Ramadhan DiHayati al-Quran DiJulang Tinggi


السلام عليكم
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita kepada  Allah  dengan  melakukan  segala suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ
شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai
Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.


Kini hampir 2 minggu kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan di mana begitu banyak faedah daripada kewajipan ini samada untuk maslahat dunia apatah lagi kelebihannya bagi sesiapa yang menunaikan ibadat puasa penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah termasuk keampunan daripada segala dosa dan anugerah nikmat Syurga. Antara perkara yang dirasai ketika menunaikan ibadat puasa ialah perasaan lapar di mana antara matlamat lapar ialah sebagaimana yang kita fahami daripada suatu doa nabi Muhammad s.a.w ketika malaikat Jibril datang membawa tawaran daripada Allah untuk menukarkan semua bukit batu di sekitar Mekah menjadi bukit emas lalu baginda berdoa yang bermaksud : Tidak Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku lebih suka dalam hidupku berkeadaan lapar sehari dan kenyang sehari kerana ketika waktu lapar dapatlah aku bertadharruk (merintih merayu) terhadapMu ya Tuhanku.

Dan apabila aku dalam keadaan kenyang maka dapatlah aku memujiMu dan mensyukuri nikmatMu ya Allah!
Lapar melahirkan rasa tadharruk iaitu hati yang sentiasa merintih kepada Allah di mana ia akan menyuburkan jiwa kita dengan sentiasa berhubung dengan Allah. Nikmat Allah akan lebih dirasai bila kita terlalu berhajat kepadanya sebagaimana orang lapar begitu gembira bila dapat makanan walau pun sedikit. Tanpa melalui tarbiah puasa termasuk rasa lapar ini maka ramai yang tidak ingat tentang betapa berharganya nikmat Allah walau pun sedikit dan tidak merasa bagaimana kesusahan golongan yang memerlukan kerana sentiasa berada dalam kekenyangan

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali ‘Imran :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا
الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi Beradanya kita pada bulan Ramadhan turut mengingatkan kita bahawa telah masuk waktu untuk menunaikan zakat fitrah yang merupakan rukun Islam ke-4. Bila sebut tentang zakat maka isu ini tiba-tiba menjadi hangat pada Ramadhan kali ini apabila timbulnya masalah umat Islam yang terpaksa meminta simpati gereja dan kuil atas alasan susah untuk mendapat bantuan kebajikan. Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku cuma tidak dibesar-besarkan sebagaimana hari ini. Ia mesti dipandang serius oleh semua pihak bermula daripada pemimpin, jabatan berkenaan hinggalah rakyat jelata bagi memastikan kebajikan mereka yang memerlukan tidak terabai. Bila umat Islam terpaksa memohon simpati daripada pihak bukan Islam maka kesannya agak bahaya terhadap aqidah mereka jika tidak ditangani dengan baik dan segera sebagaimana kita pernah dengar tentang sikap pengasas Kristianisasi yang mengatakan: 


“Kerja-kerja kebajikan sewajarnya digunakan dengan penuh bijaksana, setiap wang yang dibelanjakan hendaklah dihitung pulangannya nanti, malah sewajarnya diagihkan wang-wang tersebut kepada mereka yang jauh dari agama Kristian. Kemudian pengagihan tersebut hendaklah dikurangkan sedikit demi sedikit setiap kali mereka mndekati gereja. Apabila mereka telah memeluk Kristian maka bantuan kebajikan tadi hendaklah dihentikan dan tidak lagi memberikan tumpuan serius kepada kerja kebajikan tersebut”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Pemimpin wajib memastikan bantuan kebajikan disalur pada yang layak bukan setakat kroni disamping mengawal masalah kenaikan harga barangan yang menyebabkan ramai rakyat yang papa semakin papa sedangkan yang kaya semakin kaya. Tarbiah Ramadhan sepatutnya mengubah pemimpin untuk membasmi pecah amanah, pembaziran dan rasuah yang menyebabkan penderitaan rakyat bawahan semakin bertambah. Kita begitu rindu untuk melihat pemimpin mencontohi Khalifah Umar Al-Khattab yang sanggup memikul gandum untuk diagihkan kepada orang miskin kerana mengambil berat tanggungjawabnya menjaga kebajikan umat Islam. Begitu juga kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz  sehingga wang zakat tidak dapat diagihkan kepada umat Islam kerana kemiskinan sifar, yakni tiada orang memerlukan wang zakat lalu ia digunakan untuk memerdekakan hamba abdi di Eropah. Kita tidak mahu lagi melihat kebajikan rakyat terus terabai apatah lagi usaha dakwah Islam yang tidak bersungguh sehingga kita mendengar rungutan pihak yang terlibat dengan dakwah orang asli contohnya yang menghadapi kesukaran apabila pemimpin lebih rela memberi alat muzik supaya orang asli berhibur sepanjang hari sehingga menyusahkan pendakwah untuk mendekati mereka. Kita juga mahu rasuah politik yang diasuh begitu lama sehingga rakyat sanggup mengenepikan kebenaran Islam asalkan dapat habuan di mana perbuatan terkutuk ini bukan sahaja mengajar rakyat untuk menggadai negara malah agama dengan harga yang murah. Ingatlah amaran nabi melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :
بَادِرُوا
بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ
مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ
دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا
Maksudnya
: Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat
terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang beriman pada waktu pagi kemudian pada waktu petang dia telah menjadi kafir. Kemudian seseorang yang beriman pada waktu petang kemudian pada esok paginya dia telah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit dari habuan dunia


Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Isra’ :
إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ
أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ
لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Sempena berada pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan diturunkan al-Quran maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan untuk membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan kita. Terlalu banyak pengajaran dan panduan berharga yang wajib diambil daripada al-Quran bagi memastikan segala gerak-geri kita sentiasa dikira sebagai ibadat disamping jauh daripada maksiat derhaka terhadap Allah. Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan kepada orang yang suka membaca al-Quran terutama pada bulan Ramadhan ini sebagaimana suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim Dari Abi Umamah Al-Bahili r.a. berkata : Aku
dengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

اِقْرَأُوْا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّهُ يَأتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
شَفِيعاً لأَصْحَابِهِ
Maksudnya : “Bacalah Al-Quran, maka sesungguhnya ia datang pada pada hari kami menjadi syafaat(penolong) kepada tuan yang membacanya…..” 

Kegagalan dalam melaksanakan sistem al-Quran menyebabkan banyak masalah jenayah, sosial yang berlaku. Kita jangan menjadi golongan yang hanya setakat membaca al-Quran tetapi tidak memahami apatah lagi menghayati sistem al-Quran dalam kehidupan seharian. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud : “ Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam hati.”

Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran marilah kita sama-sama menghidupkan al-Quran dalam diri kita, keluarga kita seterusnya masyarakat sekeliling, negeri dan negara. Beruntunglah bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai teman hidup sehingga al-Quran mampu memberi ketenangan dalam kehidupan di dunia, membantunya ketika berada dalam alam kubur seterusnya padang mahsyar nanti. Betapa ruginya manusia yang menjauhi al-Quran sehingga hidupnya penuh kekosongan jiwa, dalam kubur melolong seorang diri mencari penolong dan di akhirat tercari-cari sesuatu yang mampu membantunya untuk lari daripada azab yang dahsyat

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ
لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua
بَارَكَ اللهُ
لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ

Ramadhan Dirai al-Quran DiSanjungi


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.


Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa


Kini kita berada pada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah antaranya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah, para malaikat memohon keampunan untuk orang berpuasa sehingga berbuka, Syurga dihias setiap hari sepanjang Ramadhan, syaitan dibelenggu, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka tertutup kemas, terdapat malam Lailatur Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, keampunan pada malam terakhir Ramadhan dan setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama hambaNya yang bebas daripada api neraka. Betapa beruntungnya kita jika segala tawaran Allah ini dapat diraih hasil kesungguhan kita yang sentiasa menambahkan kualiti amal ibadat kita bukan setakat puasa adat sekadar menahan diri daripada lapar dahaga sahaja. Semoga kedatangan Ramadhan ini tahun ini lebih bermakna dalam melahirkan diri sebagai umat bertaqwa hasil daripada tarbiah Ramadhan. Kita berdoa kepada Allah agar dapat mencapai 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :


التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi


Sidang Jumaat yang dikasihi,

Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …….
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil……..


Beradanya kita pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan turunnya al-Quran turut meminta kita agar mendekati al-Quran dengan membacanya, memahami isi kandungannya seterusnya mematuhi segala arahan dan larangan Allah yang tertera di dalamnya. Setelah seminggu berada pada bulan Ramadhan maka tanyalah diri kita samada kita sudah mampu membaca al-Quran. Jika sudah mampu maka sudah berapa juzu’ yang telah kita baca al-Quran. Takkan pada bulan lain susah untuk membaca al-Quran maka pada bulan Ramadhan pun kita lebih banyak membaca akhbar, majalah dan menonton tv sahaja. Nabi Muhamamd s.a.w menceritakan bagaimana malaikat Jibril membacakannya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan baginda sebanyak 2 kali. Ramai ulama’ silam mengkhatamkan al-Quran samada dalam solat atau luarnya dalam masa 3 hari, satu minggu mahu pun 10 hari. Imam Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang Ramadhan. Kita bagaimana pula. Jangan biarkan nafsu malas menguasai kita ketika syaitan telah digari sehingga gagal khatam al-Quran walau pun sekali sepanjang Ramadhan.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada bulan Ramadhan, perbanyakkanlah amal soleh seperti solat terawih, qiamullail, sedekah dan menjamu orang berpuasa. Nabi Muhammad s.a.w pernah memberitahu tentang kelebihannya melalui suatu hadis riwayat Tirmizi :
إِنَّ فِى الجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُوْرُهَا مِنْ بُطُوْنِهَا وَبُطُوْنُهَا مِنْ ظُهُوْرِهَا فَقَامَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ : لِمَنْ هِيَ يَارَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : ِلمَنْ أَطَابَ الكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى ِللهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
 

Maksudnya : Di dalam Syurga terdapat bilik-bilik, nampak dari dalam barang-barang di luarnya dan sebaliknya. Bangun seorang badwi bertanya : Untuk siapakan bilik-bilik itu wahai Rasulullah?. Sabda nabi : Bagi mereka yang baik percakapannya, menjamu makan, sentiasa berpuasa dan bersolat kerana Allah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur.

