SAYANGILAH SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU SAYANGI DIRI SENDIRI



HADITH SAYANGILAH SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU SAYANGI DIRI SENDIRI
Hari ni Jumaat so saya nak start dengan satu hadith yang saya baca kat net.  Biasanya memang hari Jumaat ni saya suka masuk web yang ada hadith sahih untuk peringatan diri sendiri.  Manusia still memerlukan rujukan untuk selain dari al-Quran yang merupakan sumber rujukan yang lengkap.  Apa kata kita teliti kandungan hadith dulu eyh …
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. sumber dari hadith40

Cukup sampai sini je saya share.  Hopefully lepas baca entri kita kita berfikir apakah kepentingan SAUDARA itu.  Hayatilah makna SAUDARA sebelum kita mengaku kita BERSATU.  Ingat bila kita dah nak ditanam maka saudara-saudara kitalah yang akan mengusung kita.  Masa tu baru peta politikal akan musnah.  So SAYANGILAH SAUDARA KAMU SEPERTI KAMU SAYANGI DIRI SENDIRI.


Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri..

(Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

Paksu rasa, kadang-kadang dalam keghairahan sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita berpolitik, mungkin ramai daripada mereka yang telah terlupa Hadis ini atau mungkin juga ada di antara mereka yang belum pernah mendengarnya.

Bukannya apa, sejak kebelakangan ini, kita amat sedih dan kecewa bila melihat bangsa kita dan mereka yang seagama saling 'berperang' dan bertikam lidah demi untuk mencari populariti atau kepentingan parti dan peribadi.

Terjadilah fenomena tuduh menuduh, fitnah memfitnah , keji mengeji sesama sendiri. Habis segala rahsia peribadi disingkap dan didedahkan. Tuduhan demi tuduhan, kecaman bersilih ganti. Semua aib menjadi tontonan umum dan yang lebih pelik ialah ianya dilakukan oleh mereka yang mengaku diri BERAGAMA ISLAM....

Mungkin ada yang berpendapat, "Biasalah tu ... itukan politik. Dalam politik, kata mengata , hina menghina, kutuk mengutuk ni satu lumrah. Tidak ada benda begitu, bukan politik lah jawabnya... ". Begitulah antara pandangan orang yang 'alim' dalam ilmu politik di Kuala Kedah khasnya dan di negara ini amnya!

BENARKAH DEK KERANA POLITIK, SEMUANYA DIHALALKAN BELAKA? Adakah benar bahawa 'the end justifies the means' atau matlamat mengharuskan cara?

Kalau jawapannya adalah ya... mungkin elok rasanya kita berhenti sejenak untuk bermuhasabah diri. Sekuat manakah sebenarnya iman kita dan sejauh manakah kefahaman kita tentang Islam.

Sepanjang pengetahuan kita, rasanya belum pernah terjumpa dalam mana-maka kitab (baru atau lama) yang mengajar kita itu semua. Jauh sekali menghalalkan atau menggalakkannya....

Jadi kenapa dibuat juga? "Dah biasa....Nak buat macam mana...Eishh..kalau tak buat, tak syok lah... Mana boleh menang, kalau kita tak hentam parti lawan atau calon lawan?" Mungkin itu antara alasan mereka.

Terdapat pula segelintir ahli-ahli politik yang mengamalkan cara menyekat hak dan bantuan kepada mereka yang seagama. Walau pun mereka beragama Islam, dan sesungguhnya kita semua bersaudara, namun itu tidak juga menghalang mereka untuk terus mengaplikasikannya.

" Kalau mereka tak sokong kita, usah bagi apa-apa kemudahan kepada mereka. Lantaklah mereka orang Islam ka, Melayu ka...Itu soal kedua!".

"Sokong kita, dapat bantuan, tak sokong kita , sorrylah.. tidak ada habuan!"

Itulah rasanya yang terdetik di hati dan mengingatkan kita kepada hadis ini.

Kenapa sekolah agama seperti ini dianak tirikan pula? Mungkinkah kita atau mereka-mereka yang mempunyai kuasa politik dan sebagainya lebih menyayangi orang lain daripada saudara sesama Islam? Mungkin itulah agaknya yang bermain di fikiran ramai orang-orang Melayu di seluruh negara?

Entahlah...kita ini hanya insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa pangkat mahu pun kuasa. Hanya yang boleh dibuat ialah menadah tangan memohon doa agar saudara-saudara dan pemimpin-pemimpin kita yang seagama mendapat hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala dan dapat berubah demi kebaikan bersama...Insya Allah.!

Comments

Popular posts from this blog