TEKS UCAPAN
Y.BHG. TUAN MD YAHAYA BIN BASIMIN
SETIAUSAHA PERSEKUTUAN NEGERI SARAWAK
SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN
AGENSI-AGENSI PERSEKUTUAN BIL. 6/2010 NEGERI SARAWAK
BERTEMPAT DI AUDITORIUM, TINGKAT 17, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR,
JALAN SIMPANG TIGA, KUCHING
PADA 10 OGOS 2010 @ 0800 HRS

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh, Salam Sejahtera, SalamKegemilangan Dan Salam Satu Malaysia.
Y.Brs. Saudara Pengacara Majlis,
Y.Bhg. Dato Kamal bin Husin, Pegawai Pembangunan Negeri Sarawak
Y.Bhg. Encik Norman anak Peter,Pengarah Jabatan Ketua PengarahTanah dan Galian Sarawak,
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah,taufik dan hidayahNya jua, dapat kita bersua sekali lagi di MajlisPerhimpunan Bulanan Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Sarawak Bil.7/2010 pada pagi yang barakah ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan merakamkanjutaan terima kasih kepada tuan rumah majlis kali ini, iaitu PejabatPembangunan Negeri Sarawak dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah danGalian Negeri Sarawak, pegawai-pegawai dan kakitangan mereka ataskomitmen yang tinggi bagi menjayakan perhimpunan bulanan pada pagi ini. Antara tujuan utama perhimpunan bulanan ini adalah bagi memupukdan menjalinkan kerjasama yang erat di kalangan jabatan dan agensiPersekutuan. Di samping itu ia juga meningkatkan interaksi yang berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif sebagai prasyarat
untuk menjadikan jabatan/agensi Persekutuan yang lebih berkualiti.

Networking and interdependency
Jabatan Kerajaan Persekutuan hendaklah sentiasa meningkatkan jalinan rangkaian (networking) dan kebergantungan (interdependency) di antara satu sama lain dan sentiasa mengamalkan perkongsian ilmu dan maklumat (knowledge and data sharing). Tanggungjawab untuk mencapai status sebuah negara maju dan berdaya saing terletak di bahu kita semua. Contohnya, cara kita menyelesaikan masalah, menangani isu-isu dalaman organisasi, menangani masalah pasaran global yang luas dan meletakkan diri kita dalam pelbagai peranan yang akan menentukan kejayaan.
Sustainable competitive advantage
Keakraban dan kesefahaman dalam melaksanakan tugas akan menzahirkan kepantasan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan selanjutnya lebih-lebih lagi dalam kancah ’medan peperangan’untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menentukan kemakmurannegara. Kita tidak boleh membenarkan mentaliti ”silo” untuk menganggu dan menyekat langkah-langkah untuk mara ke depan bersama-sama untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Sarawak. Selain itu mempamerkan imej diri seperti seorang yang hebat, jujur, kuat dan berintegriti tinggi akan dapat menghambat kepercayaan rakyat terhadap pegawai kerajaan dan kerajaan itu sendiri. Secara logiknya, penjawat awam bergantung kepada sumbangan mereka terhadap organisasi seterusnya kepercayaan masyarakat kepada kita. Semakin banyak sumbangan kita kepada jabatan maka penjawat awam menjadi aset kepada organisasi. Malaysia memerlukan penjawat awam yang mampu menghurai dan menterjemahkan sustainable competitive advantage untuk menentukan daya saing negara.
Transformasi Mindset
Transformasi minda adalah asas utama kepada kemajuan dan pembangunan negara. Kekuatan sesebuah ekonomi dan keperkasaan negara secara global bergantung kepada mindset kerana untuk menjadi negara yang kaya raya kita memerlukan sekutu (allies), pengkritik dan jugara kan-rakan (friends). Pengkritik tidak kira seteruk mana mereka mengkritik menunjukkan mereka ’peduli’ (care) tentang kita, apa yang dibuat dan hasrat ke mana kita akan memacu hala tuju negara kita. Sehubungan dengan itu, sekiranya dikritik jangan terus melatah, kita perlu lebih banyak mendengar, kurang bercakap dan lebihkan tindakan kita.
Kritikan itu kadangkala suatu maklumbalas murahan dan sebenarnya adalah kritikan membina yang jika diambil tindakan akan banyak membantu kitauntuk meningkatkan organisasi.
