Nisfu Sya’ban:Amalan yang bukan Amalan
Maaf
kerana artikel ini lambat dipost tapi saya merasakan artikel ini sangat
berguna buat pembaca-pembaca sekalian,walaupun bukan untuk nisfu
sya’ban kali ini tapi untuk pada kali-kali yang mendatang.Pabila tiba 15
Sya’ban,orang melayu khususnya akan membuat bacaan Surah Yasin sebanyak 3 kali
dan akan memanjat doa untuk dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan
diselamatkan di dunia dan di akhirat.Semasa di sekolah menengah rendah
dahulu, senior yang mengepalai bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya’ban itu
memulakan bacaan dengan sedikit pesanan,katanya, “sebenarnya tiada
hadis yang menyuruh kita baca Yasin 3 kali semasa malam nisfu
sya’ban,cuma sudah jadi adat orang melayu membacanya dan disebabkan
perkara ini perkara baik,maka kita ikuti.Cuma perlu ingat bahawa tiada
sebarang hadis yang menyeru kita membaca Yasin di malam Nisfu Sya’ban.”
Ketika itu,saya masih kecil dan tidak
tahu apa-apa tentang ini.Tambahan pula,inilah pertama kali saya
mendengar perkataan Nisfu Sya’ban.Maka, saya mengkaji perkara ini
daripada beberapa laman web dan alhamdulillah,saya dapati satu
kesimpulan yang berselari dengan setiap laman web yang saya kaji.
Konklusinya, semua hadis tentang
kelebihan dan amalan-amalan khas Nisfu Sya’ban direka-reka dan
disandarkan kepada Rasulullah.Tiada sebarang hadis yang khusus
tentangnya,kalau ada pun,hadis itu hanya berstatus Hassan.
Mengikut Ulama’ sekarang,Prof.Yusof Al-Qardhawi, “‘Tentang malam Nisfu Syaaban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih
yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi
sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan
mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam
Nisfu Syaaban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di
martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi
s.a.w. hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut
sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh
sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah
doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah
salah.Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas
solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya”. (Al-Qardhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
Jadi jelas kepada kita bahawa bacaan Yasin pada malam Nisfu Sya’ban tidak bertepatan dengan Islam.Namun,jika
kita membaca kerana ingin menghidupkan malam kita,maksud saya,seperti
malam-malam kebiasaan dan tidak berfokus kerana malam itu malam Nisfu
Sya’ban,dibenarkan. Seperti kata-kata Al-Qardhawi dalam fatwanya, “‘Di
dalam kaedah syarak, tidak dibolehkan untuk menentukan sesuatu hari khusus untuk berpuasa atau sesuatu malam yang tertentu untuk dihidupkan dengan ibadah
tanpa bersandarkan kepada nas syarak kerana sesungguhnya urusan ibadah
ini bukanlah urusan yang sesiapa pun berhak menentukannya, tetapi ia
adalah hak Allah semata-mata.”
Kenapa timbul bacaan Yasin 3 kali?Maaf,saya telah usaha mencarinya namun tidak jumpa.
Bagaimana pula dengan Puasa Sunat Nisfu Sya’ban?
Seperti fatwa yang dikeluarkan oleh
Al-Qardhawi di atas,jika anda niat puasa esok itu kerana esok Nisfu
Sya’ban,maka puasa anda itu tidak sah di sisi syarak tapi kalau anda
puasa esok itu kerana ingin memperbanyakkan ibadah di bulan
Sya’ban,dibenarkan.Seperti kata-kata Al-Qardhawi di atas, kita tidak
boleh menentukan hari yang khusus untuk berpuasa,jadi amalan puasa sunat
Nisfu Sya’ban adalah amalan yang bercanggah dengan syarak. Tambahan
pula,tiada satu pun hadis yang sahih didapati tentang puasa sunat Nisfu
Sya’ban.Cuma,diingatkan bahawa tidak salah untuk puasa di bulan Sya’ban
dengan niat untuk memperbanyakkan amalan di bulan Sya’ban kerana
Rasulullah sendiri menyeru umatnya berpuasa di bulan Rejab dan Sya’ban.
Mengapa boleh timbul puasa sunat Nisfu Sya’ban?
Daripada satu hadis yang menyatakan
Rasulullah ada berkata, “aku suka ditutup buku ku dalam keadaan aku
berpuasa.”Maka daripada hadis ini timbullah puasa sunat Nisfu
Sya’ban.Namun,sumber hadis ini tidak diketahui daripada mana.
Dipercayai fadhilat-fadhilat Nisfu
Sya’ban ini timbul dengan satu tujuan sahaja iaitu mengajak kita semua
untuk beramal lebih pada malam Nisfu Sya’ban. Mana tidaknya,cuba
perhatikan Mat Rempit yang bermaharaja lela di atas jalan raya pun turun
ke surau membaca Yasin 3 kali, meminta nyawa mereka dipanjangkan pada
malam Nisfu Sya’ban.Inilah kebaikannya.Keburukannya apabila
fahaman-fahaman bahawa Rasulullah ada mengistimewakan malam Nisfu
Sya’ban ini timbul dan terus turun ke generasi bawahan yang mana lebih
tepat,menjadi tradisi dan bukan lagi agama. Ketahuilah bahawa soal
pahala,dosa,syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah,hatta Rasulullah
sendiri tidak boleh menjanjikan apa-apa kepada para sahabat sehingga
diberitahu Allah,inikan pula kita insan yang dhaif.
Hentikan sebarang penyebaran fadhilat Nisfu Sya’ban,ingatlah hadis sahih Rasulullah yang berbunyi, “sesiapa yang melakukan pembohongan terhadap ku,bersedialah ke neraka.“Maksud
pembohongan kepada Rasulullah ialah menyampaikan apa-apa yang tidak
disampaikan oleh Rasulullah tetapi menyandarkan ia kepada Rasulullah.
Tetapi, sekali lagi saya
ingatkan,jangan hentikan amalan-amalan baik yang sedang anda lakukan
cuma perbetulkan niat kita supaya apa yang kita buat bertepatan dengan
kaedah Rasulullah.Ingat,tiada amalan yang akan diterima oleh Allah
melainkan amalan yang dilakukan seperti amalan Rasulullah.
http://azzariyat.com/2009/08/06/nisfu-syabanamalan-yang-bukan-amalan/
Penjelasan yang lebih lanjut,sila baca daripada sumber-sumber di bawah:
Comments
Post a Comment