Rahsia Pemakanan Genius Islam...
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi
zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan
oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan
mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu
berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga
mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat
untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang
berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang,
menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri
dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat
untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin,
kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin,
zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w,
"Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah
badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga
fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung
dan yang masih baru.
5) HALIA
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk
gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah
halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya
dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat
untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran
menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.
7) BUAH DELIMA
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi
s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,
sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya
banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati
didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
9) OTAK AYAM
Boleh
dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
10) DAGING AYAM
Berbanding
dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
13) KEKACANG
Beberapa
jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH
16) KEMENYAN PUTIH
(kemenyan serani/luban/kundar). Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
http://muallimah86.blogspot.com
Comments
Post a Comment