makin bertutup makin cantik
Suka tengok Sharifah Sofea yang tambah cantik sekarang nih dan Wardina yang memang sudah cantik hehe
Alhamdulillah..... siapa
sangkakan artis nih yang suatu ketika dulu sering tampil seksi dan
pernah kecoh isu anjing telah berubah penampilannya.
Ramai yang memuji mengucapkan kesyukuran atas penghijrahan beliau dan juga mendoakan agar beliau terus istiqomah.
suke3x........ hehe
dan
nak tambah lagi.... pakai tudung macam ni walaupun nampak simple tapi
sebenarnya lebih manis dari pakai tudung yang berserabai atau pun
berbelit2 dengan kaler yang warna-warni tu kan.
lagi
pun Islam sudah menetapkan garis panduan bagi muslimah dalam
berpakaian supaya tidak berlebih-lebihan hingga menarik perhatian.
nak tengok fesyen tudung pelik klik sini
baca sini untuk panduan
http://aiyangdisayang.blogspot.com/2011/01/wanita-solehah-akan-menjauhkan-diri.html
baca sini untuk panduan
http://aiyangdisayang.blogspot.com/2011/01/wanita-solehah-akan-menjauhkan-diri.html
Wanita Solehah Akan Menjauhkan Diri Daripada Tabarruj (Mempamirkan Perhiasan Diri)
Wanita menjadi mulia apabila ia mengikut ajaran Islam sebenarnya. Menjaga akhlak dan pergaulannya dan menjaga perhiasan diri supaya terhindari daripada fitnah dan menimbulkan dosa dan kemungkaran."
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Mana-mana
perempuan yang memakai bau-bauan kemudian melintasi lelaki, agar mereka
tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata
yang memandangnya itu adalah zina"
Nabi
S.A.W. bersabda maksudnya : "Perempuan yang melabuhkan pakaiannya dalam
keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap
gelita di hari kiamat, tiada nur baginya."
Oleh
itu Islam melarang wanita muslimah tabarruj iaitu memamerkan keindahan
dan perhiasannya kepada laki-laki yang bukan mahram. Tabarrajatil mar’ah
ertinya wanita yang menampakkan kecantikannya, lehernya, dan wajahnya
(dengan solekan yang berlebihan).
Ada
yang mengatakan, maksudnya adalah wanita yang menampakkan perhiasannya,
wajahnya, kecantikannya kepada laki-laki dengan maksud untuk
membangkitkan nafsu syahwatnya.
Tabarruj
adalah perilaku wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya
serta segala sesuatu yang wajib ditutup karena dapat membangkitkan
syahwat laki-laki. (Fathul Bayan VII/19).
Menurut
syariah, tabarruj adalah setiap perhiasan atau kecantikan yang
ditujukan wanita kepada mata-mata orang yang bukan mahram. Termasuk
orang yang mengenakan tudung, di mana seorang wanita menutup wajahnya,
dengan warna-warnanya yang terang dan ada daya tarikan ditujukan agar
dinikmati orang lain, ini termasuk tabarruj jahiliyah terdahulu. Seperti
firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Dan
hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu dan dirikanlah
solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
(Surah Al-Ahzab ayat 33)
http://aiyangdisayang.blogspot.com
Comments
Post a Comment