya bergantung kepada nilai-nilai kebendaan semata akan menemui pelbagai kusut masainya. Keberkatan membawa cahaya kehidupan untuk insan mendapat limpah kurniaan Tuhan melebihi kadar kebendaan ataupun kehidupan materialistic yang dirasainya. Sahur antara punca lahirnya keberkatan. Bagaimana? Allah Maha Pemberi dengan cara yang dikehendakiNYA diluar dari andaian kebanyakan kita.
Bila Sahur?
Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi s.a.w. Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu. Ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda. Kata isteri baginda ‘Aishah r.aha: “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis Muslim pula, baginda bersabda: “Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.
Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya): “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Dengan Apa Bersahur?
Tujuan sahur bukan menyibukkan diri dengan hidangan. Makanan sahur memadai sesuatu yang memberikan kekuatan kepada orang yang akan berpuasa esok harinya. Kesempatan sahur patut diambil untuk berdoa dan beristighfar setelah makan dan minum apa yang dapat memberi kekuatan pada besok hari. Sebab itu dalam hadis disebutkan tamar sebagai pilihan sahur disebabkan kandungan tamar yang baik untuk tenaga orang yang berpuasa. Sabda Nabi s.a.w: Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Jika tiada tamar, seseorang boleh sahaja bersahur dengan apa yang memberikan kekuatan untuk berpuasa pada hari tersebut. Mungkin juga ada orang yang tidak gemar tamar, ataupun tidak sesuai tamar untuk kesihatannya, maka agama itu luas untuk diamalkan. Apa yang tidak dapat diamalkan secara literal, boleh dihayati secara maksud ataupun kehendak (maqsad) syarak di sebalik sesuatu galakan ataupun perintah.
2. Kolum Dr Asri: Puasa bukan budaya bangsa
Panggilan Iman
Apabila Allah menyeru dalam al-Quran dengan panggilan ‘Wahai mereka yang beriman!’ maka kita pun memerhatikan semula diri kita. Apakah kita ini termasuk dalam kalangan tersebut ataupun tidak. Setelah kita pasti bahawa kita termasuk, maka kita pun menunggu arahan yang seterusnya. Melainkan jika kita merasakan yang kita tidak termasuk. Ataupun, jika terlupa bahawa kita ini tergolong dalam golongan itu. Jika sampai terlupa, mungkin sudah terhakis banyak ciri tersebut.
Antara yang Allah seru dengan panggilan “Wahai mereka yang beriman” ialah dalam arahan berpuasa pada Bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai mereka yang beriman! diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”. (Surah al-Baqarah 183). Inilah titik tolak puasa setiap mukmin.
Setiap mukmin berpuasa kerana panggilan ini. Mereka berpuasa kerana merasakan panggilan itu membabitkan diri mereka. Mereka termasuk dalam seruan tersebut. Tidak kerana orangramai berpuasa, tidak kerana ia suatu budaya yang diamalkan (practised culture) yang sudah menjadi kebiasaan yang dilakukan tanpa sedar tentang hakikat dan nilai. Ia tidak sama seperti membuat ketupat dan rendang menjelang hariraya. Itu budaya sesuatu bangsa yang diamalkan secara turun temurun tanpa perlu berfikir sebabnya. Ia sekadar memeriah suasana hariraya bagi masyarakat Melayu. Sementara masyarakat lain mempunyai budaya yang pula. Namun puasa tidak demikian. Ia bukan budaya, tetapi ia satu arahan ibadah dari Maha Agung. Jika ditakdirkan kita berada di suatu tempat ataupun zaman yang tiada siapa pun yang berpuasa, kita tetap akan berpuasa selagi mana kita mengiktiraf bahawa kita ini beriman kepada Allah.
Rentas Budaya
Jenis makanan dan hidangan semasa berbuka puasa mungkin ada kaitan dengan budaya sesuatu bangsa. Selepas sunat memakan rutab ataupun tamar, setiap bangsa mempunyai makanan mereka yang tersendiri. Di sudut menu makan, orang Melayu mungkin lain dari orang Cina dan India, Arab dan selainnya. Demikian juga bangsa-bangsa yang lain. Namun arahan, peraturan dan ibadah sepanjang Ramadan itu tidak berpaksikan budaya bangsa, ia merentasi setiap budaya dan setiap bangsa. Ia untuk manusia yang berpaksikan Tuhan sekelian alam (Allahcentric)
Kemudian, betapa bahagianya kita apabila merasakan seruan langit yang terkandung dalam Kitab Allah al-Quran membabitkan diri kita. Betapa bangga untuk merasakan apabila Allah memanggil ‘wahai mereka yang beriman’ diri kita ini termasuk dalam panggil itu. Bayangkan, betapalah ruginya mereka yang dipinggirkan dari senarai panggilan yang mulia. Setiap orang berbangga apabila ada pihak tertinggi lagi mulia memasukkan namanya dalam senarai yang dipuji. Betapa kita merasa rendah diri dan kecewa jika ketika orang tersenarai dalam panggilan yang dipuji, kita tidak dimasukkan. Demikian dalam menyahut seruan berpuasa ini, ia satu kebahagiaan. Ia menjadi satu ke‘izzah’an (kemuliaan) sebagai hamba Allah yang mukmin.
