- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, July 18, 2012






Perubatan Islam - Cara Rawatan Jin Ifrit, Saka dan Jin Qarin - Ustaz Khalifah Sari Safar




Cara-cara mengeluarkan jin ifrit, jin saka dan jin qarin dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan Doa-doa mustajab Rasulullah (Ruqyah Asy Syar'iyyah). Pada hakikatnya, rawatan mengeluarkan jin ifrit dan jin saka daripada tubuh manusia adalah lebih mudah berbanding mengeluarkan jin qarin itu sendiri. Jin ifrit dan jin saka jika dibacakan ayat-ayat suci al-Quran akan meraung-raung kepanasan atau musnah. Namun jin qarin jika diperdengarkan atau dibacakan ayat-ayat al-Quran seolah-olah tidak memberikan apa-apa tindak balas bahkan mengikuti bacaan tadi walau pun tidak sempurna secara bersenda. Situasi ini sering berlaku kepada pesakit yang kritikal. 

Sebenarnya, inilah tipu muslihat iblis dan syaitan supaya perawat hilang keyakinan diri atau putus asa apabila berhadapan dengan mereka. Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. ( Riwayat Ahmad dan Muslim serta Baihaqi ) setiap bani Adam yang dilahirkan akan didampingi jin qarin kafir yang jahat. Tugasnya hanyalah untuk menggangu dan menyesatkan aqidah manusia. Pada kebiasaannya, jin qarin berada di luar jasad manusia sebelah kiri. Namun dalam situasi tertentu jin qarin dapat memegang atau memasuki tubuh manusia atas kelemahan manusia itu sendiri. Syaitan atau jin qarin ini dapat bergerak di dalam jasad manusia menerusi saluran darah ( Shahih Bukhari ). 

Kesan langsungnya, pesakit akan menghadapi perasaan was-was dan lupa yang teramat kuat terutamanya ketika mendirikan solat. Malas melakukan ibadah dan perasaan tidak menentu. Kadang-kadang pesakit mendapat gangguan jin qarin dengan terdengar suara-suara bisikan kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua yang mencaci maki supaya tidak taat perintah Allah S.W.T. Untuk mengeluarkan jin qarin daripada jasad manusia memerlukan gabungan padu kekuatan fizikal dan kemantapan rohani perawat. Pada hakikatnya, jin qarin dapat ditundukkan dan dilemahkan dengan memperbanyak zikir kepada Allah S.W.T. terutamanya kalimah istighfar dan dua kalimah syahadah.

Jin qarin tidak dapat dimusnahkan dan akan mendampingi manusia sehingga saat manusia itu menemui ajal. Manakala saka ada tiga kelompok : saka kelompok pertama saka yang dibela oleh orang dulu-dulu atas tujuan menjaga diri atau hal-hal lainnya lalu menganggu keturunannya dan saka kelompok yang ke dua ialah saka yang dihantar / sihir oleh bomoh hitam kepada nenek moyang kita dulu yang hingga kini masih berdendam 7 keturunan dan yang ke tiga kelompok saka tidak bertuan / saka yang kematian penjaganya masih gentayangan. Wallahu'alam.

Ustaz Khalifah Sari Safar
Guru Utama,
Pusat Rawatan Narha Putih Asma'ul 'Azim
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
h/p 019-5300003 begin_of_the_skype_highlighting 019-5300003 end_of_the_skype_highlighting

1
2

No comments:

Post a Comment