Bila kita membaca kisah ulama’ silam maka kita dapati bagaimana Hasan Basri dan Ibnu Mubarak memberi makan para sahabatnya sedangkan mereka sendiri berpuasa disamping melayani dan berkhidmat untuk tetamu. Hammad bin Sulaiman pula akan menghidangkan juadah berbuka puasa untuk 500 orang ketika Ramadhan dan memberikan 100 dirham setiap tetamu pada hari raya. Kita sendiri bagaimana. Berapa banyak wang yang telah kita gunakan untuk bersedekah dan berapa ramai tetamu yang kita telah jamu dengan jamuan berbuka puasa


Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”


Ramadhan dan al-Quran suatu yang berkait rapat terutama kewajipan berpuasa Ramadhan itu sendiri datang melalui al-Quran. Al-Quran merupakan pedoman yang berharga yang berkait dengan individu, masyarakat, negara, pemimpin, rakyat. Sistem Al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan samada ibadat khusus, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran marilah kita sama-sama bersatu ke arah memartabatkan semula seluruh system Islam dalam kehidupan agar lahirnya masyarakat bertaqwa. Kita tidak mahu terus lahirnya masyarakat hari ini hanya takut kepada penyakit seperti selsema babi bukannya takut kepada Allah yang mencipta penyakit tersebut. Bila tidak takut kepada Allah maka lahirlah masyarakat yang mempermainkan kuasa Allah seperti sambutan ambang merdeka tidak dibuat manakala sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini hanya dibuat sederhana kerana bimbang jangkitan selsema babi yang telah meragut 71 nyawa. Sebelum ini berapa kali sambutan tahun baru dan merdeka hanya dibuat sederhana kerana tsunami dan banjir besar bukannya kerana takut kepada Allah disamping kononnya hormati Ramadhan sedangkan jika tiada bala Allah ini sudah kerap kali sambutan tahun baru dan merdeka walaupun jatuh pada bulan Ramadhan dicemari dengan program maksiat. Adakah pada bulan Ramadhan sahaja takut kepada Allah tetapi pada bulan lain bebas menyembah nafsu dan syaitan. Adakah bila ada bala Allah sahaja takut buat maksiat tetapi bila tiada maka hukum Allah dilanggar sesuka hati

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Semoga Ramadhan kali ini akan melahirkan pemimpin bertaqwa agar tidak lagi berlaku pecah amanah, rasuah serta tindakan yang bercanggah dengan agama dalam mentadbir negara. Apabila peniaga bertaqwa maka tidak berlaku lagi sorok barang seperti gula bagi mengaut keuntungan berganda. Malah di tengah kekalutan selsema babi ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada penjualan penutup muka dan ubat virus sehingga timbul dakwaan bahawa selsema babi dicipta oleh golongan kapiltalis untuk mengaut keuntungan daripada ubat yang dijual. Namun kita yakin bahawa setiap apa yang berlaku adalah antara tanda kekuasaan Allah. Malah kita mendoakan agar kes sebat ke atas seorang model yang mengaku salah minum arak yang ditangguh dengan pelbagai alasan sebagai membuka ruang kepada terlaksananya hukum hudud yang jauh berbeza daripada hukum sivil termasuk cara, alat dan kesan sebat. Kita membantah hasrat Majlis Peguam yang menggesa kerajaan supaya menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah. Kita bimbang usaha untuk memastikan hukum sebat tidak dilaksanakan bertujuan supaya hukum hudud tidak dilaksanakan. Kita begitu bimbang melihat umat Islam yang ketagih dan terlibat dengan industri arak terutama jerung bukan setakat anak bilis semakin hari semakin bertambah akibat lesen yang terus diberi tanpa had disamping negara sendiri bergantung kepada cukai arak dan judi. Sejarah dunia yang membuktikan bagaimana hanya Islam sahaja mampu menangani masalah ketagihan arak sedangkan hukum manusia sebagaimana pernah dibuat di Amerika Syarikat tidak mampu menyelesaikan masalah arak. Sudah tibanya masanya Islam dijadikan ubat penawar dengan membuang undang-undang lapuk peninggalan penjajah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ramadhan Dirai Kemuliaan DiRasai

Posted on
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 3 surah Hud :
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ ۖ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ
Maksudnya : Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).
Kini kita berada diminggu terakhir daripada bulan Sya’aban di mana kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan yang dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Sempena kedatangan Ramadhan nanti yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai  segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya  laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Sejarah kewajipan berpuasa Ramadhan bagi kita umat nabi Muhamamd s.a.w bermula dengan penurunan ayat 183 hingga 185 surah al-Baqarah berkaitan kewajipan berpuasa  pada akhir bulan Sya’aban tahun kedua hijrah di mana sepanjang hayatnya, baginda sempat berpuasa Ramadhan sebanyak 9 kali. Para sarjana Islam merekodkan bahawa sejarah ibadat puasa bermula pada zaman nabi Adam a.s lagi apabila baginda membayar kafarah kesalahan memakan buah larangan di dalam Syurga akibat terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Ibadat puasa terus ditunaikan pada zaman nabi-nabi lain sehinggalah kepada kita umat nabi Muhammad s.a.w dengan tujuan menguatkan iman, roh dan jasad dalam menghadapi cabaran hawa nafsu yang menggoda sepanjang masa
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Sempena kedatangan  Ramadhan nanti jangan kita lepaskan peluang dalam meningkatkan pembacaan dan tadabbur terhadap ayat-ayat al-Quran seterusnya  mengamal dan melaksanakan segala ajaran al-Quran. Kita mestilah berusaha menghindari sikap golongan yang  menjauhi al-Quran di mana seorang ulama’ mengatakan bahawa 5 orang yang berhijrah atau menjauhi al-Quran ialah apabila :  [1] dia tidak mahu mendengar dan beriman kepada al-Quran  [2] dia hanya beriman dan membaca al-Quran sahaja tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya [3] dia tidak mahu mendalami dan memahami maksud al-Quran [4] dia tidak menjadikan al-Quran sebagi ubat penyembuh terhadap pelbagai penyakit hati [5] dia tidak mahu menggunakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian
Kita mesti ingat bahawa musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini di mana betapa ramai umat Islam yang buta al-Quran dan agama. Ramai yang berasa malu untuk belajar dan memperbetulkan bacaan al-Quran atas alasan usia yang lanjut sedangkan penyelamat umat manusia di dunia dan akhirat adalah al-Quran. Ada juga yang lebih bersungguh memastikan anak-anak mereka sahaja yang mahir membaca al-Quran sedangkan dirinya sendiri tidak mempunyai keinginan lagi untuk menjadi pembaca al-Quran yang baik. Ramai yang tidak sedar bahawa al-Quranlah yang mampu memberi sinar kebahagiaan hidup di dunia, menerangi alam kubur dan mendatangkan syafaat pada hari akhirat nanti. Oleh itu ubahlah keadaan bermula dalam rumah kita iaitu hidupkan dengan budaya membaca dan mengamalkan al-Quran. Lahirlah sebagai ibubapa yang mampu membaca al-Quran dengan baik dan mampu pula mengajarnya kepada anak-anak bukannya hanya menyerah bulat-bulat kepada guru di sekolah. Bukan salah anak kita jika kita gagal mendidik mereka untuk berakhlak dengan akhlak al-Quran sekiranya bunyi muzik dalam rumah lebih meriah daripada alunan al-Quran, majalah hiburan lebih banyak daripada kitab agama, budaya Yahudi dan kristian dari segi pergaulan dan berpakaian lebih subur daripada cara hidup Islam. Kita bakal menuai apa yang kita semai sama ada jahiliah atau Islam. Islamlah nescaya kita selamat di dunia akhirat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat :
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ
Maksudnya : Dan berkatalah orang-orang kafir itu : “ Janganlah kamu mendengar al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh. Buatlah hiruk pikuk terhadapnya agar kalian dapat mengalahkan orang-orang yang beriman”
Musuh Islam sentiasa mencari jalan supaya dunia benci  kepada al-Quran dan Islam. Kita mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya perancangan jahat sebuah gereja di Florida untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001. Begitu juga tindakan biadap Paderi Terry Jones yang menulis sebuah buku bertajuk : Islam is of the Devil  yang memburuk-burukkan agama Islam. Itu kerja musuh Islam yang sememangnya tidak pernah senang dengan Islam. Kita pada hari ini sedang berfikir tentang sikap umat Islam sendiri terhadap al-Quran dan Islam di mana bukan sahaja semakin ramai yang buta agama dan al-Quran sebaliknya yang lebih menyedihkan mereka begitu benci kepada sistem dan cara hidup Islam yang menyebabkan datangnya pelbagai kehinaan daripada Allah. Jika golongan muslimat di Perancis dan beberapa negara Eropah yang lain menghadapi pengharaman memakai purdah sedangkan kita di sini terus merasa hebat bila mendedah aurat. Keyakinan terhadap janji Allah iaitu balasan Syurga bagi mereka yang sentiasa menjaga aurat dan amaran keras dengan bakaran api neraka bagi yang mendedah aurat semakin hilang ditelan oleh laungan sesat Yahudi dan Kristian yang melaungkan bahawa telanjang adalah lambang kemajuan. Akhirnya kita dapat lihat kesan buruk yang berlaku depan mata kita sendiri bagaimana meningkatnya jenayah zina, rogol, buang anak dan sebagainya. Kebanyakan cadangan untuk membendung masalah ini seperti yang terbaru mahu membina sekolah pelajar hamil, galakan berkahwin usia remaja hanya sebagai usaha terdesak dan berubat penyakit yang telah parah bukannya sebagai pencegahan daripada merebaknya perkara tersebut. Sepatutnya pintu zina iaitu cara berpakaian, pergaulan bebas, tempat maksiat, rancangan tv, majalah menjolok mata mesti selaras dengan kehendak Islam ditambah lagi dengan pelaksanaan hukum Allah bagi pesalah. Kita tidak mahu berlaku seperti saman ekor yang hanya meningkat jumlah mereka yang tidak dapat perbaharui lesen daripada mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Kita juga masih sangsi dengan kenyataan Kementerian Pelajaran yang sedia mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras dengan alasan ia berjaya di United Kingdom dengan menyembunyikan bahawa yang berjaya ialah mengurangkan pelajar hamil bukannya mengurang jumlah pelajar berzina. Kita tidak mahu nama mata pelajaran sahaja berbeza tetapi isi kandungan dengan pengajian seks ala barat dikekalkan iaitu menghidupkan budaya zina cara selamat dengan memandang bahawa zina bukan suatu kesalahan besar sebaliknya yang salah ialah mengandung akibat tidak pandai berzina. Ia ibarat mengajar pelajar cara mencuri dengan betul. Akhirnya penyakit semakin parah bukan semakin kebah.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ramadhan yang hampir tiba ini sepatutnya menjadi tarbiah lanjutan kepada Ramadhan tahun-tahun sebelum ini iaitu biarlah ia untuk meningkatkan lagi usaha dalam memperbaiki mutu amalan dan peribadi mulia. Jangan biarkan ibadat puasa khusus untuk menjaga perkara yang membatalkan puasa sahaja sebaliknya ia mesti dikembangkan dalam kehidupan seharian seperti menjaga perut daripada makanan dan sumber yang haram. Umat Islam wajib menjaga makan minum harian kerana ia bukan sahaja bakal disoal di akhirat malah ramai yang dibakar dengan api neraka kerana tidak cermat dalam menjaga masalah halal haram. Jika daripada pemimpin hingga rakyat jelata menjaga halal haram maka tidak lagi berlaku masalah pecah amanah, rasuah, penipuan, riba, rompak. Inilah sebenarnya yang ingin dilahirkan daripada madrasah Ramadhan bukannya hanya untuk meramaikan golongan yang tidak makan minum sepanjang berpuasa tetapi tidak menjaga halal haram dalam kehidupan seharian. Begitulah sentiasa timbul kisah majlis berbuka puasa di hotel dengan makanan syubhat dan haram yang dipandang ringan di samping hanya sibuk berbuka puasa sedangkan solat Maghrib diabaikan. Selagi lebih ramai yang berpuasa adat iaitu tahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja maka selagi itulah semakin kurangnya graduan Ramadhan yang bertaqwa dapat dilahirkan saban tahun. Akhirnya lebih banyak kerosakan yang berlaku dan hilangnya keberkatan dalam negara. Oleh itu jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai suatu anjakan paradigma ke arah perubahan yang lebih baik untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam  ayat 71 surah al-Mukminun:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ramadhan DiHayati Taqwa DiMiliki