Meritokrasi Dan Penyampaian Hasil
Fakta utama daya saing negara adalah tidak mengira keistimewaan bangsa’blind to birth right’, jantina dan warna kulit. Daya saing ini hanya dapat mentafsirkan meritokrasi dan penyampaian hasil. Persaingan menuntut kepada maruah, integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban. Jika nilai nilai murni ini dijadikan keutamaan dalam sesebuah organisasi, maka lambat laun ia akan menjadi nilai teras masyarakat dalam usaha untuk memartabatkan negara.
Singapura dan Hong Kong adalah negara yang tidak mempunyai bahan mentah tetapi mempunyai modal insan yang berkualiti tinggi. Singapura dan Hong Kong telah muncul sebagai negara yang berdaya saing tinggi mengalahkan Amerika Syarikat. Sementara Sweden mempunyai ekonomi yang paling kompetitif dalam kumpulan European Union, perkara utama yang menyebabkan mereka kompetitif adalah kerana mereka merupakan negara yang berfikiran inovatif dan agresif dalam penggunaan teknologi terkini. Malah, mereka telah membudayakan R&D sebagai cara hidup yang
bersesuaian seiring dengan usaha kerajaan untuk memenuhi kehendak ekonomi tempatan dan keperluan segera di peringkat global (global imperative). Dalam erti kata lain, mereka telah merapatkan jurang di antara agenda sektor awam dan swasta dalam memenuhi keperluan masyarakat dan negara amnya. 

Kepelbagaian mendukung satu cita-cita
Negara kita mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan kepercayaan yang menjadikannya satu keunikan untuk Malaysia. Walaupun demikian, keunikan ini perlu diserlahkan untuk manfaat bersama. Kita perlu mendukung nilai-nilai gunasama, etika dan dasar kemanusiaan yang dapat membawa kepada keamanan, keadilan dengan maruah dan martabat yang tinggi dikalangan penjawat awam dan masyarakat. Sebagai individu, kita mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza namun perbezaan ini seharusnya tidak menjadi penghalang untuk kita kerjasama dan membuktikan kesetiaan kepada negara.
Menjangkau batasan
Nilai-nilai murni dan jati diri yang menjangkau perbezaan antara kita yang dapat diolah dalam nada muzik universal akhirnya menghuraikan kesamaan dan kekitaan (similarities and likeness) untuk membolehkan kita mencapai dan memahami di antara kita. Dalam pada itu, kita perlu sedar bahawa dalam dunia global, keadaan sekeliling yang sentiasa dinamik, memerlukan ketangkasan, kepantasan untuk mengadaptasi, mengubah dan menyesuaikan diri. Kita perlu keluar daripada zon keselesaan dan
hendaklah sentiasa cuba untuk pergi menjangkau lebih daripada sasaran yang telah ditetapkan. Untuk menjadi kuat dan berdaya saing, kita perlu berwaspada agar tidak terlepas peluang dalam mempertingkatkan keupayaan kita. Sebagai satu negara bangsa di alaf ICT, kita mesti memegang slogan ”live and let live” berdasarkan konsep kolektif ”together we do it” dan keperkasaan (greatness) sesebuah negara adalah tanggungjawab kita bersama (collective responsibilities). Sesebuah masyarakat yang mempunyai harga diri yang tinggi adalah sebuah masyarakat yang terlibat dalam masalah, kental menghadapi keperitan dan tragedi-tragedi serta sedar akan asas kepada perjuangan (causes we are fighting for) dan masih mampu bangkit berdiri untuk memenuhi aspirasi sebuah negara maju.
Menentukan Penanda Aras Yang Baru
Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan bahan mentah dan berpotensi membangun dengan lebih pesat. Jangan sekali-kali terlintas dalam fikiran kita bahawa kita telah mencapai sasaran. Jika kita berfikirans edemikian, maka kita telah menyemai benih sombong, bongkak dan ego dan dalam  asa yang sama komplesansi akan meresap dijiwa dan menjadi cara hidup kita. Sepatutnya kita perlu memikirkan apakah penanda-penanda aras atau parameters yang baru yang harus dicapai .
Dalam masa yang sama, kita perlu sentiasa bersiap siaga dan sepatutnya memikirkan bagaimana kita akan membantu dan menyokong sektor swasta yang menjadi enjin baru pertumbuhan negara (new engine of growth), membasmi rasuah, tatasusila dan tatakelakuan serta budaya yang buruk, vandalisma dan pembuangan bayi yang berleluasa dalam masyarakat. Kita perlu berpegang kepada nilai yang baik seperti mengasuh, mendidik dan memelihara kebajikan keluarga, seterusnya masyarakat dan negara.
