Berkhatan Cepat Sembuh

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.

Kejang Perut


Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.

Penawar Kencing Manis


Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
 Mengelakkan Barah
- Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
- Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
- Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.- Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
- Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
- Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
- Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
- Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
- Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
- Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
 MENGHILANGKAN BAU PETAI
Petai enak dimakan namun paling tidak tahan ialah baunya. Ambil sedikit beras dan kunyahkan. Bau akan hilang..SELAMAT MENCUBA..

Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur..SELAMAT MENCUBA..

LETAK IKLAN ANDA DI SINI (Hubungi kami - Percuma !! )


KUKU BERKILAT DAN CANTIK

Selain menggunakan bawang putih untuk menggembalikan kecantikan kuku, dapatkan sedikit arang kayu dan hancurkannya kepada bentuk serbuk. Tekapkan serbuk arang kayu di atas telapak tangan kiri, geselkan kuku tangan kanan pada telapak tangan kiri dengan perlahan-lahan. Anda juga boleh sapukan ubat gigi diatas kuku dan biarkan ia kering. Kemudian ambil kain lembut dan bersihkan secara perlahan-lahan..SELAMAT MENCUBA..
 BAWANG RAWAT RESDUNG
Ramai yang menghadapi masalah resdung.Antara cara yang boleh digunakan untuk merawat resdung adalah dengan menggunakan bawang.Caranya, dapatkan sebiji bawang besar dan rebus selama 10 minit.Parut dan titiskan air ke dalam lubang hidung. Anda akan bersin dengan kerap dan ia akan mengeluarkan lendir. Ulangi ini sehingga resdung anda benar-benar sembuh.. SELAMAT MENCUBA..

UNCANG TEH HILANGKAN LINGKARAN HITAM

Lingkaran hitam pada mata boleh menjejaskan penampilan wajah.Untuk menghilangkannya ambil dua uncang teh yang telah di-gunakan.Letakkan di mata pada waktu malam ketika hendak tidur. Amalkanselama seminggu..SELAMAT MENCUBA..

KURANGKAN SAKIT DIGIGIT TEBUAN

Gigitan tebuan memang menyakitkan. Bagi meredakannya ambilsedikit gula perang dan lekatkan pada bekas gigitan. Biarkanuntuk beberapa ketika. Selain mengurangkan sakit, ia dapat mengurangkan kesan bengkak akibat digigit tebuan..SELAMAT MENCUBA.
http://aljannatulfirdausi.blogspot.com/search/label/Petua%20Kesihatan%20Dan%20Kecantikan.
 

Comments

Popular posts from this blog