Posted on
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يأيهاالذين امنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Sempena hari Jumaat yang mulia di bulan Ramadhan yang diberkati dan dirahmati Allah ini marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk sama-sama merebut tawaran dan ganjaran yang begitu besar yang dijanjikan pada bulan ini. Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah dengan  gandaan pahala padanya serta pengampunan dosa bagi hambaNya yang memohon keampunan daripadaNya mestilah digunakan sebaik mungkin oleh kita dalam menambahkan amalan soleh serta meningkatkan kualiti ibadat tersebut agar kita sama-sama dapat meraih segala tawaran dan janji Allah yang begitu istimewa ini yang tidak ada pada bulan-bulan selain Ramadhan. Antara hikmat ibadat puasa untuk keselamatan dunia ialah dapat menjaga kesihatan kita apabila dengan mengerjakan ibadat puasa dapat memberi ruang kepada tempat penghadam di dalam perut kita untuk berehat sehingga kesihatan kita dapat dijaga.  Tetapi apa yang malangnya apabila ramai di kalangan kita menjadikan Ramadhan bukan sebagai bulan memperbanyakkan ibadat sebaliknya bulan pesta makanan lazat sehingga kita hanya memberi masa kepada penghadam pada siang hari sahaja untuk berehat sedangkan pada malam hari kita menggunakannya untuk menghadam makanan yang kita makan kadang-kadang lebih banyak daripada bulan selain Ramadhan. Ingatlah kita bahawa makanan halal ibarat ubat tetapi jika makan terlalu banyak maka ia bukan boleh memberi banyak manfaat sebaliknya akan membawa mudharat. Sepatutnya pada bulan Ramadhan kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian tetapi akibat mengikut kehendak nafsu maka ia semakin bertambah. Allah telah memberi peluang kepada kita untuk menjaga kesihatan dan menjimatkan belanja dengan anugerah Ramadhan tetapi kita jarang merebutnya. Jika hikmat puasa untuk kebaikan dunia kita pun tidak dapat direbut maka adakah kita yakin bahawa hikmat puasa berbentuk akhirat dapat diraih
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Sempena kedatangan Ramadhan yang dijanjikan dengan pelbagai anugerah berharga daripada Allah ini maka marilah kita sama-sama menghidupkannya dengan ibadat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat terawih, menjamu orang berbuka puasa, sedekah, qiamullail dan sebagainya. Gunakanlah peluang dengan kehadiran Ramadhan sebaiknya dalam melahirkan diri sebagai umat yang bertaqwa kepada Allah sepanjang masa. Jangan biarkan diri kita terus tertewas kepada nafsu ketika teman rapatnya iaitu syaitan dirantai sebulan Ramadhan ini. Adalah malang apabila ada umat Islam yang tidak mahu berusaha untuk beramal dan bersifat sebagaimana ahli syurga ketika Allah membuka seluas-luasnya pintu Syurga dan bertambah malang apabila ada juga di kalangan umat Islam sendiri yang terus beramal dan bersifat sebagaimana ahli neraka pada bulan yang ditutup rapat pintu neraka. Hayatilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :
قال النبي e : إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ     – رواه مسلم
Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan
Tanyalah diri kita samada ibadat yang dikerjakan selama ini termasuk ibadat puasa adakah sudah mampu menewaskan nafsu dalam diri serta melahirkan diri kita sebagai umat yang begitu inginkan Syurga sehingga kita berlumba untuk beramal dan bersifat sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan dalam masa yang sama kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar menjauhi amalan dan sifat ahli neraka dengan menghindari segala perbuatan yang dilarang oleh Allah.  Rebutlah peluang yang ditawarkan oleh Allah bagi orang yang berpuasa penuh keimanan dan keikhlasan kepada Allah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
قال الرسول e : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ    – رواه ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya  pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan keadaan diri umat manusia. Kewajipan puasa bukanlah suatu penyeksaan dan penderaan kepada umat manusia sebaliknya di sana ada pelbagai kelebihan dan kebaikan yang terbit hasil daripada menunaikan ibadat puasa. Anugerah Ramadhan dapat menyaksikan bagaimana masjid dan surau yang sebelum ini agak kosong kini mulai ramai ahli jemaahnya terutama pada waktu malam. Tanpa anugerah Ramadhan maka agak susah untuk menarik umat Islam sendiri untuk berjinak dengan masjid dan surau walau pun masuknya percuma dan pintunya terbuka sepanjang masa. Oleh itu kita mesti gunakan peluang dengan kehadiran ahli jemaah yang ramai pada bulan Ramadhan ini untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan disamping menanam kukuh kesedaran serta membangkitkan semangat juang dalam melawan musuh batin yakni nafsu dan musuh zahir yang terdiri daripada musuh Islam yang tidak pernah jemu berusaha memerangi Islam. Ramadhan yang pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra dan pembukaan Kota Mekah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku.
Jika kita boleh mengerjakan ibadat puasa kerana adanya rasa takut kepada Allah dalam diri maka kita juga wajib yakin bahawa kemenangan Islam pasti datang dengan syarat kita memenuhi tuntutan yang telah digariskan oleh Allah termasuk sentiasa mendekatkan diri kita kepada Allah sepanjang masa dengan ibadat serta menjauhi segala dosa yang boleh menyebabkan kita dihinakan oleh Allah di dunia serta disiksa pula dengan api neraka di akhirat sana. Ketika kita membaca dan meneliti ayat-ayat al-Quran maka di sana kita dapati pelbagai cara Allah mendatangkan kemenangan kepada umat Islam yang membantu agamaNya dan pelbagai akibat buruk pula yang menghancurkan umat yang melawan agama Allah walau pun mereka mendabik dada dengan kekuasaan dan kekayaan serta kehebatan yang ada pada diri mereka. Kita pada hari ini dapat menyaksikan bagaimana betapa hebatnya Amerika Syarikat sehingga dapat menjajah Afghanistan serta menghancurkan Iraq dalam masa yang singkat tetapi tidak mampu menghadapi bala daripada Allah berbentuk ribut Katrina dan Rita yang menghancurkan beberapa  buah negeri dan bandarnya. Manusia hanya mampu mengesan kedatangan ribut yang membolehkan mengurangkan angka kematian tetapi tidak mampu menangkis dan menghalang ribut tersebut.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Sempena bulan Ramadhan ini maka kita jangan lupa kepada saudara kita yang sedang ditindas di Selatan Thailand disamping tertekan di Indonesia terutama selepas pengeboman di Bali, umat Islam di Iraq, Afghanistan, Palestin dan seluruh dunia. Sekurang-kurangnya kita tadah tangan untuk sama-sama berdoa agar mereka diberikan kekuatan dan kemenangan oleh Allah serta dapat sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan.
Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شهر رمضان الذى أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينـت من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولايريدبكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدئكم ولعلكم تشكرون
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Taqwa DiTagih Kemuliaan Diraih

Posted on
السلام عليكم
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar
kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita
kepada  Allah  dengan  melakukan  segala
suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang
ditegahNya.

Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 23-24 surah al-Jaathiah :
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّـهُ
عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ
غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّـهِ ۚ أَفَلَا
تَذَكَّرُونَ ﴿٢٣﴾وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا
نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُم
بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا
يَظُنُّونَ
Maksudnya : Dengan yang
demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan
hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana
diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas
pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya?
Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah
(menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang
yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup
yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup
(silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran
zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal
itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata

Kini kita berada pada penghujung bulan Sya’aban di mana beberapa
hari lagi umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak yang
mempunyai pelbagai tawaran hebat dan kelebihan yang tiada tolok bandingnya
daripada Allah antaranya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada
haruman kasturi di sisi Allah, Para malaikat memohon keampunan untuk orang yang
berpuasa sehingga dia berbuka, Syurga dihias setiap hari pada bulan Ramadhan, Syaitan-syaitan dibelenggu
sepanjang bulan Ramadhan, Pintu-pintu syurga dibuka luas manakala pintu-pintu neraka
ditutup kemas. Terdapat pada bulan ini Lailatul Qadar yang mana ianya lebih baik
daripada seribu bulan. Sesiapa yang tidak mengambil peluang untuk membuat
kebaikan dan beramal padanya maka dia telah melepaskan semua peluang kebaikan.Orang-orang
yang berpuasa akan mendapat keampunan pada malam yang terakhir daripada bulan
Ramadhan dan pada setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama
hamba-Nya yang bebas daripada api neraka. Jangan biarkan hati kita mati
sehingga tidak mempeduli tawaran Allah akibat hanyut dengan tawaran dunia. Sehubungan
dengan itu sempena berada di ambang Ramadhan maka persiapkanlah diri kita
dengan bertaubat kepada Allah atas segala dosa, berjanji kepada Allah untuk
tidak lagi mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan serta bersungguh-sungguh
untuk belajar hukum hakam agama terutama berkaitan puasa dan amalan terbaik sepanjang
Ramadhan agar kedatangan Ramadhan disambut, tawaran hebat Allah direbut, taqwa dalam
diri berjaya dipupuk

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali ‘Imran :
…….وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ
مَخْرَجًا (2)
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ…….
Maksudnya : …..Sesiapa
yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya
). Serta memberinya
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…..

Antara matlamat utama kepada tarbiah Ramadhan ialah untuk
melahirkan umat bertaqwa di mana antara makna Taqwa sebagaimana yang disebut
oleh Ibnu Mas’ud ialah  mentaati Allah dan
tidak mengengkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya,
bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. Ibnu Abbas pula
mengatakan Golongan bertaqwa ialah orang yang sentiasa mengambil berat tentang
balasan Allah apabila meninggalkan sesuatu yang mereka tahu daripada petunjuk
Allah serta begitu mengharapkan rahmat Allah pada membenarkan apa sahaja yang
didatangkan daripada Allah. Manakala Al-Hassan mentakrifkan Golongan bertaqwa
ialah mereka yang benar-benar takut pada apa yang telah diharamkan oleh Allah
ke atas mereka serta menunaikan apa yang diwajibkan ke atas mereka. Begitu
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan Bukanlah taqwa itu hanya dengan berpuasa pada siang hari dan dengan
bangun beribadat pada malam hari dan gabungan ibadat antara
yang tersebut, tetapi takut Allah yang
sebenar ialah meninggalkan apa yang telah
diharamkan oleh
Allah dan menunaikan apa yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang diberi
rezeki selepas daripada itu adalah baik maka selepas itu adalah lebih baik untuk
yang terbaik.

Menyedari
betapa pentingnya tarbiah Ramadhan dalam melahirkan umat bertaqwa kerana ia
melibatkan aspek zahir dan batin iaitu selain menjaga diri daripada perkara
yang membatalkan puasa seperti makan minum maka kita wajib menjaga pencaindera
seperti mata, lidah, telinga dan lain-lain daripada maksiat. Apa yang lebih
penting ialah hati kita mesti dibersihkan daripada segala sifat keji atau
mazmumah seperti riya’, takabbur, hasad dengki dan sebagainya. Inilah yang
diingatkan oleh seorang sahabat Nabi iaitu Jabir bin Abdullah dengan katanya: Jika kamu berpuasa,
maka hendaklah kamu berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu daripada
perkataan dusta dan segala yang haram. Janganlah kamu menyakiti jiran tetangga,
hendaklah kamu bersikap tenang dan sabar dan janganlah kamu jadikan hari-hari puasamu
itu sama dengan hari-hari ketika kamu tidak berpuasa

Amaran Rasulullah
dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ
الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ
وَشَرَابَهُ
Maksudnya:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta dan terus mengamalkannya, maka
Allah tidak berhajat agar dia meninggalkan makanan dan minumannya (yakni
berpuasa).”

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Tarbiah Ramadhan turut bertujuan
untuk melemahkan hawa nafsu yang mengajak kepada kejahatan. Kegagalan dalam
mengawal hawa nafsu menyebabkan banyak kerosakan berlaku dalam setiap
peringkat. Akibat mengikut hawa nafsu menyebabkan pemimpin pecah amanah,
pegawai kerajaan terlibat dengan rasuah, rakyat ketagih arak dan dadah serta
tidak segan silu terlibat dengan penzinaan. Kita menyokong cadangan Majlis Perbandaran
Kuantan yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan ketika
Malaysia sendiri belum lagi mampu membersih nama sebagai pengguna arak ke-10
tertinggi di dunia walau jumlah rakyatnya kurang dan Negara sempit berbanding Negara
yang lain. Tiada usaha bersungguh dalam mengurangkan penggunaan arak dan
pergantungan negara terhadap cukai arak.

Apabila
umat Islam sendiri bergelumang dengan dosa maka kita dijauhkan daripada rahmat
dan keberkatan hidup. Inilah antara punca yang paling besar yang menyebabkan
orang bukan Islam tidak tertarik kepada keindahan Islam. Apa yang lebih malang
apabila umat Islam sendiri bukan sahaja mengabaikan kewajipan agama malah
memburuk-burukkan sistem Islam yang bercanggah dengan hawa. nafsu mereka. Keadaan
ini amat berbeza dengan masyarakat barat yang semakin menerima Islam walau pun
dituduh sebagai agama yang mencetus keganasan. Paderi-paderi Kristian di barat
melahirkan rasa bimbang dengan jumlah penganut Kristian yang semakin kurang
mengunjungi gereja pada hujung minggu malah ramai golongan paderi sendiri yang
memeluk Islam. Suara supaya dilaksanakan undang-undang syariah di negara barat
termasuk melalui lidah orang bukan Islam begitu kuat kedengaran di
tengah-tengah kebencian yang ditanamkan oleh golongan anti Islam. Kemuncak
kepada kebencian terhadap Islam yang terbaru ialah peristiwa pengeboman oleh
pelampau Kristian di Oslo, Norway pada 22 Julai lalu yang mengorbankan 93 nyawa
atas alasan mahu membangkitkan api permusuhan terhadap sesiapa sahaja yang
memberi layanan baik terhadap umat Islam.

Semoga kehadiran Ramadhan kali ini
akan menambahkan lagi ketaawaan kita kepada Allah disamping membangkitkan
semangat jihad dalam melaksanakan sistem Islam dalam setiap aspek kehidupan. Jauhilah
maksiat dosa yang bukan sahaja dijanjikan dengan azab pedih di akhirat malah
antara sebab kepada kurangnya rezeki sebagaimana maksud sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim
“Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan rezeki untuknya disebabkan dosa
yang dilakukannya.” Perbanyakkanlah istigfar memohon keampunan Allah
setiap masa dan tempat, ketika sihat dan sakit, kaya dan papa, tua dan muda,
sibuk dan lapang agar di dunia kita mampu meraih banyak anugerah Allah apatah
lagi bila berada di akhirat nanti.

Firman Allah dalam ayat 10-12 surah Nuh :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ﴿١٠﴾ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا ﴿١١﴾وَيُمْدِدْكُم
بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada
mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha
Pengampun. “(Sekiranya kamu
berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada
kamu; “Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan
serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta
mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