Sikap kita terhadap kerja dan kehidupan menentukan sejauh mana kita boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Kesemua ini akan mentafsir apakah usaha kita untuk mewujudkan benchmark atau parameter baru yang akan kita tempuhi supaya kita boleh maju ke hadapan .
Memikir dan Mengejar alternatif baru
Sebagai sebuah masyarakat kita perlu ada kerendahan hati, kesediaan untuk mencari, mengejar alternatif-alternatif di peringkat mikro, iaitu kita perlu selalu bertanya apa lagi yang perlu dibuat dan diubah?, pernahkah kita melalui jalan ini ataupun kita mengambil jalan yang kurang dilalui (the road less travelled). Sementara, di peringkat makro pula, bagaimana kita hendak meningkatkan sistem pembelajaran, menambahkan perdagangan kita, meningkatkan output pertanian negara dan industri kecil dan sederhana, menghapuskan kemiskinan, kekurangan, dan mendekatkan jurang pendapatan ( income disparity)dalam masyarakat, meningkatkan standard kehidupan, meningkatkan perasaan kekitaan ( sense of belonging) dan keamanan masyarakat serta negara khususnya. Penjawat awam perlu meningkatkan daya pemikiran strategik. Sentiasa memikirkan seuatu perkara yang mustahil supaya dapat menajamkan daya pemikiran baru kerana apa yang ada pada hari ini adalah yang di rasakan yang mustahil pada suatu ketika dahulu.

Para Hadirin Sekalian,
Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan
Pencapaian SKT sesebuah organisasi itu memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai ”state of affairs” jabatan. Masa telah berlalu dengan begitu pantas sekali, dengan tanpa disedari kita telah melepasi lebih setengah tahun dan mempunyai 4 bulan lagi untuk bertindak bagi menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai. Elok kita menyingkap kembali sejauh manakah sasaran kerja yang kita telah capai dalam tempoh 7 bulan yang lalu.
Adakah Key Performance Indicator (KPI) kita telah mencapai SKT setakat 7 bulan yang lalu atau tidak. Pernahkah kajian separuh tahun dibuat? Jika jawapannya tidak maka adalah wajar bagi kita mengkaji semula SKT kita itu. Sebagai ketua jabatan adakah kita telah berjaya menyumbang kapada NKRA negara? Sehubungan itu eloklah kita melihat semula perancangan yang telah dibuat dipadankan dengan kemajuan fizikal yang telah dicapai. Untuk mengetahui dengan lebih dekat dan teliti SKT kita itu perlu dibuat postmortem untuk mengetahui masalah atau isu terlibat yang menjadi penghalang kepada kemajuan program/projek itu.
Di bawah pentadbiran YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, KPI telah dijadikan sebagai tanda aras untuk mengukur danmenilai Pencapaian Anggota Pentadbiran Dan Penjawat Awam. Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang mana prestasi perkhidmatan awam, didasarkan kepada KPI Jabatan. Jika terdapat Jabatan yang telah memenuhi KPI tahun ini saya mengucapkan tahniah dan syabas. Bagi mereka yang belum memenuhinya, eloklah melaksanakan tugas dengan lebih pantas kerana tuan-tuan hanya mempunyai 4 bulan lagi untuk mencapainya.
Memperkasakan ICT
Pelbagai inisiatif kerajaan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui ICT. Ia sepatutnya dilihat dari sudut pelbagai aspek kegunaan aplikasi, e-billing, e-procument, e-syariah, HRMIS untuk pengurusan sumber manusia, e-tanah dan lain-lain. Inisiatif lain menjangkausemua sektor ekonomi, sosial, infra. keselamatan dan perhubungan luar. Intipati inisiatif ini adalah supaya perkhidmatan kerajaan senang di didapati accessible andmobile. Penggunaan e-mail amat digalakkan. Pejabat SUPS bercadang untuk tidak lagi mengeluarkan surat kepada semua ketua jabatan secara hard copy. Cek e-mail kalian dan jawab secara email juga.

