Naluri anak kecil
Adakah kita menyedari naluri, kehendak dan juga perasaan anak-anak kecil
kita ataupun adik-adik kecil kita? Sebagai seorang ibu, bapa, , kita
haruslah sedar dengan perasaan serta keperluan anak-anak kecil kita. Di
sini saya ingin bawa 1 kisah kepada anda semua :
Ada seorang anak kecil yang bernama F. Sekarang sudah berumur hampir 3 tahun. Ibu dan bapanya telah berpisah sejak anak kecil ini berumur hampir 1 tahun akibat tidak sefahaman dan juga disebabkan oleh jiwa mereka yang masih muda, yang masih lagi ingin bersuka ria bersama dengan rakan-rakan mereka. Sejak itu, dia tidak lagi merasai kasih serta belaian dari seorang ibu. Pada mulanya ada juga ibunya menjaga anak kecil ini. Namun tidak lama selepas itu, ibunya tidak lagi menjaganya.

Dirinya tidak lagi
diambil berat. Setelah itu ibunya jarang menjenguk dirinya. Jika ibunya
menjenguk pun hanya sebentar saja. Jika ibunya datang untuk mengambil
dan menjaganya pun, hanyalah selama 2 hari atau paling lama pun 1
minggu. Dia tinggal bersama dengan ayah dan juga neneknya. Kini dia
tidak lagi mengenali ibunya sendiri. Jika dia bertemu dengan ibunya, dan
ibunya cuba bermesra dengannya, dia akan terus menangis dan tidak mahu
mendekati ibunya sendiri. Sampai ibu sendiri tidak dikenalinya. Jika
dilihat pada matanya, kita akan dapat melihat kebeningan serta kesedihan
yang ditanggungnya. Matanya itu menggambarkan pelbagai cerita serta
kesedihan yang ditanggungnya.
Sedih jika sesiapa yang melihat anak kecil
ini. Sehingga kini masih lagi tidak dapat bertutur. Dia tidak dapat
meluahkan kata-katanya sendiri, sama ada merindui atau mengingati
ibunya. Kini dia mampu hidup berdikari sendiri.
Daripada cerita ini, dapat saya simpulkan kita sebagai ibu bapa fikirkanlah keperluan anak-anak.Jangan lah diabaikan anak yang masih kecil. Mereka tidak tahu apa2.Janganlah kita merosakkan perasaan serta kehidupan anak kecil. Lengkapkanlah diri kita semua dengan ilmu rumah tangga, ilmu menjaga dan mendidik anak-anak dan juga ilmu agama dalam melayari rumah tangga agar anak-anak tidak terabai.

Berikanlah perhatian kepada anak-anak kita
kerana anak-anak sememangnya inginkan perhatian yang lebih daripada ibu
bapa. Anak-anak kecil juga mempunya jiwa yang sangat halus. Oleh itu
fikir-fikirkanlah apa yang perlu dilakukan oleh kita semua.
http://muallimah86.blogspot.com
Comments
Post a Comment