Pengalaman Pencuri Kafan &7 Jenis Mayat
Pengalaman
Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik | Terdapat seorang pemuda yang
kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu
hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w.
t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu
dan ingin sekali bertaubat.”
"YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku
lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w. t. menghinakan
mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi
membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah
tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah
mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya,
wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan
yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya
solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,
maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa
sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya
terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada
perutnya itu.”
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
"Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar
menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai
tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.
w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu
bapanya.”
"Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat
panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi
dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan
tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w.
pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah
tersebut.
"Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur
itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam
yang amat busuk baunya,”
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
"Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu
hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di
sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas
setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua’lam..
Comments
Post a Comment