Justeru itu untuk memenuhi dan menghadapi cabaran kita mesti meningkatkan kebolehan kita ’abreast’ dengan kemajuan teknologi, ICT mahupun ilmu-ilmu teknikal yang lain walaupun kebanyakan daripada diantara kita di sini adalah generalist. Ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu kewangan, pembangunan, sumber manusia, keselamatan, perhubungan luar dan sebagainya. Perlu juga kita tahu supaya dalam urusan tindakan kita perkara-perkara ini kita sematkan supaya kita tidak tersasar jauh daripada keperluan perkhidmatan awam. Kemahiran dalam bidang ICT sekarang ini tidak lagi satu kecanggihan tetapi ianya satu keperluan untuk penjawat awam melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap. Sebab itulah timbul pelbagai istilah seperti retooling, reskilling, bagi membolehkan pegawai veteran dapat meningkatkan diri mereka dan memastikan masih boleh melaksanakan tugas-tugas dengan cepat tanpa perlu terlalu bergantung dengan staf sokongan.
Menangani perubahan
Change we must, otherwise we will be facing dinosour syndrome slowly extinct away. Dalam menangani perubahan ini pegawai kerajaan perlu meningkatkan diri mereka supaya dapat menyumbang untuk pembangunan negara dengan lebih berkesan. Untuk kekal releven mereka mesti menjadi extraordinary and unusual. Kemahiran pegawai awam dalam pelbagai tugas menjadikan ia satu aset kepada organisasi dan menjadi indenpensible kepada jabatan. Dengan itu, pegawai awam perlu mempelajari banyak perkara baru supaya mereka dapat digemblengkan menjadi lebih kompetitif.
Malah program cross fertilization timbul kerana hasrat untuk memperkasakan pegawai awam. Melalui program ini, penjawat awam dapat menimba ilmu dari pelbagai aspek perkhidmatan samada dalaman atau swasta. Program seumpama ini bukanlah perkara baru. Pada tahun 80-an terdapat juga pegawai kanan yang ditempatkan di syarikat swasta yang popular pada masa itu seperti Hicom, Motorola dan sebagainya. Ini adalah bagi membolehkan mereka mempelajari selok belok urusan pentadbiran di syarikat swasta selama 6 bulan. Program tersebut pada masa ini dilaksanakan melalui dua cara iaitu pegawai awam diletakkan di Government Link Companies (GLC) dan pegawai GLC diletakkan dibeberapa jabatan kerajaan sebagai contoh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), JPM. Pengalaman pegawai di GLC ini akan digunapakai apabila mereka balik ke perkhidmatan awam. Pegawai-pegawai GLC yang berminat juga dapat diserapkan terus ke perkhidmatan awam jika mereka didapati berkualiti tinggi dan menjadi aset kepada perkhidmatan awam. Ini merupakan multi-entry kepada perkhidmatan awam dan jika tuan-tuan tidak meningkatkan prestasi diri maka, mereka akan menjadi opponent dan dapat menjejaskan peluang kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan awam. Justeru, kita hendaklah sentiasa berubah, meningkatkan kemahiran, ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang supaya dapat menggunakan teknologi terkini ”State of art technology” dan dengan pembelajaran berterusan (life long learning) sewajarnya supaya sentiasa relevan.
Peningkatan Expektasi Rakyat
Dalam trend global seperti peningkatan expektasi rakyat keatas mutu dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan, kekangan peruntukan (budgetary constraints), persaingan global untuk mendapat pelaburan luar negara (global competitiveness for investments) program tranformasi sektor awam dan perubahan demografi (changing demographics pattern) telah mengubah persekitaran dimana sektor awam beroperasi. Zaman ini penuh dengan cabaran dan perubahan. Kita tiada pilihan lain untuk memastikan kita berada di hadapan keluk perubahan. Oleh itu kita perlu menerajui perubahan demi untuk kekal di hadapan. Jika peluang seperti ini tidak direbut, lambat laun kita akan tercicir akibat arus perubahan tersebut.
Kejayaan daya saing negara
Sekali lagi saya menyatakan bahawa kejayaan Malaysia untuk menduduki tempat ke sepuluh dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia yang dikeluarkan oleh IMD World Competitiveness Yearbook 2010 dan Malaysia satu-satunya negara Dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) adalah merupakan usaha yang perlu diteruskan. Tindakkan penambahbaikkan dan pembaharuan untuk mempertingkatkan lagi kecekapan kerajaan, ”ease of doing bussiness” dan lain-lain perlu dilipatgandakan bagi mengekalkan prestasi negara di hadapan negara negara lain.
Para hadirin sekalian.
