Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan
mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta
dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan
perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak
fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi
sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin
mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan
dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam
diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta
itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram.
Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang
merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam
Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan.
Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk
mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang
bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum
diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan,
maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua
ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin
atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada
kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan
perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa
kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini
terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini
mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang
bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah
sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke
hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita
akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu
menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna
dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini
tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada
melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke
dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam
Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu
mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan
emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara
yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan
perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya
upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan
rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan
melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana
Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w
membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh
Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada
pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut
Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl.
Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada
mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890).
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi
bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata
baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang
penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu
melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan
bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, berkata cinta dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya
orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi
dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah,
cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab
itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil
lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan
dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli
keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri
setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga
sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar
fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka
bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti
ada rasa tanggungjawab.
http://cintadearhaniey.wordpress.com
Comments
Post a Comment