بَارَكَ اللهُ
لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ

Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur
Kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat sekian kalinya dalam hidup kita mulai esok di mana bulan ini dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Raikanlah kehadiran Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat bukan makanan lazat yang menambah berat badan. Selagi umat Islam banyak tidur daripada ibadat, banyak berhibur daripada memikirkan tanggungjawab, banyak rehat daripada bekerja maka selagi itulah kita tidak akan maju dalam meneguhkan agama dan menguasai dunia. Bersamalah kita merebut keistimewaan Ramadhan yang bakal kita lalui bagi menyahut tawaran Allah yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Sahli bin Sa’ad :
قال الرسول  : ِإنَّ فِي الَجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُوْنَ يَوْمَ القِيَامَةِ لا يَدْخُلُ مَعَهُمْ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُوْنَ؟ فَيَدْخُلُوْنَ مِنْهُ : فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ – رواه ومسلم
Maksudnya : Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang dipanggil Rayyan di mana akan masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari qiamat. Tidak akan masuk bersama mereka seorang pun selain mereka yang berpuasa. Akan diseru dimanakah orang-orang yang berpuasa?. Maka mereka akan masuk syurga melaluinya. Maka apabila telah masuk orang terakhir daripada orang berpuasa nescaya ditutup pintu itu dan tidak boleh lagi memasukinya walau pun seorang.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Taqwa itulah matlamat utama yang mesti dicapai oleh umat Islam yang berpuasa. Perkataan taqwa begitu mudah disebut dimulut tetapi begitu susah untuk diperolehi tanpa usaha yang bersungguh dan sikap acuh tidak acuh. Kita mesti memilki 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan yang bakal kita lalui sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi
Oleh itu sempena kedatangan Ramadhan hendaklah kita sama-sama hidupkannya dengan seberapa banyak amalan soleh disamping menjauhi segala bentuk maksiat. Kita wajib memperkemaskan ilmu berkenaan puasa zahir dan batin agar puasa kita menjadi ibadat yang diterima Allah bukan hanya setakat adat yang sia-sia. Kita tidak mahu ibadat yang penting ini hanya dilaksanakan dalam keadaan teraba-raba setakat mengikut orang bukannya berdasarkan ilmu yang dipelajari. Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti hampa tanpa ganjaran atas apa yang dikerjakan. Jangan malu untuk belajar apatah lagi untuk bertanya agar kualiti puasa tahun ini lebih baik dari sebelum nya. Jika perkara dunia kita mahu yang terbaik, inikan pula perkara akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Apabila sebuah negara melahirkan individu, keluarga, masyarakat bermula daripada pemimpin sehinggal rakyat jelata daripada kalangan orang bertaqwa maka dijanjikan keberkatan kepada negara tersebut dan inilah yang kita idamkan selama ini. Tanpa masyarakat yang taqwa maka pelbagai masalah terus datang silih berganti bermula daripada kerosakan aqidah, keruntuhan akhlak, masalah jenayah, penyakit berjangkit dan sebagainya. Pemikiran dan tindakan umat bertaqwa berbeza jauh daripada golongan yang memisahkan agama daripada sistem kehidupan seharian. Umat bertaqwa sentiasa beriman bahawa setiap apa yang berlaku berdasarkan Qadha’ dan Qadar Allah di mana kita tidak boleh lari daripada bergantung harap kepada Allah dalam setiap apa yang berlaku disamping sentiasa memikirkan tentang setiap bala ujian yang menimpa merupakan peringatan daripada Allah dalam menyedarkan hambaNya yang banyak melakukan perderhakaan disamping untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah. Manusia yang tidak bertaqwa menganggap apa yang berlaku hanya disebabkan fenomena alam di mana hanya perlu dicari ubat untuk mengubatinya tanpa memikirkan bahawa penyakit yang menimpa merupakan kesan daripada kesalahan diri dan masyarakat yang banyak menolak kekuasaan dan kehebatan Allah. Kita dapat saksikan bagaimana masyarakat hari ini hanya takut kepada penyakit seperti selsema babi bukannya takut kepada Allah yang mencipta penyakit tersebut. Contohnya sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini hanya dibuat sederhana kerana bimbang jangkitan selsema babi yang telah meragut 68 nyawa sebagaimana berapa kali sambutan tahun baru dan merdeka sebelum ini hanya dibuat sederhana kerana tsunami dan banjir besar bukannya kerana takut kepada Allah. Jika tiada bala Allah ini sudah kerap kali sambutan tahun baru dan merdeka walaupun jatuh pada bulan Ramadhan dicemari dengan program maksiat.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Apabila pemimpin tidak bertaqwa maka berlakunya pecah amanah, rasuah serta tindakan yang bercanggah dengan agama dalam mentadbir negara. Apabila peniaga tidak bertaqwa maka berlakulah sorok barang seperti gula bagi mengaut keuntungan berganda. Malah di tengah kekalutan selsema babi maka diambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dalam menjual penutup muka dan ubat virus sehingga timbul dakwaan bahawa selsema babi dicipta oleh golongan kapiltalis untuk mengaut keuntungan daripada ubat yang dijual. Namun kita yakin bahawa setiap apa yang berlaku adalah antara tanda kekuasaan Allah. Oleh itu marilah kita menggunakan kesempatan dengan kedatangan Ramadhan untuk melahirkan pemimpin dan rakyat jelata yang bertaqwa sehingga negara dilimpahi keberkatan manakala pelbagai masalah dapat disekat daripada terus melarat. Islamlah nescaya kita selamat, negara berkat, dunia bahagia, akhirat sentosa
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Lailatul Qadar DiHayati Kemenangan DiRai


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


Kini kita telah berada pada 10 hari dan malam terakhir daripada bulan Ramadhan yang dijanjikan Allah bahawa ada di antara malamnya suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Anugerah yang amat berharga ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Qadr di mana antara sebab turunnya surah ini ialah sebagaimana disebut oleh Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya: Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi


Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Adalah Rasulullah S.A.W telah beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir daripada Ramadhan dan baginda S.A.W bersabda yang bermaksud : Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir daripada Ramadhan


Antara hikmat disembunyikan Lailatul Qadar menurut Imam al-Razi seorang ahli tafsir terkenal ialah yang Pertama : Agar umat Islam dapat membesarkan keseluruhan malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja. Kedua : Bimbang umat Islam tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat walau pun telah ditetapkan malam tertentu atau pun dia melakukan maksiat pada malam itu sehingga mendapat kemurkaan Allah kerana berbuat maksiat dalam keadaan tahu lebih besar dosanya. Ketiga : Supaya umat Islam bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu. Keempat : Melahirkan umat yang menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan Lailatul Qadar sehingga meningkat amal solehnya.


Amat malang jika orang lain menggunakan masa yang begitu istimewa ini untuk beriktikaf di masjid sedangkan kita asyik sibuk di Super Market. Amat rugi jika orang lain sibuk menggandakan amal soleh pada hari-hari terakhir Ramadhan sedangkan kita terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Amat kurang cerdik bila orang lain lebih mengejar tawaran istimewa daripada Allah sedangkan kita lebih seronok menyahut jualan murah di pasaraya. Amat kurang bijak bila orang lain berlumba menambah bekalan akhirat sedangkan kita terus asyik dengan dunia


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran :
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah


Ramadhan pernah menyaksikan kemenangan besar tentera Islam dalam peperangan Badar al-Kubra pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah dan pembukaan Kota Mekah pada tahun 8 Hijrah menunjukkan kepada kita bagaimana lemahnya nafsu membolehkan semangat juang semakin kuat. Puasa bukan penghalang yang memadamkan semangat juang sebaliknya ia sebagai suatu tarbiah yang berharga dalam melahirkan umat yang hanya takut kepada Allah sehingga tidak akan tunduk kepada musuh walau apa pun yang berlaku.


Antara faktor utama kemenangan tentera Islam dalam mengalahkan musuh ialah [1] Teguh hati di mana tanpa keteguhan hati pasukan muslimin dan peneguhan Allah dengan malaikat-Nya, maka tidak akan wujud kemenangan untuk mereka. Keteguhan hati ini sangat penting kerana perjalanan dakwah adalah jalan sangat panjang dan banyak rintangannya. Dengan keteguhan hati inilah yang menyebabkan mereka mendapat kemenangan, kemuliaan dan pahala yang besar. Keteguhan dalam menyatakan kebenaran, tidak tergoda dengan takhta, harta dan wanita serta habuan dunia yang membolehkan kan pasukan muslimin mencapai kemenangan.


[2] Zikrullah iaitu dengan mengingati Allah sebanyak mungkin secara lisan dan hati. Ternyata syarat kemenangan berpihak kepada orang yang sentiasa ingat Allah dengan selalu berzikir, berdoa dan qiamulail. Mengingati Allah ketika berperang akan menyebabkan seseorang akan mencapai ketinggian ubudiah kehambaaan dan keimanan kepada Allah serta tawakkal kepada Allah. Keteguhan hati dan zikrullah adalah cara untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-A’araf :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar


Faktor yang seterusnya dalam meraih kemenangan ialah 


[3] Taat kepada Allah dan RasulNya di mana pertolongan dan bantuan daripada Allah hanya akan muncul bersama dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. 

[4] Tiada perselisihan di mana keteguhan hati, zikrullah, dan taat kepada Allah dan RasulNya, apabila diikuti dengan berbantah-bantahan maka yang akan terjadi adalah kegagalan dan hilangnya kekuatan. Dalam perang Badar misalnya, Allah menjaga pasukan Muslimin daripada perselisihan dan berbantah-bantahan.

 [5] Sabar dalam menghadapi ujian dan kesusahan kerana sabar adalah senjata kekuatan sesuatu pasukan. Sabar dalam menghadapi pertempuran dan sabar dalam menghadapi musibah adalah jaminan bagi sempurnanya pertolongan yang akan diberikan Allah. Sabar bukan bererti pasif. Oleh hal yang demikian, sabar harus sentiasa diiringi dengan ikhtiar dan mujahadah.

[6] Ikhlas di mana kemenangan tidak boleh diraih dengan kesombongan dan riak. Allah pasti akan menolong orang-orang yang berperang di jalanNya dengan niat yang ikhlas. Dalam Islam, bilangan bukanlah faktor yang menentukan segala-galanya tetapi faktor kualiti adalah sesuatu yang perlu diutamakan


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sempena berada dalam bulan Ramadhan yang merupakan bukan perjuangan dalam menewaskan musuh yang tersembunyi iaitu nafsu dan musuh daripada golongan kuffar yang sentiasa memerangi umat Islam maka ini semua menuntut agar kita memenuhi segala syarat kemenangan barulah Allah akan datangkan kemenangan yang dijanjikan. Renungilah nasib yang menimpa saudara seagama kita yang sedang ditindas di tanahair sendiri seperti di Selatan Thailand, Mindanao Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Chechnya dan lainnya di mana atas nama memerangi keganasan maka negara umat Islam yang menjadi mangsa keganasan. Begitu juga nasib yang menimpa saudara kita apabila Kerajaan Xinjiang, China kembali mengeluarkan peraturan yang tidak adil dan ‘tidak menghormati hak asasi manusia’ terhadap muslim Uighur yang diancam akan diberhentikan dari pekerjaannya jika diketahui tidak makan pada waktu makan siang. Kempen makan siang, teh, dan kopi diberi percuma sebagai taktik untuk mengetahui siapa yang berpuasa. Para pemilik restoran Muslim dipaksa menandatangani sebuah dokumen yang menyatakan bahawa restoran akan tetap dibuka dan menjual minuman beralkohol dibulan Ramadhan, jika tidak lesennya akan ditarik. Para imam masjid dipaksa untuk berceramah kepada yang lain bahawa puasa adalah aktiviti yang berbahaya bagi kesihatan. Jika tidak, kewarganegaraan mereka akan ditarik balik. Tiada guna merayu pada musuh, tiada manfaat mengadu kepada lawan. Apa yang diharapkan ialah bantuan daripada saudara seagama yang lebih takut kepada Allah daripada musuh durjana, saudara yang lebih pentingkan akhirat daripada dunia. Berubahlah hasil tarbiah Ramadhan agar kita berjaya dunia dan akhirat.