Di samping itu, seruan tersebut juga telah menghubung kita dengan seluruh manusia lain yang memakai sifat yang sama iaitu ‘iman’. Di mana sahaja manusia yang kita temui, tanpa mengira budaya, bangsa, tempat dan keturunan akan berpuasa seperti kita. Mereka menyahut seruan yang sama. Seruan yang tidak bercirikan keturunan, bangsa, tempat dan budaya, sebaliknya hanya atas sifat yang sama iaitu iman. Ia merentasi segala sempadan keturunan, budaya dan tempat. Maka dengan itu menjelang Ramadan di mana sahaja kita berada, kita melihat mereka yang sama dengan kita di sudut keimanan kepada Allah menyahut seruan ini. Dengan persamaan ciri, ia dapat menautkan cinta dan kasih sesama mukmin. Pergi berada di mana sahaja di bumi ini, jika ada yang mukmin nescaya kita ada dapati dia berpuasa seperti kita. Maka kasih kita pun tertumpah kepadanya tanpa kita membataskan keturunan, budaya dan tempat!
3. Kolum Dr Asri: Puasa sama, pahala berbeza
Pahala Atas Kesusahan
Hal ini disebut oleh para ulama Usul seperti al-Imam ‘Izzu al-Din ‘Abd al-Salam (meninggal 660H) dalam Qawa’id al-Ahkam. Beliau menjelaskan perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung. Beliau membuat contoh seseorang yang mandi wajib pada musim sejuk dan seorang yang mandi wajib pada musim panas. Dari segi mandi, keduanya mendapat pahala yang sama disebabkan sifat mandi itu dari sudut syarat, rukun dan sunahnya itu sama. Namun yang mandi pada musim sejuk mendapat pahala lebih disebabkan beban yang lebih berat yang terpaksa ditanggung.
Bukannya perbezaan pahala itu pada mandi tersebut, tetapi kepada beban sampingan yang terpaksa ditanggung. Demikianlah kata beliau mengenai mereka yang pergi ke masjid, haji, jihad dan seumpamanya. Pahala diberikan bukan kerana perbezaan tujuan, tetapi kerana perbezaan jalan yang terpaksa ditempuh.
Demikianlah Puasa..
Begitulah puasa, walaupun dari segi puasa, tujuan sama. Juga syarat, rukun dan sunahnya yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Maka, kita hendaklah tahu bahawa setiap kesusahan yang ditanggung oleh pengamal ibadah itu, ada hitungan pahala di sisi Allah. Tiada siapa yang pernah Allah rugikan amalan baiknya. Ini seperti mana yang Allah tegaskan dalam al-Quran: (maksudnya) “dan sabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Surah Hud, ayat 115)
Keadilan Allah dalam hal ini menjadikan setiap hamba itu mendapat ruangan rahmat yang tersendiri. Seorang yang berpuasa dengan penuh kepayahan disebabkan tugasan harian yang berat, tentu mendapat pahala yang lebih dari seorang yang duduk berehat di pejabat yang selesa, ataupun dalam rumah yang berhawa dingin. Seorang yang bersusah payah mendapatkan sesuap makanan untuk berbuka puasa, ataupun menjamu orang berbuka puasa tentu mendapat pahala tambahan melebihi mereka yang mewah harta dalam berbuka puasa ataupun menjamu orang berbuka puasa.
Demikian seorang yang berpuasa dalam suasana penuh cabaran seperti cabaran di tempat kerja yang di kelilingi mereka yang tidak berpuasa ataupun di negeri yang suasana amat mencabar untuk berpuasa. Berpuasa pada hari yang panas lebih beban dari berpuasa pada hari yang sejuk. Maka, pahala tambahan atas bebanan puasa juga ada diperolehi pada yang berkenaan. Seseorang yang dicabar perasaannya oleh pihak tertentu pada hari dia berpuasa, tetapi dia sabar demi menjaga puasa tentu mendapat pahala yang lebih disbanding mereka yang puasa dalam keadaan tenang dan selesa. Kesemua hal tersebut ada hitungannya di sisi Allah. Maka seseorang hamba Allah hendaklah tahu bahawa Allah tidak pernah mensia-siakan apa sahaja pengorbanan keranaNYA.
Cabaran dalam berpuasa yang ditempuhi dengan jaya akan menjadikan jiwa insan yang berpuasa itu lebih khusyuk dan tinggi nilai spritualnya. Puasa dalam keadaan tiada rasa dan lapar dan ujian juga ada nilai spiritualnya, namun tentu tidak sama dengan yang mengharungi ujian Allah dalam melaksanakan ibadah tersebut. Setiap individu menerima tingkatan spiritualnya yang tersendiri. Maka, tiada siapa yang tahu siapakah yang lebih tinggi kedudukan puasanya di sisi Allah. Hanya Allah Yang Maha Tahu tentang kedudukan hamba-hambaNYA.
http://my.news.yahoo.com/
Comments
Post a Comment