Cabaran untuk memenuhi kehendak pengguna
Cabaran yang kita hadapi adalah untuk menjangkau jurang kehendak pelanggan yang pelbagai peringkat usia. Cabaran kita untuk memahami kehendak mereka (how we bridge the island of rapidly changing customer demography, and how we understand their needs?) Macamana kita dapat menggunakan teknologi secara mudah dan manfaat dalam masa yang sama licik dan canggih dalam penyampaian perkhidmatan. Kadangkala kita berhasrat untuk memudahkan dan mementingkan kecanggihan tetapi kita terjebak dalam keadaan yang menyusahkan pelanggan dan menyebabkan mereka marah. Justeru, berhati-hatilah tuan-tuan dan puan puan supaya tidak terjebak dalam keadaan sedemikian. Perlu ditegaskan disini bahawa kita semua adalah bertanggungjawab untuk penambahbaikan.
Kita semua adalah merupakan Chief Information Officer yang bertanggungjawab untuk memajukan penggunaan teknologi. Saya percaya bahawa kita semua yang terdiri daripada pegawai rendah hinggalah keperingkat ketua jabatan dapat melaksanakan perubahan kemajuan itu. Peranan untuk penambahbaikan dan memajukan mestilah menjadi pendorong kepada semua sebagai bahtera yang sepatutnya memenangi peperangan tapi kita kalah disebabkan akibat peperangan (running the ship full of winning battles and losing the war casualties).
Berinteraksi secara berkesan dengan rakyat
Kerajaan menekankan supaya penjawat awam dapat berkomunikasi dan berinterakasi dengan rakyat secara berkesan. Program bersama rakyat seperti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Sarawak iaitu Sejiwa Senada telah dilaksanakan di Bahagian Sibu, Bintulu, betong dan Sarikei dan program ini akan dilaksanakan di semua bahagian di negeri Sarawak sehingga awal 2011 nanti. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Ketua-ketua jabatan adalah dipohon untuk memberikan komitmen mengadakan booth pameran dan menyediakan maklumat untuk dipamerkan seperti fungsi dan tanggungjawab jabatan dan agensi kerajaan di samping memberikan
penerangan kepada rakyat yang berkunjung ke booth pameran.
Para hadirin sekalian, janganlah ditinggalkan booth pameran tanpa ada orang yang mengendalikannya. Jika kita berbuat demikian, ini menunjukkan bahawa kita tidak komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Jadual perlaksanaan program sejiwa senada telah diberikan oleh kerajaan negeri. Sila rujuk kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia Kualiti (HRDQ) Pejabat Ketua Menteri mengenai maklumat lanjut program ini. Seterusnya, ketua-ketua jabatan hendaklah mengambil inisiatif untuksama-sama menjayakan program tersebut. Saya mohon kepada semua Jabatan Persekutuan agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan menjadi jabatan yang unggul.
Para hadirin Sekalian,
Memperkasakan Hubungan Di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Pada Perhimpunan Sempena Hari Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2009 yang lalu, saya pernah berpesan pada para hadirin sekalian "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”, dan sekali lagi saya menegaskan di sini bahawa kita hendaklah sentiasa menjulang perhubungan yang baik antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Jika dalam proses melaksanakan tugas-tugas terdapat sedikit ketidakserasian ataupun salah faham saya menasihatkan supaya dibawa ke meja rundingan. Sama-sama kita fikirkan apakah tindakan bijak yang perlu diambil supaya mencapai satu keputusan yang dapat diterima bersama ataupun dinamakan sebagai win win situation. Ingatlah bahawa tujuan kita adalah untuk mengharmonikan dan meningkatkan perhubungan yang baik di antara kerajaan agar kita dapat sama-sama mendapat manfaat daripada situasi yang muhibbah dan dapat membawa kepada kecemerlangan perkhidmatan dan kegemilangan negara Malaysia.
Saya tidak mahu mendengar lagi rungutan bahawa agensi persekutuan tutup ’booth’ sebelum jam 10.00 malam pada Pameran Sejiwa Senada diBetong. Baru-baru ini terdapat beberapa jabatan/agensi persekutuan yang berbuat demikian dan nama-nama jabatan tersebut telah dicatit oleh pegawai saya yang sama-sama menyertai pameran. Tunjukkanlah contoh yang baik bagi menjaga imej jabatan persekutuan. Saya tidak mahu mendengar rungutan bahawa ada jabatan atau agensi persekutuan yang tidak memberikan kerjasama atau tidak hadir mesyuarat, booth pameran
tidak dipedulikan, tutup awal dan sebagainya. Saya percaya kita boleh melaksanakan tugas-tugas dengan penuh dedikasi. Ketua jabatan sekalian juga dipohon untuk memberi dan melihat kebajikan anak buah yang terlibat dalam urusan Pameran Sejiwa Senada. Berkemungkinan mereka kurang selesa, maka bantulah dengan apa jua bantuan untuk keselesaan mereka.