Firman Allah dalam ayat 35 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Pembukaan Kota Mekah Kejayaan Bersejarah


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    1-3    سورة الفتح :
إنا فتحنا لك فتحا مبينا ليغفر لك الله ماتقدم من ذنبك وما تأخر ويتم نعمته عليك ويهديك صرطا مستقيما وينصرك الله نصرا عزيزا

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberi pengampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat

            Masa berlalu begitu pantas di mana kita semua kini sedang berada di pertengahan bulan Ramadhan al-Mubarak yang merupakan bulan tarbiah dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Tarbiah Ramadhan yang datang sebulan dalam setahun merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan mesti digunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya agar diri kita termasuk golongan mereka yang bertaqwa kepada Allah. Pastikan diri kita bukan sahaja berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi kita juga mesti pastikan anggota kita yang lain turut berpuasa daripada melakukan perkara yang dilarang oleh agama. Pastikan anugerah penggandaan pahala dan pengampunan dosa yang ditawarkan oleh Allah sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini dapat kita sama-sama capai dengan ditingkatkan kadar dan mutu segala amalan soleh kita. Adalah menjadi suatu kerugian yang besar jika peluang dan tawaran yang dianugerahkan oleh Allah ini disia-siakan tanpa ada di sana perasaan ingin merebutnya.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kedatangan Ramadhan turut mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku di dalamnya terutama pada masa Rasulullah s.a.w. Ramadhan telah mencatatkan peristiwa turunnya wahyu yang pertama kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang bermunajat di gua Hira’. Ramadhan turut menukilkan bagaimana tentera Islam yang kecil bilangannya dengan pertolongan Allah telah berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berganda jumlahnya dalam peperangan badar al-Kubra. Tidak ketinggalan pada hari ini kita cuba mengimbas kembali berkenaan dengan pembukaan Kota Mekah yang turut berlaku pada bulan Ramadhan di mana daripada semua peristiwa yang berlaku menunjukkan kepada kita bagaimana Ramadhan bukanlah bulan yang melemahkan semangat dan meletihkan tubuh badan sebaliknya ia sebagai bulan yang meniupkan lagi semangat jihad yang sedia ada dalam melawan musuh dalaman yang dipanggil nafsu dan musuh luaran yang merupakan ancaman daripada musuh Islam yang sentiasa menyalakan api permusuhan terhadap umat Islam dengan pelbagai cara mengikut keadaan. Apabila umat Islam berjaya melawan nafsu yang bergelora dalam diri maka insya Alla mereka juga akan berjaya melawan musuh yang sentiasa mengancam diri. Apabila umat Islam sentiasa memusuhi nafsu jahat yang cuba menguasai diri maka mereka akan sentiasa melawan musuh Islam yang sentiasa berusaha memadamkan cahaya Allah. Sebaliknya jika umat Islam tidak mempunyai pertahanan diri yang kukuh dalam melawan nafsu jahat dalam diri maka kebanyakan mereka turut tumbang apabila berhadapan dengan serangan kuffar. Inilah pentingnya tarbiah Ramadhan yang mampu melahirkan umat yang bukan sahaja dapat menahan diri daripada godaan hawa nafsu tetapi turut melatih diri untuk berhadapan dengan musuh di alam nyata hasil daripada kesedaran yang tinggi tentang siapakah musuh kita yang sebenar. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Peristiwa Pembukaan Kota Mekah ini berlaku pada tahun ke 8 Hijrah apabila Bani Bakar yang berada di bawah jagaan Quraisy telah bertindak menyerang Bani Khuza’ah yang berada di bawah pembelaan nabi s.a.w. Bani Bakar dengan bantuan pelindung mereka iaitu kafir Quraisy telah melakukan serangan sehingga 20 orang daripada Bani Khuza’ah telah terkorban. Melihat kezaliman ini maka ‘Amru bin Salim bersama 40 orang berkuda daripada Bani Khuza’ah telah bergegas ke Madinah untuk memberitahu dan meminta bantuan daripada Rasulullah s.a.w. Kuffar Quraisy  yang mendapat berita bahawa Rasulullah s.a.w telah diberitahu tentang tindakan mereka memerangi Bani Khuza’ah ini merasa begitu menyesal kerana serangan ini merupakan perlanggaran terhadap perjanjian Hudaibiah yang telah dibuat sebelum ini antara Quraisy dengan nabi s.a.w. Puak Quraisy terus menghantar Abu Sufian in Harb untuk bertemu nabi bagi meminta maaf terhadap kejadian yang berlaku tetapi nabi s.a.w dan para sahabat yang lain tidak menghirau terhadap rayuan yang dibuat sehingga Abu Sufian pulang dalam keadaan kecewa tanpa sebarang keputusan. Selepas itu Rasulullah s.a.w  telah menyiapkan para muslimin secara rahsia untuk keluar ke Mekah tetapi salah seorang muslimin iaitu Hatob telah menulis surat bertujuan memberitahu keluarganya di Mekah tentang perancangan nabi itu. Rasulullah s.a.w telah mengutus Sayyidina Ali, Zubair dan Miqdad untuk merampas surat tersebut yang dibawa oleh seorang wanita di mana mereka dapat mengambil surat tersebut dan kemudiannya menyerahkan kepada nabi di mana apabila disoal siasat maka Hatob penulisnya telah memberitahu bahawa dia bukannya mahu murtad atau berpaling tadah sebaliknya mahu menyelamatkan satu-satunya keluarganya di Mekah kerana dia berhijrah sebatang kara sedangkan sahabat yang lain mempunyai keluarga bersama mereka. Rasulullah s.a.w menerima alasan ini dan tidak membenarkan Sayyidina Umar al-Khottab memancungnya kerana Hatob merupakan salah seorang yang pernah menyertai peperangan Badar sebelum ini di mana Allah telah menjanjikan keampunan kepada ahli Badar.

            Di sini kita dapat perhatikan bagaimana kehebatan Islam yang dulunya dipandang hina tetapi kini mula digeruni sehingga Quraisy berasa begitu bersalah apabila mereka melanggar perjanjian Hudaibiah. Quraisy begitu takut terhadap sebarang tindakan yang tegas daripada Rasulullah s.a.w dan para muslimin sehingga mereka mengutus Abu Sufian untuk memohon maaf. Keadaan ini adalah jauh bezanya dengan perjanjian yang dilakukan oleh umat Islam hari ini dengan musuh Islam di mana kebanyakan perjanjian yang dibuat banyak menguntungkan kuffar di mana hanya umat Islam yang wajib mematuhi syarat perjanjian sedangkan kuffar boleh melanggar syarat itu bila-bila masa tanpa tindakan sewajarnya. Sebagai contohnya kita lihat kepada beberapa perjanjian damai antara Palestin dan Negara haram yahudi di mana perjanjian ini bukannya menghentikan keganasan sebaliknya lebih banyak tanah umat Islam di Palestin jatuh ke tangan yahudi dan lebih banyak nyawa menjadi korban keganasan zionis dunia itu. Kuffar hanya akan mengambil tindakan tegas terhadap umat Islam jika melanggar perjanjian yang dibuat sebaliknya yahudi dibiarkan mengganas sesukat hati melanggar perjanjian yang dibuat tanpa ada pembelaan termasuk daripada negara-negara umat Islam yang lain. Perjanjian yang dibuat bukannya menyelesaikan masalah yang berlaku sebaliknya menambahkan lagi penderitaan dan penghinaan terhadap umat Islam. Begitu juga dengan perjanjian yang terbaru bagi menubuhkan kerajaan Afghanistan yang dibuat di Jerman. Kita dapat lihat bagaimana ini semua adalah di bawah pengawasan kuffar yang mahu kerajaan yang dibina selepas ini akan memberi keuntungan kepada Amerika dan sekutu kuffarnya untuk mengaut hasil minyak dan galian yang ada di Afghanistan.

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Quraisy sememangnya telah menjangkakan kemaraan nabi dan para muslimin ke Mekah apabila permohonan utusan mereka sebelum ini tidak dihiraukan oleh nabi. Rasulullah s.a.w bersama 10 ribu para muslimin telah memasuki Mekah dalam keadaan tenang walau pun sebelum itu ada beberapa orang Quraisy cuba menentang tetapi berjaya ditangani oleh Khalid ibnu Walid dan beberapa orang tentera bersamanya. Rasulullah s.a.w telah bertindak menghancurkan 360 berhala yang berada di sekeliling Ka’abah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di sekitar Ka’abah serta melayan kesemua rakyat yang berada di Mekah dengan sebaiknya. Walau pun mereka sebelum ini telah menyiksa nabi dan umat Islam tetapi Rasulullah s.a.w telah memaafkan mereka serta memberi kebebasan kepada mereka. Ini menunjukkan bahawa Islam begitu menjaga keamanan dan tidak memperlakukan musuh berdasarkan dendam tetapi segala tindakan yang dibuat mestilah mengikut lunas yang telah digariskan oleh syarak. Islam bukan agama yang menyebarkan risalahnya melalui keganasan sebaliknya Islam merupakan agama yang cintakan keamanan dan kasih sayang. Malah umat Islam dilarang mencaci tuhan-tuhan yang dipercayai oleh orang bukan Islam apatah lagi menyerang mereka sesuka hati. Islam hanya membenarkan peperangan apabila kita diancam atau pun musuh tidak mahu tunduk kepada Islam yang adil lagi saksama. Islamlah nescaya kamu selamat.
Renungilah Firman Allah dalam ayat 4 surah al-Fathu  :
هو الذي أنزل السكينة في قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمانا مع إيمــنهم  ولله جنود السمـوت والأرض وكان الله عليما حكيما
Maksudnya : Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin suopaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan yang telah ada. Dan kepunyaan Allah lah segala tentera langit dan bumi dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Pengajaran Berharga Daripada Peperangan Badar al-Kubra


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 123 surah Ali Imran :
 ولقد نصركم الله ببدر وأنتم أذلة فاتقوا الله لعلكم تشكرون
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah membantu kamu dalam peperangan Badar sedangkan kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kedatangan bulan Ramadhan untuk sekian kalinya disambut dengan penuh kesyukuran dengan berpuasa disiang harinya dan mendirikan malamnya dengan solat terawih dan sebagainya disamping membaca al-Quran serta berzikir bagi mendekatkan diri kepada Allah. Kedatangan Ramadhan bersama rahmat Allah dan keampunanNya disamping berlipat gandanya pahala dan juga anugerah lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan. Kedatangan Ramadhan juga mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini yang boleh kita sama-sama renungi. Pada bulan ini telah menyaksikan berlakunya pembukaan Kota Mekah yang gemilang oleh Rasulullah s.a.w pada tahun 8 Hijrah, pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa daripada cengkaman Kerajaan Rom oleh pahlawan Islam Salehudin al-Ayyubi. Pada 17 Ramadhan sahaja kita dapat menyaksikan beberapa lagi peristiwa yang bersejarah iaitu pada tarikh ini telah turunnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah s.a.w yang sewaktu itu berumur 40 tahun melalui malaikat Jibril ketika nabi sedang bermunajat di Gua Hira’. Pada Subuh pagi Jumaat 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah pula Sayyidina Ali bin Abi Talib telah ditikam oleh Ibnu Maljam ketika menuju ke masjid dimana tikaman itu telah terkena dibahagian kepala Sayyidina Ali. Tikaman dengan menggunakan senjata yang beracun ini telah menyebabkan Sayyidina Ali menghembus nafas yang terakhir pada malam Ahad 19 Ramadhan tahun 40 Hijrah ketika berumur 63 tahun.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Apa yang mahu ditekan pada hari ini ialah mengenai peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang merupakan tapak kemenangan Islam dalam melebarkan penguasaan seterusnya. Peperangan Badar al-Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah di mana pada tahun ini juga Allah mewajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Peristiwa ini berlaku apabila Rasulullah s.a.w sendiri yang mengetuai pasukan tentera Islam seramai 313 orang telah menuju ke Badar bertujuan untuk menyekat qafilah perniagaan Quraisy pimpinan Abu Sufian bin Harb yang baru pulang dari Syam menuju ke Mekah. Jumlah tentera Islam tidak begitu ramai kerana ia pada asalnya merupakan suatu operasi dalam menyekat qabilah tersebut dan Rasulullah s.a.w sendiri tidak meramalkan akan berlakunya suatu peperangan terbuka yang besar dan bersejarah. 

Oleh itu ramai di kalangan sahabat tidak menyertai gerakan ini. Malangnya kemaraan tentera Islam telah diketahui oleh Abu Sufian melalui pengintip yang telah ditugaskannya lalu dia memerintahkan agar wakil qafilah untuk meminta bantuan daripada Kafir Quraisy di Mekah. Disamping itu Abu Sufian telah melalui jalan lain iaitu melalui pantai sehingga mereka berjaya menyelamatkan diri daripada bertembung dengan tentera Islam. Setelah itu dia menghantar utusan untuk bertemu Abu Jahal bagi menyatakan bahawa mereka telah selamat dan tidak memerlukan bantuan tentera lagi tetapi Abu Jahal dengan sombongnya menyatakan : “ Demi Allah! Kita tidak mahu pulang sekarang sehingga kita sampai di Badar. Kita berpesta di sana selama 3 hari, kita sembelih unta. Minum arak dan menyanyi sehingga seluruh bangsa arab mengetahui perhimpunan dan kedatangan kita. Maka kehebatan kita terus menerus dapat dilihat oleh mereka “. Rasulullah s.a.w ini telah mengetahui tentang qafilah Abu Sufian telah berjaya menyelamatkan diri disamping bala tentera kafir Quraisy yang besar iaitu seramai 1300 orang dan lengkap bersenjata telah tiba di Badar. Oleh itu tentera Islam tidak boleh mengelak lagi daripada bertempur kerana jika mereka berundur bererti kafir Quraisy akan mendapat kemenangan moral dari segi politik dan tentera serta mendapat kedudukan yang kuat di Semenanjung Arab dan memungkinkan mereka bermaharajalela sesuka hati. Walau pun dengan jumlah yang sedikit dan kelengkapan yang tidak mencukupi namun semangat jihad demi mempertahankan Islam terus membara dalam diri tentera Islam.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Selepas itu Rasulullah s.a.w telah membentuk 2 pasukan pengintip dalam meninjau kekuatan musuh. Pada malam itu Allah menurunkan hujan sebagai pertolongan kepada tentera Islam dan bencana kepada tentera musuh. Kemudian tentera Islam telah membina markaz disebuah tempat yang terletaknya mata air paling dekat dengan musuh di mana di situ mereka telah membina kolam disamping menimbus tempat-tempat air yang lain. Dengan cara ini musuh akan keputusan bekalan air. Kemudian Sa’ad bin Mu’adz telah mencadangkan kepada Rasulullah s.a.w : “ Wahai Rasulullah! Saya cadangkan agar dibina tempat perlindungan untuk menjamin keselalamatan Rasulullah. Biar kami bertempur dengan musuh. Jika Allah mengurniakan kemenangan kepada kita dan kita dapat mengatasi musuh maka itulah yang sangat kami kehendaki. Sekiranya Allah mengkehendaki berlaku sebaliknya maka engkau tetap berada dalam keadaan selamat di tempat itu. Engkau boleh terus bersama dengan orang-orang yang masih ada dan mereka juga kasih kepadamu seperti kami juga.

 Jikalau engkau mahu meneruskan lagi peperangan, mereka sekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan terus mempertahankanmu dengan sama-sama berjihad bersamamu”. Lalu para sahabat membina tempat untuk Rasulullah s.a.w di satu tempat yang tinggi yang membolehkan baginda memerhati ke arah medan pertempuran. Pada malam Jumaat 17 Ramadhan itu tentera Islam diberikan ketenangan oleh Allah di mana mereka dapat tidur dengan nyenyak kerana keesokan harinya mereka akan bertempur dengan musuh Allah itu. Pada pagi Jumaat 17 Ramadhan, kedua-dua belah pihak bersedia untuk berperang di mana Rasulullah s.a.w sendiri telah menyusun sof tentera dengan susunan yang kemas dan rapi. Selepas itu Rasulullah s.a.w telah mengangkat tangan memohon pertolongan Allah. Antara doa baginda ialah : اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما وعدتني اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد “ Ya Allah! Wahai Tuhanku, tunaikanlah apa yang telah Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, kurniakanlah apa yang dijanjikan kepadaku. Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini “ Pertempuran bermula dengan Rasulullah s.a.w meminta agar Ubaidah bin Harith, Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Ali mara untuk menentang tiga pemimpin Quraisy yang telah mencabar tentera Islam. Ketiga-tiga pahlawan Islam telah berjaya membunuh musuh mereka di mana kemenangan ini merupakan kemenangan awal dalam menyemarakkan lagi semangat jihad. Selepas itulah berlakunya pertempuran di mana pada peringkat pertama tentera Islam mengambil tindakan bertahan di mana tentera musuh berjaya dilumpuhkan dengan kehilangan banyak jiwa. 

Dalam saat yang genting ini Rasulullah terus bermunajat kepada Allah sehingga kain yang disangkut dibahunya terjatuh di mana Sayyidina Abu Bakar yang melihat perkara ini terasa begitu sedih dan berkata kepada Rasulullah : “ Cukuplah wahai nabi Allah! “. Allah mengabulkan doa baginda dengan menghantar tentera malaikat. Pada peringkat kedua tentera Islam mula mengambil tindakan menyerang di mana serangan ini turut dibantu oleh tentera daripada kalangan malaikat di mana antara yang dapat disaksikan ialah bagaimana terputusnya kepala dan tangan musuh tanpa dapat dilihat sesiapa yang memancungnya. Seorang tentera Islam yang sedang mengejar musuh tiba-tiba terdengar pukulan cemeti dari atas dan terdengar suara pahlawan berkuda. Seorang sahabat lagi dapat melihat bagaimana kepala musuh terputus sebelum pedangnya mengenai batang tengkuk musuh itu. Iblis yang menyerupai dirinya sebagai Suraqah bin Malik merasa gementar apabila melihat penyertaan malaikat. Dia terus lari dan terlanggar Al-Harith bin Hisyam sehingga rebah. Apabila ditanya mengapa dia cuba lari lalu dia menyatakan bahawa dia nampak apa tidak mampu dilihat oleh tentera kafir dan dia begitu takut kepada Allah yang amat pedih siksaanNya. Kemudian dia lari sekuat hatinya dan mencampakkan dirinya ke laut. Abu Jahal sendiri berjaya dibunuh apabila Mu’adz bin Amru telah merempuh lapisan lembing dan tombak yang mengelilingi Abu Jahal sehingga dia berjaya menetak di tengah betisnya. Tiba-tiba Ikramah anak Abu Jahal menetak ke leher pemuda itu lalu terkena tangannya sehingga hampir putus dan hanya tergantung dikulitnya sahaja. Dia meneruskan serangan terhadap Abu Jahal dengan mengheret tangannya yang terkulai di mana ketika terasa sakit lalu dia memijak tangan itu dengan kakinya supaya putus. Kemudian Mu’adz berjaya menetak Abu Jahal sehingga hampir maut. Abdullah bin Mas’ud yang mencari-cari Abu Jahal telah menjumpainya lalu terus memancung lehernya di mana kepalanya telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menyatakan bahawa inilah dia Firaun umat ini.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peperangan yang bersejarah ini berakhir dengan kemenangan yang nyata kepada tentera Islam di mana 70 orang musyrikin terbunuh dan 70 orang lagi berjaya ditawan. Manakala 14 orang tentera Islam telah gugur syahid. Kemenangan ini terus diberitahu kepada penduduk Madinah melalui 2 orang utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w bagi menafikan berita bohong yang disampaikan oleh puak munafik dan yahudi yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kemenangan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan yang menjadi lambang kepada keagungan Islam yang bakal menguasai dunia. Mereka bertakbir dan bertahlil menyambut berita ini dan ada para sahabat yang terkemuka yang tinggal di Madinah telah menuju ke Badar bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Rasulullah s.a.w. Manakala Sayyidina Othman pula mendapat berita gembira ini ketika sedang mengkebumikan jenazah anak Rasulullah s.a.w Ruqayyah yang baru meninggal dunia. Kemenangan ini telah meletakkan Islam agama yang tertinggi dan umat Islam menjadi bangsa yang kuat bukan lagi sebagai mangsa penindasan para kuffar. Semoga semangat jihad Badar ini akan membakar semangat kita dalam memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah.

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Anfal :
 إذ تستغيثون ربكم فاستجاب لكم أني ممدكم بألف من الملائكة مردفين
Maksudnya : Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankannya bagimu. Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.
 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam Diraih Kembali


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1 -5 surah al-‘Alaq :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Maksudnya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Hari ini kita berada pada tanggal 17 Ramadhan yang merupakan tarikh keramat yang pernah menyaksikan turunnya wahyu pertama kepada nabi Muhammad s.a.w ketika sedang berkhalwat munajat kepada Allah di gua Hira’. Penurunan wahyu ini sebagai tanda pengiktirafan nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang akan mengermbangkan dakwah Islam ke seluruh alam. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar untuk nabi Muhammad s.a.w yang kekal hingga hari qiamat di mana ia memperlihatkan bagaimana kehebatan dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w yang terkenal sebagai seorang ummi tidak tahu membaca dan menulis tetapi mampu mengingati al-Quran setiap kali ia diturunkan dengan baik. Sifat tidak tahu membaca dan menulis yang ada pada nabi Muhammad s.a.w bukan untuk melemah dan merendahkan martabat nabi sebaliknya sebagai bukti jelas bahawa al-Quran bukannya kitab rekaan dan hasil penulisan nabi sendiri sebagaimana yang didakwa oleh penentangnya. Malah pada zaman jahiliah setiap penyair hebat akan menyembunyikan tentang status pembelajarannya bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa kehebatannya menulis syair adalah kerana kepintarannya sendiri bukan disebabkan dia belajar dari mana-mana guru sebelum ini. Mukjizat al-Quran akan lebih terserlah kehebatannya apabila umat Islam kembali membacanya serta menjadikannya sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian.
Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Umat Islam hari ini kian ketinggalan dalam serba-serbi khususnya aspek ilmu pengetahuan sedangkan umat Islam dulu yang menjadi pelopor dan peneroka menggali pelbagai ilmu sehingga mencetuskan era keemasan dunia Islam. Seruan iqra sudah longgar daripada penghayatan sanubari Mukmin. Yang tinggal hanya semangat mengejar ilmu ketika di bangku sekolah atau di universiti. Penekanan pula berlegar kepada hendak lulus peperiksaan dan mendapat segulung ijazah sahaja. Jika melihat kembali sejarah tamadun Islam peringkat awal, aktiviti mencari ilmu sama ada melalui pembacaan buku atau penyelidikan menjadi sebati dan satu kemestian. Masa banyak dijuruskan kepada bagaimana merungkai sesuatu permasalahan hidup sehingga menemui ilmu pengetahuan baru sekali gus menerbitkan semangat mengkaji yang tinggi. Keupayaan daya kreativiti dan amalan budaya inovasi juga adalah senario umat Islam terdahulu. Kini, minda umat Islam seakan-akan lumpuh. Mereka tidak berupaya bangun menggilap kembali semangat mencari ilmu pengetahuan. Generasi muda Islam hari ini lebih banyak menghabiskan masa dengan aktiviti tidak bermanfaat. Ramai hanyut dengan anasir hiburan melampau, aktiviti merempit sehingga merimaskan masyarakat awam, penyalahgunaan dadah terlarang dan pelbagai gejala buruk lain. Keadaan ini akan merencatkan pembangunan minda umat Islam. Tidak mustahil kita akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan moden dunia. Kadar pembacaan yang rendah akan membeku tahap pemikiran untuk membina suatu umat perkasa daripada segi kehebatan tamadun. Malah statistik kadar celik huruf dan buta huruf di negara umat Islam masih begitu menyedihkan tidak setanding dengan negara bukan Islam. Kelemahan ini kadang-kadang membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menuduh negara Islam adalah lambang kemunduran, tempat membiak masalah sosial yang banyak dan pelbagai tuduhan liar yang lain. 

Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran maka marilah kita sama-sama kembali memperkasakan budaya ilmu di dalam mengembalikan semula tamadun rohani dan kebendaan yang pernah diraih oleh generasi emas sebelum ini. Ingatlah pesan Saidina Ali bin Abi Talib: “Bukanlah suatu kebaikan jika milikmu hanyalah anak dan harta saja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah banyak ilmu pengetahuan.”Pesan beliau lagi: “Orang berilmu lebih utama daripada orang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya (yang berilmu juga).” Tidak lupa pesanan Imam Syafie : “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا 
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

Selagi sistem al-Quran disisih daripada menjadi ubat mujarab yang menyembuh masalah kronik dalam masyarakat maka selama itulah masalah semakin bertambah parah. Masalah pembuangan bayi misalnya yang terus meningkat akibat pintu zina yang terbuka luas terutama mendapat lesen dan kebenaran daripada kerajaan sendiri seperti kelab malam, program hiburan melampau, majalah dan rancangan tv perosak akhlak. Malah banyak hari sambutan peristiwa besar seperti malam merdeka, tahun baru, hari kekasih seolah-olah menjadi ‘malam mengawan’ untuk melahirkan anak luar nikah 9 bulan selepas itu. Malah program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan mula menerapkan cara menjauhi masalah sosial belum tentu akan berjaya sekiranya masalah pergaulan bebas antara peserta terus berlaku malah digalakkan lagi. Akhirnya anak-anak remaja yang selama ini terjaga akhlaknya dirosakkan pemikiran dan cara pergaulan dalam masa 3 bulan sahaja.

 Kita bimbang sekiranya sebelum ini tumbuhnya universiti sama naik dengan terpaksa dibina pusat serenti akibat dadah. Selepas ini dibina sekolah pelajar hamil sama banyak dengan kelab malam yang berlesen sekiranya ia digubal berdasarkan fahaman sekuler yang memisahkan antara agama dan kehidupan. Bila punca masalah dibiar berlaku, hanya penyakit yang telah parah sahaja yang cuba dirawat maka ia tidak menyelesaikan masalah. Bila jenayah zina dianggap tidak salah sebaliknya mengandung hasil zina barulah dikira salah maka masalah semakin bertambah. Sebelum ini telah wujud pusat penjagaan perempuan yang bermasalah ini di mana jumlahnya semakin bertambah bukan berkurang. Kita tidak mahu menjadi sebagaimana negara barat di mana anak-anak zina ini dijaga oleh kerajaan kemudian kebanyakan mereka diserapkan sebagai tentera bila dewasa. Akhirnya masalah zina bertambah, anak luar nikah bercambah, kewangan negara terpaksa dihabiskan untuk merawat penyakit yang tidak kebah-kebah. 

Mengapa wang negara lebih banyak dihabiskan untuk merawat penyakit yang telah parah berbanding digunakan untuk membina nilai kemanusiaan dan menutup pintu zina. Oleh itu kembalilah kepada panduan al-Quran di mana jika orang bukan Islam tidak faham malah menentang hukum al-Quran bukan suatu yang pelik. Apa yang pelik dan menyedihkan ialah apabila umat Islam sendiri jahil tentang hukum Islam dan bangkit menentang pelaksanaannya. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Jahiliah bukan ubat sebaliknya racun berbisa yang merbahaya
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Tarbiah Ramadhan yang sedang kita lalui sepatutnya melahirkan kita sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran. Tarbiah Ramadhan sepatutnya menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan dan Pakistan yang dilanda banjir besar di samping negara-negara yang lain. Ketika berdepan dengan kekejaman musuh terutama Yahudi maka umat Islam mesti bergerak bersama dalam setiap sudut termasuk ekonomi. Kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang melangkah yakin memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham yang sepastinya suatu yang disuruh oleh al-Quran. Yahudi terus dapat menjajah dan memperbodohkan kita sekiranya kita terus yakin dan menggunakan wang kertas ciptaan mereka. Ramai pakar ekonomi dunia berhujah sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan termasuk kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran, pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Kapitalis begitu bimbang sekiranya dunia kembali kepada Dinar Emas yang stabil berbanding duit kertas yang kita simpan akan menyusut dengan teruk pada suatu ketika nanti  sehingga nilai seribu ringgit selepas ini mungkin tidak dapat membeli apa-apa lagi. Inilah kehebatan sistem al-Quran yang bertujuan untuk kebaikan manusia sedangkan sistem Yahudi dari dulu lagi diperkenalkan untuk memeras dan menindas manusia. Pilihlah sama ada cara hidup Islam yang hendak diguna atau terus berseronok untuk menjadi hamba abdi Yahudi seumur hidup. Islam membawa kebahagiaan dunia akhirat manakala cara lain tidak mampu memberi sesuatu kepada kita melainkan kerugian dunia akhirat.

            Firman Allah dalam  ayat 71 surah al-Mukminun:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 https://khutbahkini.wordpress.com/category/ramadhan/

Comments

Popular posts from this blog