Misteri penamatan jawatan KP JPA 

 

 My Photo

Ketua Pengaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),  Abu Bakar Abdullah  telah ditamatkan perkhidmatannya pada usia 57 tahun,  sedangkan usia persaraan kakitangan awam ialah 60 tahun.  Abu Bakar pula  tidak memohon  bersara awal  walaupun dalam akhbar beberapa kali dinyatakan semua faedah persaraan diterima oleh Abu Bakar.

Apakah sebenarnya misteri di sebalik penamatan jawatan Abu Bakar ini?  Adakah dia melakukan kesalahan?  Kalau benar apa kesalahannya dan kenapa tidak kenakan apa-apa tindakan?  Kalau penamatan itu kerana Abu Bakar melakukan kesalahan,  ini  satu penyelewengan. Sebabnya  orang yang dituduh tidak didakwa.

Sehingga kini  banyak berita tentang penamatan Abu Bakar dilaporkan sepintas lalu  dan  Timbalan Ketua Pengarah kini memangku tugas Abu Bakar.  Ini bukan jawapan yang  rakyat mahu tahu.  Rakyat mahu tahu kalau  bersalah,  apa salahnya? 

Hairan juga kenapa  Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru  berat mulut sangat untuk menyuraikan  misteri penamatan seorang  yang bertaraf Ketua Pengarah.  Apa yang payahnya  sehingga kini  KSN  masih tidak bersuara.  Bukan payah sangat pun,   kalau salah  katalah ada buat salah.

Tindakan  bodoh tidak mendedahkan  sebab penamatan itu  mendorong rakyat membuat pelbagai persepsi antaranya  adakah  Abu Bakar condong kepada pembangkang?   Ini kerana  kalau Abu Bakar melakukan kesalahan  jenayah  lain sudah tentu  dia didakwa.  Tetapi “kesalahan”  condong kepada pembangkang  tidak boleh didakwa, sebab itulah ditamatkan secara misteri.

Rakyat  pasti  bertanya di mana telusnya  kalau penamatan seorang Ketua Pengarah  sebuah jabatan penting dalam kerajaan   dibenamkan dan dibiarkan misteri.   Rakyat  pasti berfikir tentu ada “kerja kotor”  yang tidak mahu  rakyat tahu di sebalik penamatan itu.

Perkara yang mudah begini janganlah disembunyikan daripada rakyat.  Nanti akhirnya menjadi payah dan berbelit-belit kerana rakyat  bukan bodoh.  Mereka  juga boleh berfikir dan mempunyai banyak akses untuk mendapatkan maklumat. 
http://kayangdailypost.blogspot.com/2012/07/misteri-penamatan-jawatan-kp-jpa.html
PIHAK BERKUASA MELANTIK & MENAMATKAN PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM http://www.jpa.gov.my/panduan/kit_perkhidmatan_awam/Kit_Perkhidmatan.pdf

Comments

Popular posts from this blog