Program Sejiwa Senada ini akan berakhir dalam bulan Januari 2011 nanti. Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan, Perhimpunan pada pagi ini amat istimewa sekali kerana dilangsungkan dalam bulan kemerdekaan yang bertemakan ”1 malaysia menjana transformasi”. Sesungguhnya kita amat bertuah dilahirkan di bumi keramat ini kerana pada waktu ini, masih ada lagi negara-negara lain di dunia yang berjuang untuk kemerdekaan, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 dalam tempoh lebih kurang tiga minggu sahaja lagi.
Sambutan minggu kemerdekaan pada tahun ini juga telah mencipta
sejarahnya yang tersendiri apabila tarikh 16 september secara rasminya telah diangkat untuk dijadikan cuti umum di seluruh negara buat pertama kalinya. Tindakan tersebut secara tidak langsung telah mengimbas kembali sejarah penubuhan malaysia pada 47 tahun yang lalu apabila para pemimpin persekutuan tanah melayu, sabah dan sarawak telah bersepakat untuk membentuk sebuah negara persekutuan yang baru.
Pengisytiharan tarikh tersebut sebagai cuti umum di seluruh negara telah menandakan satu era baru dalam mengangkat dan mengiktiraf peranan negeri sarawak dan sabah dalam pembentukan negara kita hingga ke hari ini. Penetapan tarikh 16 september sebagai cuti umum juga dilihat selari dengan aspirasi penduduk di malaysia timur yang mahu melihat tarikh tersebut diraikan dan dikenang oleh semua rakyat negara kita.

Era tuntutan kemerdekaan daripada penjajah telahpun berlalu hasil
daripada usaha perih dan gigih generasi terdahulu yang telah sanggup berkorban masa, harta mahupun nyawa dalam memastikan kita semua pada hari ini mengecap nikmat kebebasan yang mungkin tidak sempat untuk dikecapi oleh mereka.
Walaubagaimana pun, kita tidak harus leka dengan keadaan ini kerana kitasemua harus sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang besarterhadap generasi akan datang untuk mempertahankan kemerdekaanpada hari ini di samping membangunkan negara kita untuk menjadi sebuahnegara maju menjelang tahun 2020. Usaha untuk mengekalkan kemerdekaan sebenarnya adalah lebih sukardaripada menuntut kemerdekaan. Arus globalisasi yang bergerak pantasdewasa ini telah memungkinkan penjajahan dibuat dalam pendekatanbaru, iaitu sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.
Sebagai penjawat awam, erti kemerdekaan dalam era masa kini harusditerjemahkan melalui amalan-amalan dalam perkhidmatan awam. Kitaseharusnya lebih progresif dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaanyang telah dicapai. Semua penjawat awam khususnya ketua-ketuajabatan, yang menjadi pemangkin perubahan, perlu keluar daripada zonselesa seterusnya menjana idea-idea kreatif dan praktikal dalam usahamempertingkatkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan.
Justeru itu, kemerdekaan dalam konteks perkhidmatan awam termasukmembudayakan amalan inovasi dalam perkhidmatan awam. Pada masakini, persekitaran yang semakin mencabar dan kompleks berikutanperubahan sosial dan ekonomi dunia telah menuntut sistem  penyampaianperkhidmatan yang lebih inovatif dalam menghasilkan perkhidmatan yangdapat memenuhi ekspektasi serta melangkau kehendak pelanggan dan stakeholder.
Sebelum Mengundur Diri, Saya Ingin Mengucapkan Terima Kasih kepadajabatan-jabatan yang terlibat dengan Pameran Sejiwa Senada yang telahdiadakan di Sibu, Bintulu, Betong dan baru-baru ini di Sarikei. Syabas kepadatuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dalam pameran tersebut dankepada pegawai serta kakitangan yang beragama islam saya inginmengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan danSelamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri di bulan Syawal.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalammu’alaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog