NABI MUHAMMAD, NABI PENGAKHIRAN ZAMAN
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
SEMOGA KITA SENTIASA MENGAMBIL PENGAJARAN DAN IKTIBAR
DENGAN APA YANG TELAH DILALUI OLEH
JUNJUNGAN BESAR KITA INI
DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI
DAN MENJADIKAN AL QURAN DAN SUNNAH
PEGANGAN HIDUP KITA
INSYALLAH
SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W
DENGAN APA YANG TELAH DILALUI OLEH
JUNJUNGAN BESAR KITA INI
DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG SEMENTARA INI
DAN MENJADIKAN AL QURAN DAN SUNNAH
PEGANGAN HIDUP KITA
INSYALLAH
SELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W
Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: Ù…Øمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah
bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu
rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat
sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan
juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:(Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Kelahiran
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya
telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal
ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim.
Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh
seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang
bernama Halimahtus Sa'adiah
di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam
tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi
ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul
Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa
saudaranya, Abu Talib.
Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing
bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya
dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak
kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat
dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh
kekufuran.
Masa remaja
Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah.
Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat
angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda
dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha
menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi
amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin
(yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada
dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Berumahtangga
Ketika
berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda
untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh
seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan
bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah
begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong
beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima
lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7
orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki
mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala
anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.
Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad
- Al-Harith bin Abdul Muthalib
- Muqawwam bin Abdul Muthalib
- Zubair bin Abdul Muthalib
- Hamzah bin Abdul Muthalib
- Al-Abbas bin Abdul Muthalib
- Abu Thalib bin Abdul Muthalib
- Abu Lahab bin Abdul Muthalib
- Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
- Hijl bin Abdul Muthalib
- Dzirar bin Abdul Muthalib
- Ghaidaq bin Abdul Muthalib
- Safiyah binti Abdul Muthalib
- 'Atikah binti Abdul Muthalib
- Arwa binti Abdul Muthalib
- Umaimah binti Abdul Muthalib
- Barrah binti Abdul Muthalib
- Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib
Kerasulan
Gua Hira'
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur
untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam,
memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian
berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril
mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu
Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya
tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk
membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
Ini merupakan wahyu
pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40
tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka
masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang
diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran
(bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas.
Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain.
Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui
percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Cabaran-cabaran
Apabila
Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar
seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya
dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam
yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada
masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan
para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit
bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat
cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam
disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar
dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah,
untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus
mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah
kepada penguasa di Makkah.
Hijrah
Di Makkah terdapat Kaabah
yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai
pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia
dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain
dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai
suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta
tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi
mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk
menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda
ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah
secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah
untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun
berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke
Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu
sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang
belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang
baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka
berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang
memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan
pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat
mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah
akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib.
Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi
peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke
daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali
dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah
kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak
berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah
akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali
sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Madinah
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat
di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya
ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya
dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun
perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam.
Orang Muslim
pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk
menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pembukaan Kota Makkah
Pada
tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad
berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di
Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban,
penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang
syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan
patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.
Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)
Ketika
Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah
tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan
khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah
terakhir Rasulullah itu ialah:
- "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
- "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
- "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
- "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
- "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
- "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
- "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
- "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/2010/02/nabi-muhammad-nabi-pengakhiran-zaman.html
Comments
Post a Comment